EmoSihat Centre

EmoSihat Centre

Share

Emosihat 360° diasaskan oleh Dr Norzila Zakaria (Dr Emosi) pakar perunding psikiatri
Konsep kami: ilmu pakar, gaya santai.

Kami membantu anda memahami emosi melalui sains otak.

30/04/2026

Pagi ni buka whatsapp tersentak dengan post yang forwarded banyak kali.

Semoga kita semua Allah pelihara dari harta tidak halal. Biar sikit tapi barakah.

Copy & paste:
===========
Abah tinggalkan kami RM3 Juta, Velfire & Banglo. Tapi kenapa tiap malam kami dengar dia menjerit kepanasan dari kuburnya?

Abah meninggal dunia secara mengejut. Serangan jantung masa tengah main golf. Ramai yang datang ziarah. Abah dikenali sebagai 'Datuk' yang pemurah. Ahli perniagaan berjaya, selalu dapat tender besar, sponsor majlis agama. Kami anak beranak ingat... Abah ahli syurga.

Majlis tahlil buat 7 hari 7 malam, katering paling mahal. Tinggalan Abah? Cash dalam bank dekat RM3 juta, beberapa buah rumah sewa, banglo mewah dan deretan kereta import. Masa tu kami fikir, "Alhamdulillah, rezeki anak-anak." Kami tak tahu, itu bukan rezeki. Itu racun.

Masuk bulan kedua Abah meninggal, hidup kami mula hancur. Ibu tiba-tiba lumpuh separuh badan tanpa sebab perubatan. Adik bongsu accident, koma di ICU. Duit simpanan Abah yang berjuta tu mengalir macam air bayar bil bil hospital pakar. Tapi yang paling seram... mimpi kami.

Setiap malam, aku mimpikan Abah. Bukan mimpi indah. Aku nampak perut Abah membusung besar sebesar bukit. Diperutnya tembus nampak ulat, nanah dan darah mendidih yang dia terpaksa telan. Abah menangis, melolong pandang aku. "Tolong p**angkan balik Long... Abah tak tahan... panas sangat api ni Long..."

Aku terbangun berpeluh. Ingatkan mainan tidur. Sampailah satu hari, aku kemas pejabat Abah. Aku terjumpa satu fail peribadi dan satu telefon 'secret' yang Abah tak pernah tunjuk kat sesiapa. Aku buka fail tu. Terduduk aku menangis.

Dalam fail tu, bukan dokumen bisnes biasa. Itu rekod 'Duit Kopi' dan penipuan.
Projek bina dewan sekolah? Abah markup 40%, guna simen murah, besi nipis.
Kelulusan tanah? Ada nama pegawai yang Abah suap bulan-bulan.
Bisnes kosmetik Abah? Rupanya produk timbang kilo yang rosakkan muka beribu perempuan, Abah rebrand jual harga yhudee.

Di telefon rahsia tu lagi hancur luluh hati aku baca WhatsApp Abah.
Ada mesej dari seorang kontraktor kecil: "Datuk, tolonglah bayar payment saya. Anak saya kat hospital. Saya dah bankrap Datuk."
Reply Abah? "You tak reti sabar ke? Ada duit i bayarlah!" Padahal masa tu Abah baru beli Velfire cash.

Ustaz yang datang rawat mak aku geleng kepala bila tengok fail tu.
"Long, harta ni takde barakah. Ini harta darah dan air mata orang. Duit rasuah, duit tipu orang, duit zalim. Kamu sekeluarga tengah makan 'aaapineraka' yang ayah kamu suapkan. Sebab tu hidup kamu panas."

Ustaz tu sambung, "Dosa dengan Allah, kita taubat nasuha, Allah Maha Pengampun. Tapi dosa ambil hak manusia... Allah takkan ampunkan selagi manusia tu tak halalkan. Ayah kamu sekarang tengah beratur panjang kat Barzakh sana, kena lempang, kena seksa dengan roh-roh yang dia zalimi."

Bermulalah episod paling hina dalam hidup aku. Aku jual banglo, jual segala kereta mewah, cairkan semua aset RM3 Juta. Aku cari balik satu-satu nama dalam buku Abah. Aku pergi cari kontraktor yang bankrap tu.

