15/05/2026
Nakbah sering difahami sebagai tragedi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin pada tahun 1948. Dalam peristiwa itu, lebih 750,000 rakyat Palestin dipaksa meninggalkan tanah air mereka, ratusan kampung dimusnahkan dan sebuah bangsa telah dipaksa hidup dalam diaspora yang panjang. Namun, memahami Nakbah sekadar sebagai kisah pelarian dan kehilangan rumah sebenarnya terlalu naif. Hakikatnya, Nakbah hanyalah sebahagian daripada episod agenda penjajahan Israel. Ia merupakan projek terancang perampasan tanah dan bakal mengubah makna pada tanah Palestin itu sendiri.
Jika ditelusuri sebelum Palestin dikenal sebagai wilayah konflik, tanah ini sudah pun sekian lama menyimpan makna yang sangat besar dalam sejarah dan peradaban manusia. Merujuk kepada sejarah Islam, wilayah yang merangkumi Baitul Maqdis ini memiliki kedudukan yang sarat dengan nilai kesucian dan kenabian. Kota ini mulia kerana ada hubungannya dengan peristiwa Israk Mikraj, kiblat pertama umat Islam dan kawasan yang disebut dalam al-Quran sebagai tanah yang diberkati.
Jemput baca artikel penuh link di story!
π Follow, Like & Share
β’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
β’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.
15/05/2026
Kami membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri bersama kami bagi posisi:
Position internship yang sedang dibuka:
Account/Admin
Graphic Designer
Content Creator
Digital Marketer
Researcher
Kami mencari individu yang bukan sahaja kreatif, tetapi juga mempunyai semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.
Kriteria:
βοΈ Komited & bertanggungjawab
βοΈ Boleh bekerja dalam pasukan
βοΈ Bersedia untuk belajar & berkembang
π© Hantar resume/portfolio ke [email protected] atau hubungi whatsapp 0183421789 untuk maklumat lanjut.
15/05/2026
Artikel ini mengupas perkembangan dalaman Palestin, cabaran pentadbiran serta perubahan strategi politik yang sedang berlaku di tengah tekanan perang dan krisis berpanjangan.
Memahami Palestin bukan hanya melalui medan perang tetapi juga melalui perubahan struktur politik dan kepimpinan yang sedang membentuk masa depannya.
π Follow, Like & Share
β’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
β’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.
15/05/2026
Tabung yang kecil tapi memberi makna besar buat saudara kita di Gaza π΅πΈ
Terima kasih Berkat Madinah kerana sudi letakkan tabung bantuan Gaza untuk bersama-sama kita membantu rakyat Palestin.
Sedikit demi sedikit daripada pelanggan yang menyumbang, akhirnya menjadi bantuan yang sangat bermakna untuk mereka yang sedang berjuang meneruskan hidup di sana.
Kami sangat hargai sokongan daripada peniaga dan komuniti yang sama-sama ambil peduli tentang Gaza.
15/05/2026
Di sebalik bendera yang dikibarkan dan setiap kali keffiyeh digayakan, di situ adanya naratif penentangan dan pembebasan.
Misi untuk memecahkan kesunyian dan sekatan haram rejim penjajah kini, turut menjadi indikator kuat yang meletakkan flotila sebaris dengan rangkaian simbol perlawanan untuk menuntut kemerdekaan.
Semangat juang pembebasan Palestin tidak pernah luntur, malah dizahirkan melalui pelbagai bentuk perlambangan untuk membawa mesej ketahanan, keamanan dan keadilan walau dalam apa jua keadaan.
Mari kita telusuri maksud di sebalik simbol-simbol iniβdaripada sebuah bendera hingga ke Masjid al-Aqsa, semuanya mengandung butiran makna untuk menuju merdeka.
15/05/2026
Diplomat tertinggi yang menjadi pengantara gencatan senjata dan wakil Amerika Syarikat (AS) di Gaza dalam Lembaga Keamanan (Board of Peace), Nickolay Mladenov menyatakan perjanjian gencatan senjata berfasa itu lumpuh kerana HAMAS belum melucutkan senjata, menyifatkan ia tidak boleh dirunding.
Dia juga memberitahu bahawa dia boleh membayangkan peranan HAMAS di Gaza pasca perang jika gerakan itu melucutkan senjata.
βKami tidak meminta H*M*S untuk dihapuskan sebagai gerakan politik,β ujarnya kepada pemberita pada Rabu sewaktu sidang akhbar di Baitul Maqdis.
Berita penuh di story!
π Follow, Like & Share
β’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
β’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.
15/05/2026
Hari ini, genap 78 tahun peristiwa Nakbah iaitu satu detik hitam yang menimpa rakyat dan tanah suci Palestin.
Sehingga ke hari ini, tanah tersebut masih dijarah dengan zalimnya oleh pendatang dan rejim haram Israel.
Ayuh, bangkitkan semangat kalian untuk terus berjuang, sehingga Palestin merdeka!
14/05/2026
Forum Media Palestin mengecam keras kempen hasutan terancang yang menyasarkan seorang wartawan Amerika, Nicholas Kristof dan aktivis hak asasi Palestin, Ramy Abdu, susulan pendedahan laporan mengenai penyeksaan, penderaan seksual dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan Palestin di penjara rejim Israel.
Dalam satu kenyataan, forum itu menyifatkan kempen tersebut sebagai sebahagian daripada usaha berterusan rejim Israel untuk menakut-nakutkan wartawan, aktivis hak asasi manusia dan penyelidik, selain membungkam suara yang mendedahkan realiti penderitaan rakyat Palestin kepada masyarakat antarabangsa.
Berita penuh di story!
π Follow, Like & Share
β’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
β’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.
13/05/2026
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak Palestin terbunuh manakala kira-kira 850 kanak-kanak lagi cedera di wilayah Palestin yang dijajah sejak Januari 2025. Jumlah itu bersamaan purata seorang kanak-kanak terbunuh setiap minggu.
Jurucakap UNICEF, James Elder berkata dalam satu taklimat media di Geneva bahawa 93% daripada kanak-kanak yang terbunuh itu dibunuh oleh tentera Zionis.
Berita penuh di story!
π Follow, Like & Share
β’ Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
β’ Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.