26/05/2026
Jalinan Strategik UMKCEE bersama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Alhamdulillah, pada 25 Mei 2026,berlangsung sesi networking dan perbincangan antara pihak UMKCEE bersama En. Norhalis Mohamed Noor, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan bertempat di Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu.
Perbincangan ini memberi fokus kepada peluang kerjasama dalam mempromosikan program pengajian separuh masa serta kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh UMKCEE, selaras dengan keperluan peningkatan kompetensi dan pembangunan kerjaya staf.
Pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan juga akan meneliti kursus-kursus yang bersesuaian dan telah bersetuju memberikan ruang kepada UMKCEE untuk mengadakan sesi taklimat kepada staf mereka semasa Majlis Perhimpunan Bulanan akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian menerima kunjungan serta membuka ruang kerjasama ini. Semoga jalinan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pembangunan ilmu dan kerjaya pada masa hadapan.
25/05/2026
Kerjasama strategik ke arah transformasi digital dan inovasi! π
25 Mei 2026 UMKCEE telah mengadakan sesi networking dan perbincangan bersama En Wan Muhammad Najahuddin, Pengurus Besar Kelantan Gold Trade (KGT) di Pejabat KGT, Kota Bharu.
Perbincangan memfokuskan kepada pembangunan kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan industri semasa, khususnya:
πΈ Kecerdasan Buatan (AI)
πΈ Design Thinking
Pihak KGT turut menyatakan minat untuk mendapatkan proposal kursus bagi tujuan pelaksanaan latihan kepada staf dalam masa terdekat.
π UMKCEE komited dalam menyokong transformasi organisasi melalui latihan profesional yang praktikal, inovatif dan berdaya saing.
25/05/2026
Memperkasa industri hospitaliti melalui ilmu dan kemahiran! π¨
β¨24 Mei 2026 UMKCEE telah mengadakan sesi networking dan perbincangan bersama En Munir di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Sesi ini membuka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan industri hotel, termasuk bidang:
πΉ Pengurusan Hotel
πΉ Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI)
πΉ Pengurusan Halal
Pihak hotel menunjukkan minat terhadap program-program yang mampu meningkatkan kompetensi staf serta daya saing organisasi dalam era digital.
π‘ UMKCEE sentiasa bersedia menjadi rakan strategik industri dalam menyediakan latihan berimpak tinggi dan relevan dengan keperluan semasa.
25/05/2026
UMKCEE terus memperkukuh jaringan industri! π€
24 Mei 2026 (Ahad), jam 12.00 tengah hari, satu sesi networking dan perbincangan telah diadakan bersama Pn Farah, Pengurus HR Al Khatiri Group Sdn Bhd di Restoran Al Khatiri, Kubang Kerian.
Perbincangan memberi fokus kepada peluang kerjasama dalam pelaksanaan kursus jangka pendek di bawah UMKCEE, khususnya kursus Design Thinking bagi meningkatkan kemahiran inovasi dan penyelesaian masalah dalam kalangan staf syarikat.
Pihak Al Khatiri Group menunjukkan minat yang tinggi terhadap kursus ini dan telah memohon agar satu proposal lengkap dikemukakan dalam masa terdekat.
β¨ UMKCEE komited dalam membantu industri memperkasa modal insan melalui latihan yang relevan, praktikal dan berimpak tinggi.
21/05/2026
π€ UMKCEE Perkasa Jaringan Strategik Bersama Industri dan Anak Syarikat Universiti
Pusat Pendidikan Luar UMK(UMKCEE) terus mengorak langkah proaktif dalam memperluas jaringan kerjasama strategik melalui dua sesi networking dan perbincangan yang berlangsung pada bulan Mei 2026.
π
12 Mei 2026
UMKCEE telah mengadakan sesi networking bersama UMK Holdings Berhad yang diwakili oleh Puan Arisa. Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pelaksanaan program latihan serta penawaran sijil profesional yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa.
π
14 Mei 2026
UMKCEE turut mengadakan sesi taklimat dan networking bersama Butik Che Fiza (BCF) yang diwakili oleh pemiliknya, Puan Che Fiza. Dalam sesi tersebut, beliau menyatakan minat untuk menganjurkan siri kursus jangka pendek dan sijil profesional kepada kakitangan BCF, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Team Building.
