Pusat Kaunseling UniMAP

Pusat Kaunseling UniMAP

Share

Kami di sini untuk MENDENGAR . MEMAHAMI . MEMBANTU . Jika anda memerlukan pertolongan dan bantuan p

05/06/2026
05/06/2026

🎯 CAREER TALK SERIES: BUILDING A CAREER WITH AEMULUS

Ingin tahu bagaimana untuk membina kerjaya yang berjaya dalam industri sebenar? Ini peluang anda!

📅 Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 11:30 pagi – 12:30 tengah hari
📍 Lokasi: Dataran Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis

💼 Sertai sesi perkongsian eksklusif bersama pihak industri dari Aemulus dan dapatkan:
🔹 Pendedahan tentang laluan kerjaya & peluang masa depan
🔹 Kefahaman tentang kemahiran yang diperlukan dalam industri
🔹 Peluang berinteraksi dan bertanya soalan secara langsung

👨‍🎓👩‍🎓 Terbuka kepada semua pelajar!

📢 Jangan lepaskan peluang untuk shape your future & build your career!

📌 Imbas QR code pada poster untuk maklumat lanjut.

03/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ✨

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera.

Kami dari Pusat Kaunseling UniMAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi semua umat Islam yang meraikannya pada 27 Mei 2026 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1447H.

Semoga dengan Eid Adha ini kita semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama kita dan saling bermaafan serta mengikhlaskan antara satu sama lain 🥰



Photos from Pusat Kaunseling UniMAP's post 21/05/2026

20/5/2026
Terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Psikologi & Kaunseling UiTM cawangan Arau atas kunjungan.
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara institusi serta membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi dan perkongsian ilmu pada masa akan datang.

15/05/2026

📣 *MAKLUMAN KEPADA PELAJAR TAHUN 4 & TAHUN AKHIR*

Semua pelajar WAJIB menghasilkan dan memuat naik resume masing-masing melalui PUSKA Resume Portal.

📌 Tujuan: Persediaan untuk NICE 2026, persedian awal ke alam pekerjaan & meningkatkan kebolehpasaran graduan.

🗓 Tarikh akhir penghantaran:
*SEBELUM 17 Mei 2026*

🔗 Akses portal:
https://sites.google.com/unimap.edu.my/puskaresumeportal/home

❗ Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan proses ini berjalan lancar.

Terima kasih.


15/05/2026

COUNSELING OUTREACH BOOTH PUSKA 😻✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Jangan lupa yaa datang ke Counseling Outreach Booth PUSKA UniMAP pada :

🗓️ Tarikh : 15 Mei 2026
📌 Hari : Jumaat
🕖 Masa : 9 Pagi - 4 Petang
🚪 Tempat : Cafeteria Kolej Kediaman Tuanku Tunku Fauziah (PFI2)

Pelbagai aktiviti menarik dan perkara bermanfaat yang anda akan perolehi.

Yang paling penting hadiah dan voucher mixue menanti anda !

Jumpa anda semua di sana ! 😻



Photos from Pusat Kaunseling UniMAP's post 14/05/2026

🎓32 Pelajar Tahun Akhir UniMAP Sertai Workshop Advanced Lean Manufacturing bersama SANMINA (M) Sdn. Bhd.

Seramai 32 orang pelajar tahun akhir UniMAP telah menyertai Workshop on Advanced Lean Manufacturing & Value Stream Optimization yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 dan 11 Mei 2026. Program ini merupakan inisiatif pembangunan kerjaya dan kesiapsiagaan industri bagi membantu pelajar meningkatkan nilai profesional sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Pada hari pertama bengkel, peserta telah dibimbing oleh pensyarah bidang Lean Manufacturing dari FKTM UniMAP iaitu:
• Prof. Madya Dr Rosmaini Ahmad
• Dr. Shaliza Azreen Mustafa (FKTM)

Sesi hari kedua p**a diteruskan bersama pihak industri daripada Sanmina Corporation yang menampilkan seorang Master Black Belt Lean Six Sigma bersama lima orang jurutera profesional bagi berkongsi pengalaman sebenar dunia industri dan aplikasi Lean Six Sigma dalam sektor pembuatan.

👨‍🏭 Barisan tenaga pengajar industri:
• Encik Mohamed Bachik bin Mohamed Hussain (Master Black Belt Lean Six Sigma – pembimbing utama)
• Encik Syed Nabil Isyraf Bin Syed Rafied Alattas
• Encik Ahmad Mu'az Zakwan Bin Mokhtar
• Encik Muhamad Aniq Bin Anuar
• Encik Ahmad Solehin bin Abdul Bash*t
• Cik Nabilah Ishak

✨ Antara pengisian utama program:
✅ Lean Manufacturing Tools
✅ Lean Culture & Lean Thinking
✅ Value Stream Mapping (VSM)
✅ Perkongsian pengalaman sebenar industri
✅ Pendedahan aplikasi Lean Six Sigma dalam sektor pembuatan

Pihak Pusat Kaunseling UniMAP mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan merakamkan penghargaan kepada pihak industri serta tenaga pengajar yang menjayakan program berimpak tinggi ini.

Photos from Universiti Malaysia Perlis's post 08/05/2026
30/04/2026

1 Mei 2026 |

Dalam diam kita berjuang,
Dalam penat kita bertahan.
Setiap titik peluh adalah bukti kekuatan.

Selamat Hari Pekerja !!

Ikhlas daripada seluruh warga UniMAP.



Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Pusat Kaunseling UniMAP, Aras 1, Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, Kampus Alam Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00