07/06/2026
7 Jun 2026
Telah berlangsung Kem Resilience pelajar FIA yang bertemakan Ledger Of FIA Life.
Kem yang dihadiri oleh 34 orang pelajar FIA bersama 2 kaunselor sebagai guru pengiring ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di DKOK Eco Camp, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Pengisian aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang pelbagai diharapkan dapat mencapai objektif program iaitu menerapkan nilai daya tahan dalam diri pelajar di samping memperkukuhkan nilai kerjasama, bekerja dalam kumpulan dan kepimpinan.
Kem komandan En Zamlus, berkata kemenjadian pelajar bermula dari salah satunya keperluan basic tu nature yang perlu diterapkan dalam diri pelajar. Dengan pelbagai aktiviti berunsurkan resilience, seperti water confident, jungle tracking dan penerapan nilai 7 S diharapkan dapat memperkukuhkan lagi elemen daya tahan fizikal dan emosi pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka sebagai pelajar program professional FIA khasnya dan dalam kehidupan seharian amnya.
07/06/2026
PROGRAM CSR ASPIRASI KOMUNITI DI KRT TAMAN MERDEKA, MELAKA
7 Jun 2026 (Ahad) | 7.30 pagi โ 4.30 petang
Pelajar DBS6E melaksanakan Program CSR Aspirasi Komuniti di KRT Taman Merdeka, Melaka sebagai salah satu inisiatif khidmat masyarakat dan penglibatan bersama komuniti setempat.
Semoga segala urusan dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. ๐คฒ๐ผโจ
05/06/2026
4 Jun 2026 | Lawatan Kerja Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek ke TVET MARA Sri Gading
Delegasi Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek seramai lapan orang yang diketuai oleh Puan Noor Zilawati binti Sabtu, Pengarah KPM Ayer Molek, telah mengadakan lawatan kerja ke TVET MARA Sri Gading.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan fasiliti, sistem pengurusan serta amalan terbaik yang dilaksanakan di TVET MARA Sri Gading. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM Ayer Molek dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan penanda aras yang dapat diaplikasikan ke arah penambahbaikan kualiti perkhidmatan serta persekitaran pembelajaran.
Diharapkan lawatan ini dapat mempererat hubungan strategik antara institusi MARA, di samping membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan perkongsian kepakaran dalam memperkasa agenda pendidikan.
05/06/2026
INOVASI DALAM PENDIDIKAN
โInovasi dalam pendidikan merupakan pemangkin utama kepada pembangunan modal insan yang berkualiti. Penggunaan teknologi, pendekatan pedagogi baharu dan pemikiran kreatif membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna, interaktif dan relevan dengan keperluan dunia masa kini.โ
๐ MENGAPA PENDIDIKAN PERLU BERUBAH?
๐น Revolusi digital mengubah cara manusia belajar dan bekerja.
๐น Kemunculan AI, automasi dan teknologi baharu memerlukan kemahiran abad ke-21.
๐น Pelajar perlu bersedia menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
๐น Kaedah pembelajaran tradisional perlu diperkukuhkan dengan pendekatan inovatif.
๐น Dunia pekerjaan kini menuntut kreativiti, fleksibiliti dan kecekapan digital.
๐ MANFAAT INOVASI KEPADA PELAJAR
โ
Pembelajaran lebih menarik, interaktif dan menyeronokkan.
โ
Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
โ
Menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam penyelesaian masalah.
โ
Memperluas akses kepada sumber ilmu tanpa batasan.
โ
Membina keyakinan, komunikasi dan kemahiran kolaborasi.
โ
Menyediakan pelajar menghadapi kerjaya masa depan.
๐ CARA MEMACU INOVASI DALAM KALANGAN PELAJAR
๐ธ Pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning).
๐ธ Penggunaan teknologi digital dan AI secara beretika.
๐ธ Penyertaan dalam program STEM, robotik dan inovasi.
๐ธ Aktiviti penyelesaian masalah dunia sebenar.
๐ธ Kolaborasi, perkongsian idea dan pembelajaran aktif.
๐ IMPAK INOVASI DALAM PENDIDIKAN
โฌ๏ธ Peningkatan kualiti pembelajaran
โฌ๏ธ Penguasaan teknologi yang lebih baik
โฌ๏ธ Peningkatan pencapaian akademik
โฌ๏ธ Kesediaan menghadapi dunia pekerjaan
โฌ๏ธ Pembentukan generasi berdaya saing global
JK Kualiti & Inovasi 2026
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
03/06/2026
๐ข TARIKH PENTING KEPUTUSAN DAN RAYUAN
๐Perhatian kepada semua calon, semakan rayuan kemasukan ke Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA bagi sesi 2026 kini boleh dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
๐Calon dinasihatkan untuk membuat semakan dalam tempoh yang dinyatakan dan mengambil tindakan lanjut sekiranya berjaya ditawarkan.
๐Sila ambil maklum dan pastikan semua tindakan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
03/06/2026
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐ @ ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ซ๐จ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐จ๐ฅ๐๐ค ๐โจโฃ
โฃ
Semak keputusan permohonan YTP 2026 anda melalui laman web MARA www.mara.gov.my mengikut tarikh yang ditetapkan. โฃ
โฃ
๐๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง ๐ฃ๐๐ฒ๐ diminta untuk mengambil tindakan berikut:โฃ
๐membayar yuran pendaftaran,โฃ
๐membuat pengesahan setuju terima tawaran, โฃ
๐memuat turun surat tawaran serta dokumen pendaftaran/perjanjian dalam tempoh yang telah ditetapkan.โฃ
๐mendaftar / hadir lapor diri bagi Sesi 2 2026/2027 pada 31 Julai 2026.โฃ
โฃ
Kolej Profesional MARA Ayer Molek Membina masa depan, mencorak kejayaanโฃ
โฃ
๐๐๐ฒ๐๐ซ๐ข: https://ayermolek.kpm.edu.myโฃ
โฃ
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข: โฃ
Azwan : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โฃ
Shadira : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
01/06/2026
๐ญ๐ณ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ~ ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น
Alhamdulillah ๐ pada 1 Jun 2026, Kolej Profesional MARA Ayer Molek genap 17 tahun menabur bakti sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang melahirkan graduan profesional, berintegriti dan berdaya saing.
Daripada sebuah institusi yang dibina dengan visi yang jelas, KPM Ayer Molek terus melakar pelbagai pencapaian dan kejayaan di peringkat nasional serta antarabangsa, khususnya dalam bidang perakaunan profesional.
Terima kasih kepada MARA amnya & khususnya kepada seluruh warga kerja, pelajar dan alumni KPM Ayer Molek, ibu bapa, rakan industri dan semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan kecemerlangan ini.
17 Tahun Gemilang, Melakar Masa Hadapan.
KPM Ayer Molek โ Menerajui Pendidikan Profesional, Membina Legasi Kecemerlangan.
01/06/2026
Terima kasih diucapkan cikgu Abdul Muiez dan semua yang telah meluangkan masa menyertai sesi Live Sembang Lepas SPM bersama Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka
Semoga perkongsian yang diberikan dapat membantu calon lepasan SPM mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan peluang melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MARA.
Terima kasih juga kepada semua yang aktif bertanya dan memberi maklum balas sepanjang sesi berlangsung. Semoga usaha kecil ini menjadi panduan dalam membuat pilihan terbaik untuk masa depan.
Teruskan bersama KPM โ langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cemerlang.