Pakcik tu sekarang duduk rumah setinggan, meniaga pisang goreng. Bila aku sebut nama ayah aku dan hulur cek RM200 ribu (duit yang ayah aku tipu dia dulu), pakcik tu menangis.
"Dah 5 tahun pakcik doa siang malam lepas solat hajat. Pakcik minta Allah balas perbuatan ayah kamu. Baru hari ni Allah tunjuk."

Aku melutut depan pakcik tu kat lorong setinggan tu. Sambil peluk kaki dia, aku menangis teresak-esak. "Pakcik... tolong ampunkan ayah saya pakcik. Ayah saya tengah kena seksa teruk kat sana. Ampunkan dia pakcik... saya kembalikan semua hak pakcik..."
Aku merayu macam budak kecil. terpaksa tebalkan muka melutut merayu demi roh ayah.

Sebahagian maafkan. Tapi ada yang paling aku takut...
Bila aku jumpa seorang makcik yang tanah pusaka dia ayah aku rampas pakai orang dalam (rasuah). Makcik tu pandang aku sayu. Dia tolak duit yang aku nak p**angkan.

"Makcik dah hilang tempat berteduh. Makcik merempat bawa anak yatim 10 tahun lepas. Duit ni takleh beli balik air mata anak-anak makcik. Cukup. Kamu baliklah. Biar makcik tuntut dengan bapak kamu depan Allah kat Mahsyar nanti. Makcik nak pahala dia, makcik nak dia pikul dosa makcik."

Allahuakbar... Korang bayangkan dengar ayat tu? Macam mana tertutupnya pintu taubat untuk ayah aku? Terbayang ayah aku nanti kat Mahsyar, merangkak cari makcik ni nak minta halal, tapi makcik ni tendang muka dia dan ambil segala amal ibadah ayah aku berpuluh tahun.

Sebab tu aku nak pesan pada yang baca ni. Terutamanya orang kita kat Malaysia ni.

Kau yang kerja kerajaan / swasta yang 'biasa' ambil komisen bawah meja.

Kau peniaga online yang jual barang fake tapi claim ori.
Kau founder produk scam ejen suruh restock lepas tu kau lari.
Kau kedai makan yang tipu harga, potong timbangan ayam daging.

Kau mungkin rasa selamat sebab polis tak tangkap. SPRM tak dapat hidu. Kau boleh pergi Umrah tiap tahun bawa family pakai 'duit komisen' tu. Kau boleh beli Vellfire nak tunjuk kau berjaya. Tapi kau lupa, malaikat Munkar Nakir tak makan rasuah.

Setiap sen duit haram yang kau suap jadi darah daging anak bini kau, itu adalah benih-benih api neraka. Bila kau mati esok, anak bini kau berebut harta, takde siapa ingat nak carikan mangsa-mangsa yang kau tipu. Akhirnya kau reput, hancur, kena bkar dan disiat-siat kulit kau pampas hutang manusia kat alam kubur sana.

Berhentilah ambik rasuah. Berhentilah scam orang. Berhentilah meniaga zalim menipu timbangan dan harga.

Tak berbaloi kaya di dunia 60 tahun, tapi kau melolong kepanasan di Barzakh yang lamanya ribuan tahun. Jangan sampai anak kau p**a yang kena melutut peluk kaki orang menangis merayu tebus dosa kau!

11/03/2026

Bismillah

Webinar Percuma Fahami Anxiety dan Bagaimana Menenangkan Sistem Saraf
===================================================

Sejak beberapa minggu yang lalu, saya menerima semakin ramai rujukan pesakit yang mengalami susah tidur dan anxiety.

Ada yang datang dengan aduan:

• jantung berdebar tiba-tiba• fikiran tak berhenti• susah tidur walaupun badan letih• rasa gelisah tanpa sebab jelas

Menariknya, banyak ujian kesihatan mereka normal.

Masalahnya sebenarnya bukan pada jantung.Bukan juga pada paru-paru.

Dalam banyak kes, ia berkait dengan sistem alarm dalam otak yang terlalu aktif.

Bila sistem ini sentiasa “on”, badan akan sentiasa rasa seperti ada bahaya.

Sebab itu ada orang kata:

“Doktor, saya penat… tapi otak saya tak boleh tenang.”

InsyaAllah saya akan buat satu webinar percuma tentang anxiety dari perspektif otak.

