SMK Hulu Kelang

SMK Hulu Kelang

Share

Laman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang

02/06/2026

πŸ”₯ Sebalik Tabir Perbarisan…

Peluh, kreativiti dan semangat yang tidak pernah luntur. Dari lakaran idea hingga menjadi realiti, setiap persiapan dilakukan dengan penuh dedikasi demi mencipta perbarisan yang luar biasa sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Hulu Kelang Kali Ke-50.

✨Sama-sama berganding bahu

**Kredit video kepada ahli HulksS Tv -
(Faiq Safiy 5 Stem)




27/05/2026

πŸ†πŸ”₯ KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK HULU KELANG KALI KE-50 πŸ”₯πŸ†

Setengah abad mencipta sejarah, menyemarakkan semangat kesukanan dan menyatukan seluruh warga sekolah dalam satu medan penuh warna-warni, sorakan dan semangat juang! πŸ’ͺ✨

πŸ“ Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SMK Hulu Kelang 2026
πŸ“… Jumaat | 22 Mei 2026
⏰ 8:00 pagi – 12:20 tengah hari
πŸ“Œ Padang Integrasi SMK Hulu Kelang

Dengan penuh rasa bangga, seluruh warga sekolah bersama ibu bapa dan penjaga telah memeriahkan temasya sukan edisi ke-50 ini yang sarat dengan aksi, semangat berpasukan serta kenangan yang pastinya terpahat indah dalam lipatan sejarah sekolah. πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸŽ‰

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, guru, jawatankuasa pelaksana serta para penyokong yang telah menjadikan kejohanan kali ini berlangsung dengan penuh gemilang dan meriah! 🌟

**Kredit kepada ihsan rakaman drone daripada ibu bapa / penjaga 🫢🏻

β€œSemangat Membara, Prestasi Dijulang!” πŸ…πŸ’™





Photos from SMK Hulu Kelang 's post 16/05/2026
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 πŸŒ·πŸ“š

Video Ucapan Hari Guru SMK Hulu Kelang πŸ“Ή

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa πŸ“š

Saksikan video ucapan Hari Guru SMK Hulu Kelang dari warga HulksS πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«πŸ‘©πŸ»β€πŸ«

β€œGuru Bitara Nadi Negara” ✨

Ikhlas daripada guru-guru SMK Hulu Kelang πŸ’™

- Team HulksS TV -

Photos from SMK Hulu Kelang 's post 11/05/2026

✨ Tahniah diucapkan kepada tiga permata Pandu Puteri SMK Hulu Kelang.
1)Alisha Syakirin,
2)Saktheswary
3)Amalia Hadi
atas pencapaian yang cukup membanggakan dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2026.

Lebih istimewa, penganugerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Balai Tengah, Istana Alam Shah, Klang. Suatu penghormatan yang amat bermakna dan pastinya menjadi kenangan berprestij buat mereka serta warga SMK Hulu Kelang. πŸ‘‘βœ¨

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat kepimpinan, komitmen dan dedikasi ahli Pandu Puteri SMK Hulu Kelang terus menyerlah dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, berkarisma dan berwibawa.

SMK Hulu Kelang truly proud of you! Terus bersinar, melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolahπŸ’™




Photos from SMK Hulu Kelang 's post 05/05/2026

✨ PELUNCURAN PROGRAM β€œI LOVE MATHEMATICS” ✨

Pada 16 April 2026 yang lalu, Dewan Budiman telah menjadi saksi kepada satu detik penuh inspirasi melalui peluncuran program β€œI Love Mathematics”, anjuran Panitia Matematik dengan kerjasama Pusat Sumber SMK Hulu Kelang.

Program ini bukan sekadar acara peluncuran, tetapi merupakan satu inisiatif bermakna dalam menyemai minat dan kecintaan terhadap Matematik dalam kalangan murid. Dengan pendekatan yang lebih kreatif dan interaktif, Matematik diketengahkan sebagai satu bidang yang menyeronokkan, mencabar minda serta membuka ruang kepada pemikiran kritis dan inovatif.

πŸ’‘ Matematik bukan sekadar nombor, tetapi bahasa kejayaan masa depan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada budaya pembelajaran yang lebih dinamik dan berterusan dalam melahirkan generasi yang berdaya saing serta berfikiran analitikal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





16/04/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Seluruh warga SMK Hulu Kelang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada

Dr. Hjh Noraini Binti Hj Ibrahim
Pengetua SMK Hulu Kelang

atas penerimaan πŸ… Sijil Wirawati STEM sempena Malaysian Technology Expo (MTE) 2026 yang telah berlangsung di πŸ“ World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan berprestij oleh Persatuan STEM Kebangsaan (National STEM Association) ini diberikan atas kejayaan beliau menamatkan Program Wirawati STEM dengan cemerlang, sekali gus menyerlahkan kepimpinan strategik dalam memperkasa pendidikan STEM serta membudayakan inovasi di peringkat sekolah.

Kejayaan ini menjadi simbol kecemerlangan kepimpinan dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melangkah maju dalam memperkukuh agenda pendidikan STEM.

✨ Inspirasi Kepimpinan, Pemacu Kecemerlangan STEM ✨





Photos from SMK Hulu Kelang 's post 02/04/2026

✨ MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2025 ✨

31 Mac 2026 menjadi satu detik penuh makna buat seluruh warga SMK Hulu Kelang. Hari yang menyimpan seribu kisah usaha, doa dan pengorbanan.

Dengan debar di hati, para calon SPM 2025 melangkah menerima keputusan masing-masing. Ada senyuman penuh syukur, ada juga air mata yang gugur. Semuanya melambangkan sebuah perjuangan yang tidak sia-sia.

Tahniah diucapkan kepada semua calon atas pencapaian yang diraih. Keputusan hari ini bukan penamat, tetapi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih besar.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang tidak pernah lelah mendidik, serta ibu bapa yang sentiasa menjadi sumber kekuatan.

🌟 Teruskan melangkah dengan yakin, wahai anak-anak SMK Hulu Kelang. Masa depan menanti dengan penuh harapan.





Photos from SMK Hulu Kelang 's post 17/03/2026

🌿✨ PELUNCURAN KEMPEN SIFAR DENGGI 2026 ✨🌿

SMK Hulu Kelang terus komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan bebas denggi melalui Peluncuran Kempen Sifar Denggi 2026 yang telah berlangsung pada 10 Mac 2026 (Isnin) di Dewan Budiman.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Hulu Kelang, Dr. Hjh Noraini binti Hj Ibrahim, sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes dalam komuniti sekolah.

Kempen ini bukan sekadar program, tetapi satu tanggungjawab bersama. Ayuh warga sekolah dan ibu bapa, kita jadikan amalan kebersihan sebagai budaya demi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas denggi! 🦟🚫





Photos from SMK Hulu Kelang 's post 12/03/2026

🚦 Majlis Peluncuran Kempen Keselamatan Jalan Raya 🚦

Majlis Peluncuran Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Unit Hal Ehwal Murid telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Mac 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Budiman, SMK Hulu Kelang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Inspektor Nurul Faizah Ismail, yang telah berkongsi ilmu dan kesedaran tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Penganjuran kempen ini merupakan inisiatif berterusan pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin, berhemah serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek keselamatan di jalan raya.

Semoga usaha murni ini dapat menyemai nilai tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah agar sentiasa mengutamakan keselamatan dalam setiap perjalanan.

✨ Bersama-sama membudayakan keselamatan, demi kesejahteraan semua.




Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

KM 7, Jalan Hulu Kelang
Ampang
68000