Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis

Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis

Share

Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis (SRIAZ)

27/05/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah terima amalan kita semua ๐Ÿคฒ๐Ÿป

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Selamat menunaikan ibadah haji kepada para dhuyufurrahman, tetamu-tetamu Allah yang mulia, serta selamat melaksanakan ibadah korban kepada seluruh muslimin dan muslimat yang diberikan kesempatan dan kemampuan.

Marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS, serta junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar tauhid dan memartabatkan agama Allah.

Semoga Aidiladha yang hadir ini menyuburkan rasa ikhlas dalam setiap pengorbanan, menguatkan kesabaran dalam menempuh ujian kehidupan, serta mempererat ukhuwah dan kasih sayang sesama insan.

Semoga segala amal ibadah diterima, hati dikurniakan ketenangan, dan kehidupan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan-Nya.

Dr Wan Zuki Azman
YDP IKRAM Perlis

27/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA.

Selamat menunaikan ibadah haji dan qurban.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan nilai saling berkongsi.

Bersama-sama kita menghayati kisah penorbanan Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as serta junjungan besar Nabi Muhamad saw dalam perjalanan menegakkan agama.

26/05/2026

[ PEMAKLUMAN CUTI ]

Sekolah akan bercuti sempena Cuti Pertengahan Tahun bermula dari 23 Mei sehingga 7 Jun 2026.

Cuti ini termasuk,
๐Ÿ“Œ Hari Raya AidilAdha (27 & 28 Mei)
๐Ÿ“Œ Hari Keputeraan YDP Agong (1 Jun), dan
๐Ÿ“Œ Hari Wesak (2 Jun)

Sekolah akan dibuka kembali pada 8 Jun 2026.

Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis's post 22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026

โ€œMurabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbaniโ€

22 Mei 2026, Arau - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Sambutan Hari Guru 2026 di Sekolah Rendah Islam Al-Azhar dalam suasana penuh ceria. Majlis ini dijalankan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa, mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pengurusan program dan memupuk nilai kepimpinan.

Sambutan kali ini turut melibatkan murid Tahun 6 sebagai Ahli Jawatankuasa yang membantu melancarkan perjalanan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan. Antaranya ialah baling bola dalam bakul, kerusi muzik, mewarna, futsal, jaring bola terbanyak dan radio buruk. Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung.

Semoga sambutan seperti ini dapat menyemai rasa penghargaan yang mendalam terhadap insan bergelar guru serta menjadi kenangan manis buat seluruh warga sekolah. Diharapkan juga agar para guru terus diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam mendidik generasi ummah yang cemerlang dunia dan akhirat.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu dan bakti. Terima kasih cikgu! โค๏ธ

17/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kehadapan,

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL RAJA PERLIS

Sempena ulang tahun hari keputeraan ke-83 pada 17 Mei 2026 (Ahad).

Berikutan itu, sekolah akan bercuti pada 18 Mei 2026 (Isnin), dan akan dibuka semula pada 19 Mei 2026 (Selasa).

16/05/2026

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒน

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

16 Mei bukan sekadar nombor di kalender.

16 Mei disambut di seluruh Malaysia untuk mengenang insan yang saban hari mendidik tanpa jemu, memimpin tanpa lelah, dan berkorban tanpa meminta balasan.

Guru bukan sekadar hanya mengajar membaca dan mengira. Guru membentuk akhlak, membina keyakinan, mencungkil bakat, bahkan meniup harapan dalam jiwa anak-anak bangsa.

Di tangan guru lahirnya semua doktor, jurutera, usahawan, pemimpin dan generasi pewaris negara. Kerana itulah guru disebut sebagai 'nadi negara' โ€” denyut penting yang menghidupkan negara.

โ€œBitaraโ€ membawa makna unggul dan istimewa. Sesungguhnya setiap guru adalah insan luar biasa yang sanggup membakar masa, tenaga dan perasaan demi melihat anak didiknya berjaya.

๐Ÿ“š

Ada guru yang pulang lewat demi menyiapkan tugas.
Ada guru yang menyembunyikan lelah di sebalik senyuman.
Ada guru yang tetap sabar melayan kerenah pelajar walau hati sendiri sedang diuji.

Jasa mereka mungkin tidak selalu disebut,
tetapi kesannya kekal sepanjang hayat.

Buat semua insan bergelar guru โ€”
terima kasih kerana tidak pernah berhenti percaya kepada anak didikmu..

Selamat Hari Guru 2026.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal yang terus mengalir hingga ke syurga. ๐Ÿค




Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis's post 16/05/2026

KEJOHANAN MEMANAH MSSPs 2026 ๐Ÿน

11-15 Mei 2026 - Tahniah kepada murid-murid SRIAZ atas penyertaan dalam kejohanan memanah MSSPs 2026

1. Fathiyyah Asmaa Binti Faiz (Recurve)
2. Muhammad Zaid Ziqri Bin Noor Azli (Tradisional)
3. Wan Talhah Harith Bin Wan Saifuddin (Tradisional)

Alhamdulilah, adik Fathiyyah Asmaa Binti Faiz berjaya merangkul tempat ke-2 bagi Acara Memanah Recurve Bawah 12 Tahun (Perempuan) Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2026 bertempat di SMK Syed Alwi.

InsyaAllah Fathiyyah Asmaa akan mewakili Perlis untuk MSSM nanti di Selangor. Doakan rezeki anak-anak SRIAZ di sana.

16/05/2026

Sanah Helwah, Muallim Asyraf! ๐ŸŒน Semoga Allah memberkati usiamu, memberikan kesihatan yang baik dan meluaskan rezeki. Semoga setiap langkah di bawah lindungan serta rahmat-Nya. ๐ŸŒŸ

15/05/2026

Sanah Helwah, Muallimah Syairah! ๐ŸŒน Semoga Allah memberkati usiamu, memberikan kesihatan yang baik, dan meluaskan rezeki. Semoga setiap langkah di bawah lindungan serta rahmat-Nya. ๐ŸŒŸ

Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Perlis's post 07/05/2026

๐ŸŒฟ LAWATAN MAHABBAH UMAM KE SRIAZ ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, pada 30 April 2026 (Khamis), Sekolah Rendah Islam Al-Azhar Arau (SRIAZ) telah menerima kunjungan Lawatan Mahabbah daripada Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM).

Seramai 12 orang delegasi yang terdiri daripada guru dan pensyarah telah hadir, mewakili latar pendidikan dari Indonesia, Acheh dan Thailand. Kehadiran mereka membawa bersama semangat ukhuwah yang merentas sempadan, disatukan oleh cinta terhadap ilmu dan pendidikan Islam.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta menelusuri suasana pendidikan Islam di negara masing-masing. Pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan yang bernilai dalam usaha mendidik generasi ummah yang berilmu dan berakhlak.

Sepanjang sesi berlangsung, para pelawat turut menyantuni anak-anak murid SRIAZ dengan penuh mesra. Mereka berkongsi kisah perjalanan ilmu, menyemai inspirasi, serta meniupkan harapan dalam jiwa anak-anak agar terus berani bermimpi dan yakin melangkah.

Mudah-mudahan pertemuan yang singkat ini menjadi benih bagi jalinan yang berpanjangan, serta menyuburkan semangat untuk melahirkan generasi rabbani yang teguh iman, luas ilmu dan indah akhlaknya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kunjungan yang penuh makna ini. Semoga setiap langkah dan usaha kita sentiasa dipandu serta diberkati oleh Allah SWT.





Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

2550, KM 2, Jalan PDG NYU
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00