SRITI Imtiaz, Bandar Saujana Putra

SRITI Imtiaz, Bandar Saujana Putra

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Imtiaz, Bandar Saujana Putra, School, SP 5/5, Jenjarom.

01/04/2026

📢 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔❗

📍 Tiga Cawangan SRITI IMTIAZ Kuala Langat :
1️⃣ SRITI IMTIAZ BANTING BARU
2️⃣ SRITI IMTIAZ KEBUN BAHARU
3️⃣ SRITI IMTIAZ BANDAR SAUJANA PUTRA (BSP)

❗*_Terhad kepada 50 orang setiap cawangan_*❗

🌟 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭?
Kami menerapkan 7 Manhaj Utama yang membentuk pelajar dalam pelbagai aspek:

✅ Tahfiz Quran & Sunnah (TQS)
✅ Islamic Behavior Development (IBD)
✅ KSSR (KPM)
✅ Kaffah
✅ Tarbiah
✅ Diniyah (JAIS)
✅ Ko-Kurikulum

🕒 *Waktu Pembelajaran:*
Isnin - Khamis = 7:30 pagi - 4:30 petang
Jumaat = 7:30 pagi - 12.30 tengah hari

📲 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚!
Klik pautan berikut atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:
🔗 https://my04.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=simb

📞 Hubungi kami:
📍 Pejabat: 03-31202822
📍 Admin: 011-18660224

21/03/2026

[ 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 | 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗔𝗨𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 ✨ ]

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، وَلِلّهِ الحَمْدُ

Firman Allah SWT:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ….
“...Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dipertemukan dengan Syawal 1447H dalam suasana penuh nikmat iman dan Islam.

Sesungguhnya Ramadan yang telah berlalu adalah madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita melatih kesabaran, keikhlasan dan ketaqwaan.

Moga segala amalan yang telah kita usahakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan terbaik untuk meneruskan kehidupan dalam 11 bulan yang mendatang.

Walaupun ada di antara kita yang diuji dengan pelbagai cabaran, namun nikmat Syawal ini tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Marilah kita bersama-sama mengekalkan ruh Ramadan dalam kehidupan mendidik diri, keluarga dan anak-anak menjadi generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi, selari dengan aspirasi pendidikan SRITI.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
Warga SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، وَلِلّهِ الحَمْدُ
كل عام وأنتم بخير
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ✨

Photos from SRITI Imtiaz, Bandar Saujana Putra's post 12/03/2026

📸 𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 | 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗕𝗦𝗣

Alhamdulillah pada 27 Februari lepas telah berlangsung Ceramah Ramadan: Ramadan Bulan Tarbiah di SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra. Program ini merupakan salah satu aktiviti dalam pengisian Ihya’ Ramadan yang dianjurkan bagi memberi peringatan dan penghayatan tentang keistimewaan bulan Ramadan.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Azam Din, yang berkongsi nasihat serta peringatan kepada murid-murid tentang bagaimana Ramadan menjadi madrasah tarbiah dalam membentuk akhlak, disiplin dan kesungguhan dalam beribadah.

Murid-murid mengikuti sesi ini dengan penuh perhatian dan semangat. Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi panduan untuk mereka memanfaatkan bulan Ramadan dengan lebih baik.

🎗️ Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi

📍

07/03/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗔𝗨𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 💡

Allah سبحانه وتعالى berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan antara yang benar dengan yang salah.”
[Surah Al-Baqarah: 185]

Nuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa al-Quran adalah panduan hidup yang menerangi hati, membimbing manusia ke jalan kebenaran serta membezakan antara yang hak dan yang batil.

Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita bukan sekadar membaca al-Quran, bahkan menghayati, memahami dan beramal dengan ajaran al-Quran dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga generasi anak-anak SRITI terus dibimbing menjadi Generasi Soleh Pintar Rabbani yang menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.

Salam Nuzul al-Quran 1447H

Ikhlas daripada:
SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra

27/02/2026

𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗝𝗔𝗠𝗔𝗜𝗘 & 𝗨𝗦𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗔𝗨𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔🗒️✨

Sebagai pengisian Ramadan tahun ini, SRITI Imtiaz BSP bersama Jemaah Ibu Bapa akan menganjurkan program Iftar Jamaie & Usrah Ibu Bapa bagi menyemarakkan budaya ilmu dan kebersamaan komuniti sekolah.

▫️Jumaat | 27 Februari 2026
📍 Dewan Serbaguna BSP

🎙️ Penceramah Jemputan: Ustaz Muhammad Hanif bin Jamaluddin

Semoga program ini menjadi asbab memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta menyemarakkan lagi roh Ramadan dalam kehidupan kita bersama.

26/02/2026

𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 🌙📖

SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan membina jiwa, membentuk akhlak dan menyuburkan iman anak-anak sejak usia kecil.

Bersempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra mengadakan pengisian khas bertajuk:

❇️ Ramadan: Bulan Tarbiah
▫️ Penceramah: Ustaz Azam Din
▫️Jumaat | 27 Februari 2026

Semoga pengisian ini menjadi asbab anak-anak lebih memahami makna Ramadan, belajar tentang sabar, disiplin, kasih sayang dan ketaatan kepada Allah SWT.

Didiklah hati, suburkan iman, bentuklah generasi Rabbani.

𝑴𝒆𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓𝒌𝒂𝒏 𝑮𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑺𝒐𝒍𝒆𝒉, 𝑷𝒊𝒏𝒕𝒂𝒓 𝑹𝒂𝒃𝒃𝒂𝒏𝒊 & 𝑴𝒖𝒓𝒂𝒃𝒃𝒊

19/02/2026

𝗝𝗢𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗦𝗣 📢🌾

https://kirazakat.com/?ref=sbsp

Alhamdulillah SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra (BSP) telah dilantik sebagai Penolong Amil Zakat yang sah dibawah Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) melalui SRITI Negeri Selangor.

Sebahagian wang pulangan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan dikembalikan kepada pihak SRITI untuk digunakan bagi tujuan pembangunan, penambahbaikan prasarana sekolah, akademik & kokurikulum Murid.

Pembayaran Zakat boleh terus melalui kaedah mudah di bawah :
➡️ https://kirazakat.com/?ref=sbsp
➡️ https://kirazakat.com/?ref=sbsp

❇️ Jika terdapat sebarang permaslahan atau untuk menyemak bayaran, tuan/puan boleh menghubungi :

▫️ Ustaz Muhammad Yusra bin Mohd Yusof ( Wakil Penolong Amil Zakat ) : 011-13345185

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐛𝐛𝐢 ✨

18/02/2026

𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗦𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 🌟💡

Kami dari SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra (BSP) mengucapkan selamat datang kepada bulan yang penuh keberkatan, keampunan, dan rahmat.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk membersihkan jiwa, memperkukuh taqwa, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta pembeza antara yang benar dan yang batil."
(Surah Al-Baqarah: 185)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan."
(HR Bukhari & Muslim)

Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan memperbanyakkan ibadah, sedekah, serta muhasabah diri. Semoga kita semua memperoleh keampunan dan rahmat-Nya serta menjadi hamba yang lebih dekat kepada Allah SWT.

"Melahirkan Generasi Rabbani Murabbi"

Ikhlas daripada:
Warga SRITI Imtiaz Bandar Saujana Putra (BSP)

17/02/2026

1 Ramadhan 1447H jatuh pada hari Khamis, 19 Februari 2026.

Selamat Berpuasa Semua 😊✨
اللهم سلمنا لرمضان

Want your school to be the top-listed School/college in Jenjarom?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

SP 5/5
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 12:30