Otakuisians

Otakuisians

Share

For all enthusiastic individual who love anything about Japan and passionate to make a great friends as engaging community inside KUIS.

Photos from Otakuisians's post 07/06/2026

🌸JAPANESE LESSONS TODAY | 本日の日本語の授業 🌸🇯🇵

🎌 Program pembelajaran bahasa Jepun pada hari ini memberi pendedahan kepada ahli mengenai sistem penulisan yang digunakan dalam bahasa Jepun. Ahli diperkenalkan dengan cara bahasa Jepun ditulis serta kepentingan setiap jenis tulisan dalam komunikasi harian.

📚Melalui sesi ini, ahli dapat memahami mengapa bahasa Jepun menggunakan lebih daripada satu sistem tulisan dan bagaimana setiap sistem tersebut saling melengkapi dalam pembentukan ayat.

📝Pendedahan ini dapat membantu membina asas yang lebih kukuh dalam pembelajaran bahasa Jepun, khususnya dalam kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, sesi ini turut meningkatkan kefahaman terhadap struktur bahasa Jepun serta memudahkan proses pembelajaran topik-topik yang lebih kompleks pada masa akan datang.

“THE FIRST, ONE AND ONLY”

Disediakan oleh,
EXCO AKADEMIK DAN BAHASA
PERSATUAN OTAKUISIANS
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

05/06/2026

[BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN OTAKUISIANS SESI 2026/2027]

Assalamualaikum Wrt. Wbt.,

Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami ingin memperkenalkan Barisan Kepimpinan Persatuan Otakuisians Sesi 2026/2027.
Barisan Kepimpinan Persatuan Otakuisians Sesi 2026/2027 ini terdiri daripada 19 orang, iaitu 7 orang daripada barisan Majlis Tertinggi dan 12 orang daripada barisan Exco.

Persatuan ini berada di bawah bimbingan dan pemantauan dua orang penasihat, iaitu Encik Syukri dan Encik Fairaz, yang sentiasa memberikan sokongan, panduan serta nasihat dalam memastikan kelancaran perjalanan persatuan.

Diharapkan pengenalan barisan kepimpinan ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada para pelajar serta membantu memperkukuhkan hubungan antara ahli dan kepimpinan persatuan dalam menjayakan pelbagai aktiviti serta program pada sesi ini.

"THE FIRST ONE AND ONLY "

PERSATUAN OTAKUISIANS
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kajang
43000