π― Inisiatif ini membuktikan komitmen UMKCEE dalam menyediakan program pembelajaran fleksibel, praktikal dan relevan dengan kehendak industri serta organisasi masa kini.
π UMKCEE sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat swasta dan usahawan dalam menyediakan:
β
Kursus Jangka Pendek
β
Sijil Profesional
β
Program Upskilling dan Reskilling
β
Latihan Korporat yang disesuaikan mengikut keperluan organisasi
π© Untuk maklumat lanjut, hubungi UMKCEE di:
π§ [email protected] atau [email protected]
π 019-9931915 / 014-5120563
#π¦ππ’π₯π§ππ’π¨π₯π¦ππ¦
17/05/2026
Jom Temui Team Pusat Pendidikan Luar Umkcee di Karnical Semarak Ilmu 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok bermula 17 hingga 21 Mei 2026.
10/05/2026
π Tak ada sijil SPM? Tak ada diploma? Tiada Banyak Pengalaman Kerja?Kerja biasa2 sahaja?
Jangan biarkan pengalaman anda hanya tersimpan dalam resume. Kini, pengalaman kerja anda boleh diiktiraf untuk melayakkan anda menyambung pengajian ke peringkat ijazah! π
β
Apa itu APEL.A?
APEL.A (Accreditation of Prior Experiential Learning) ialah kaedah yang membolehkan individu yang mempunyai pengalaman kerja yang relevan memohon kemasukan ke universiti walaupun tidak memiliki kelayakan akademik tradisional.
Mudah kataβ¦
πΌ Pengalaman kerja anda = peluang untuk masuk universiti
π€ Siapa yang sesuai memohon?
βοΈ Sedang bekerja @ tidak berkerja
βοΈ Individu Yang Berumur 21 tahun ke atas (bergantung kepada tahap pengajian)
βοΈ Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan Program Pengajian Peringkat Ijazah Nanti
βοΈ Ingin sambung belajar tetapi hanya atau tidak mempunyai kelayakan akademik biasa (SPM dan Kebawah)
π― Nak mohon APEL.A tapi tak tahu caranya?
Jangan risau! Kami sediakan infografik langkah demi langkah yang mudah difahami β daripada pendaftaran akaun, pengisian borang, hinggalah proses pembayaran dan pengesahan.
π Ikuti 9 langkah mudah dalam infografik di bawah π
Lepas settle APEL.A T6:
π Sambung Belajar Peringkat Ijazah Separuh Masa / Part Time Bersama Pusat Pendidikan Luar Umkcee
Melalui UMK Centre for External Education (UMKCEE), anda boleh menyambung pengajian secara separuh masa tanpa perlu berhenti kerja atau tanpa ganggu pekerjaan hakiki serta boleh terus mengurus komitmen keluarga seperti biasa.
Ramai yang ingat peluang mereka sudah tertutup. Hakikatnya, masih belum terlambat untuk mengejar impian memiliki ijazah. π
βBukan siapa yang paling cepat berjaya, tetapi siapa yang tidak pernah berhenti berusaha.β
π² Berminat? Hubungi kami untuk mendapatkan panduan lanjut mengenai APEL.A dan program pengajian separuh masa UMK. Laman web rasmi Pusat Penilaian APEL UMK https://apel.umk.edu.my/my dan Laman Web Rasmi UMKCEE https://umkcee.umk.edu.my
09/05/2026
9 Mei 2026: UMKCEE hari ini berbesar hati menyertai PROGRAM KASIH PIBG SK MACHANG 1 yang berlangsung di Dewan Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang bermula jam 9.00 pagi dengan kehadiran kira-kira 200 peserta termasuk para pelajar sekolah.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UMK, Prof.Dr. Huzili Bin Hussin sebagai motivator jemputan khas, bersama staf akademik daripada Pusat Pengurusan Siswazah UMK (PPS) serta wakil UMKCEE.
Penyertaan UMKCEE dalam program ini merupakan sebahagian usaha berterusan kami dalam mendekati komuniti serta memperluaskan akses pendidikan kepada masyarakat. Kami komited menawarkan program pengajian separuh masa dan sijil profesional yang fleksibel, relevan dengan keperluan industri serta sesuai untuk golongan bekerja yang ingin meningkatkan kelayakan akademik dan kerjaya.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama yang amat bermakna. Semoga program ini memberi inspirasi dan membuka peluang masa depan yang lebih cerah kepada semua peserta.