Jika anda berminat untuk belajar:

• kenapa anxiety berlaku• kenapa susah tidur• bagaimana menenangkan sistem saraf

Saya buka WhatsApp group khas untuk peserta webinar.

Link untuk join group ada di komen.

03/03/2026

Bismillah

Emosi bukan mudah untuk diurus. Kita kena belajar dan dapatkan ilmu.

Dr Emosi bawakan ilmu pakar gaya santai melalui ebook dalam combo Ramadan ini.

19/01/2025

Bismillah

Takaful Bukan Untuk Orang Kaya Sahaja
==============================

Hari ni Dr. Norzila nak bebel sikit. Bebel-bebel sayang, sebab ada sedikit ilmu yang rasa rugi kalau tak dikongsi. Ramai dah tahu saya juga perunding takaful, kenap saya sanggup terjun ke dunia takaful? Pasti ada alasan yang kukuh. Sebab bil saya dah faham dan ada ilmu saya rasa nak beritahu satu dunia kenapa penting sangat-sangat ambil perlindungan takaful.

Sahabat-sahabat semua, pernah tak rasa macam ni?

“Eh, takaful ni untuk orang kaya je. Aku ni nak cukupkan makan pun susah, nak bayar takaful macam mana?”

Haa, salah tu. Sebenarnya takaful ni bukan soal kaya atau miskin. Ia soal persediaan, soal perlindungan. Kalau nak ikut logik, orang yang cukup-cukup makan lah yang paling patut ada takaful. Sebab apa? Sebab kalau berlaku sesuatu yang tak dijangka seperti kemalangan, sakit, hilang punca pendapatan, kita ada backup. Kita ada pelampung kewangan supaya tak terus tenggelam.

Bayangkan, seorang ayah yang jadi tulang belakang keluarga tiba-tiba jatuh sakit dan tak boleh bekerja. Kalau tak ada takaful, apa akan jadi? Simpanan mungkin habis untuk bayar rawatan. Anak-anak mungkin kena berhenti sekolah sebab tak mampu bayar yuran. Kalau ada hutang rumah, mungkin terpaksa gadai rumah sebab tak ada sumber nak bayar pinjaman. Allahu…

Kalau ada takaful, lain ceritanya. Rawatan dilindungi. Keluarga masih boleh teruskan hidup tanpa terbeban. Anak-anak tetap boleh belajar. Rumah tetap ada tempat berteduh.

Kenapa Takaful Penting untuk Semua?
———————————————————-

1. Lindungi Kewangan
Hidup ni tak boleh dijangka. Bila ada takaful, sekurang-kurangnya kita tahu kita tak perlu risau kalau berlaku musibah yang perlukan kos besar.

2. Pelan yang Mampu Milik
Jangan fikir semua pelan mahal. Ada je pelan yang sesuai dengan bajet. Ambil yang asas dulu. Ingat, sikit lebih baik daripada tiada langsung.
Jaminan untuk Keluarga

Kalau apa-apa berlaku, waris kita tetap terjaga. Anak-anak takkan terpaksa berhenti sekolah, dan pasangan kita tak perlu pikul semua tanggungjawab seorang diri.
Tenang Hati

Bila kita tahu kita dah bersedia, hati pun lebih tenang. Kita boleh fokus pada usaha, tahu yang keluarga kita ada perlindungan.

3. Jangan Tunggu Kaya
Sahabat-sahabat semua, takaful ni bukan pasal siapa kaya, siapa miskin. Ia tentang siapa yang bijak merancang untuk masa depan. Jangan tunggu ada duit lebih, sebab kalau musibah datang dulu, kosnya jauh lebih besar daripada bayaran bulanan takaful.

Kita sanggup bayar untuk telefon baru, pergi bercuti, makan sedap-sedap. Tapi kenapa bila bab perlindungan, kita rasa macam mahal sangat? Fikir balik ya.

Bebel ni tanda sayang. Harap sahabat semua dapat ambil sedikit masa untuk fikirkan tentang ni. Mulakan dengan apa yang mampu. Jangan tunggu hingga terlambat. Sebab bila terlambat, kita takkan dapat balik masa yang dah berlalu.

Jadi, langkah kecil hari ni mungkin jadi penyelamat besar untuk esok. Nak hidup lebih tenang? Pastikan takaful ada dalam perancangan kita. InsyaAllah, Allah mudahkan segalanya.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00