NUTP Kelantan

NUTP Kelantan

Share

Maklumat berkaitan NUTP kepada warga guru di negeri Kelantan. NUTP ialah pertubuhan yang dianggotai

Photos from NUTP Kelantan's post 18/06/2026

Simposium Antarabangsa Istanbul Kali ke -3

Tempat : Istanbul, Turkiye | Tarikh : 16 & 17 Jun 2026

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berbesar hati menerima jemputan daripada Egitim-Bir-Sen dan Memur-Sen untuk menghadiri Simposium Antarabangsa Istanbul Kali Ke-3 yang berlangsung di Istanbul, TΓΌrkiye.

Simposium ini menghimpunkan pemimpin dan wakil kesatuan pendidikan dari 55 buah negara bagi membincangkan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh warga pendidikan di peringkat global serta meneroka penyelesaian melalui kerjasama dan solidariti kesatuan yang lebih kukuh.

Penyertaan NUTP dalam platform antarabangsa ini mencerminkan komitmen berterusan NUTP dalam memperjuangkan suara pendidik Malaysia di persada dunia, di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa demi kemajuan pendidikan dan kebajikan guru.

17/06/2026

🌍 Dari Malaysia ke Pentas Dunia !

Tahniah kepada Tn. Hj. Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP Malaysia, atas penglibatan sebagai Speaker di International Education Unions Forum, Istanbul, Turkiye pada 16–18 Jun 2026.

Kehadiran beliau sebagai pembicara antarabangsa membuktikan bahawa suara guru Malaysia sentiasa dihormati dan mendapat perhatian di peringkat global.

Kami di NUTP Kelantan berasa amat bangga dengan pencapaian ini. Semoga terus melakar kecemerlangan dan mengangkat martabat profesion keguruan ke tahap yang lebih tinggi. πŸ‡²πŸ‡Ύ

16/06/2026
13/06/2026

Seorang guru besar berdepan perbicaraan jenayah yang boleh memberi kesan besar terhadap kerjaya beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai ahli NUTP, beliau mendapat pembelaan undang-undang yang dibiayai sepenuhnya oleh NUTP melalui peguam berpengalaman. Hasilnya, beliau kini kembali bertugas dan masih dapat meneruskan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Inilah bukti bahawa NUTP bukan sekadar kesatuan, tetapi pelindung kebajikan guru.

βœ… Pembelaan guaman untuk ahli yang layak.
βœ… Kebajikan ahli sentiasa diutamakan.

Dengan hanya RM10 sebulan, anda bukan sekadar membayar yuran, tetapi melabur untuk perlindungan dan kebajikan masa depan.

13/06/2026

Alhamdulillah... satu lagi berita yang menggembirakan buat keluarga NUTP. ❀️

Tahniah kepada Ustaz Saiful kerana kembali bertugas di sekolah selepas melalui cabaran yang bukan sedikit. Semoga terus diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk mendidik anak bangsa.

Terima kasih atas kepercayaan serta sokongan semua pihak. NUTP akan terus komited memperjuangkan kebajikan dan menjaga kebajikan ahli pada setiap masa.

πŸ’™ Bersama NUTP, kebajikan guru sentiasa diutamakan.

Rujukan Kes : https://www.facebook.com/share/1Esze76QUk/?mibextid=wwXIfr

30/05/2026

NUTP Kelantan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Ikhlas daripada Jawatankuasa NUTP Kelantan

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidik dan ahli NUTP Kelantan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Marilah kita menghayati erti pengorbanan, menyemai keprihatinan dan terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam perjuangan demi kebajikan warga pendidikan. 🀍

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa NUTP Kelantan πŸ’š

Photos from NUTP Kelantan's post 20/05/2026

PENYAMPAIAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN NUTP – KOTA BHARU

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian manfaat Tabung Khairat Kematian NUTP berjumlah RM5000.00 kepada Sdr. Ahmad Zamri bin Aziz, Suami kepada Allahyarhamah Nurainah binti Ajab ahli NUTP dari SK Kota Jembal, Kota Bharu.

Penyampaian itu telah diadakan di kediaman beliau, Kg Tok Ku, Kedai Lalat, Kota Bharu. Penyampaian ini disempurnakan oleh Setiausaha NUTP Daerah Kota Bharu, Sdri. Nik Norgilan binti Ismail

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.

Photos from NUTP Kelantan's post 20/05/2026

PENYAMPAIAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN NUTP – KOTA BHARU

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian manfaat Tabung Khairat Kematian NUTP berjumlah RM4,500.00 kepada Sdr. Mohd Zamri Abdullah, Suami kepada Allahyarhamah Shuhana binti Abdullah, ahli NUTP dari SMK Kubang Kerian, Kota Bharu

Penyampaian itu telah diadakan di kediaman beliau, Kg Panjang Binjai, Kota Bharu. Penyampaian ini disempurnakan oleh Setiausaha NUTP Daerah Kota Bharu, Sdri. Nik Norgilan binti Ismail

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih buat seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan mendidik anak bangsa. 🀍

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa NUTP Cawangan Kelantan πŸ’™

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Jalan Sri Cemerlang
Kota Bharu
15300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00