Genius Tablet - Hanana Academy Hq

Genius Tablet - Hanana Academy Hq

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Genius Tablet - Hanana Academy Hq, Educational consultant, Kota Bharu.

Genius Tablet merupakan aplikasi Pendidikan secara OFFLINE (Jimat dan selamat), anak belajar tanpa dipaksa, sesuai untuk anak2 seawal 2 tahun hingga 13 tahun, merangkumi semua subjek pendidikan awal dan sekolah rendah.

18/06/2026

📍 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢𝐭

Alhamdulillah, Genius Tablet berpeluang mengadakan program Jelajah Sekolah Bersama Genius Tablet di SK Demit bagi memperkenalkan pengalaman pembelajaran digital yang lebih interaktif, menyeronokkan dan selamat kepada para murid.

Melihat keterujaan murid-murid mencuba aplikasi pendidikan dalam Genius Tablet benar-benar memberi inspirasi kepada kami untuk terus membantu membentuk generasi yang cintakan ilmu.

Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan seluruh warga SK Demit atas layanan yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

"Membina Generasi Cemerlang Dengan Teknologi Pendidikan."

17/06/2026

📱 Anak pegang tablet setiap hari...
Bezanya, tablet ni buat anak belajar tanpa dipaksa.

Mak ayah pernah tak rasa risau bila tengok anak terlalu leka dengan gadget?

Hakikatnya, kita tak boleh lari daripada teknologi.

Tapi kita boleh pilih teknologi yang bermanfaat untuk anak.

✅ 100+ Apps Pembelajaran
✅ Belajar Iqra', Jawi, Matematik, Bahasa Melayu & English
✅ Mengikut silibus KPM
✅ Berfungsi secara OFFLINE
✅ Tiada iklan mengganggu
✅ Selamat untuk anak 3-12 tahun

Sebab itu ramai ibu ayah pilih Genius Tablet sebagai tablet pendidikan sebenar.

Bayangkan anak yang selalu leka scroll, kini tak sabar buka tablet sebab nak belajar huruf & doa.

Jangan tunggu bila dah terlambat.
📲 Tekan “ BUTANG WASAP ” dibawah sekarang.
📲 Tekan “ BUTANG WASAP ” dibawah sekarang

17/06/2026

"Kenapa anak sekarang makin berani melawan cikgu?" 🤔

Ramai salahkan telefon.
Ramai salahkan kawan.

Tapi hakikatnya...

📌 Anak belajar menghormati guru bukan hanya di sekolah.

Mereka belajar daripada apa yang mereka dengar di rumah.

Bila ibu ayah selalu mengkritik guru di depan anak,
anak mula melihat guru sebagai orang yang tidak perlu dihormati.

Sedangkan guru adalah insan yang membantu membentuk masa depan mereka setiap hari.

✅ Hormat guru bermula dari rumah.
✅ Tunjukkan adab walaupun berbeza pendapat.
✅ Elakkan mengutuk guru di depan anak.
✅ Jadilah contoh yang baik untuk mereka.

Kerana...

"Cara kita bercakap tentang guru hari ini, membentuk cara anak menghormati guru esok."

Setuju atau tidak? Kongsikan pandangan anda. 👇

17/06/2026

🎓 Pendidikan hari ini memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan relevan dengan perkembangan teknologi.
.
Melalui perkongsian bersama para guru, kita dapat memahami cabaran sebenar dalam membentuk generasi yang berilmu, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa depan.
.
Dengan sokongan alat pembelajaran digital seperti Genius Tablet, proses pembelajaran boleh menjadi lebih interaktif, menyeronokkan dan berkesan untuk anak-anak.
.
📌 Saksikan video ini dan ketahui pandangan para pendidik tentang masa depan pendidikan negara.
.

Photos from Genius Tablet - Hanana Academy Hq's post 16/06/2026

🌙 Salam Akhir Tahun & Awal Muharram 1448H ✨
.
Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menutup lembaran tahun hijrah yang lalu dan melangkah ke tahun baharu dengan penuh syukur dan harapan.
.
Semoga segala amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini diterima Allah SWT, segala kekurangan diampunkan, dan segala urusan yang bakal ditempuhi pada tahun baharu dipermudahkan.
.
✨ Awal Muharram bukan sekadar pertukaran angka, tetapi peluang untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik, lebih dekat kepada Allah dan lebih berjaya di dunia serta akhirat.
.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Semoga tahun ini membawa keberkatan, rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik dan kebahagiaan buat kita semua. 🤲💚
.
"Ya Allah, jadikanlah tahun yang mendatang ini lebih baik daripada tahun yang telah berlalu."









15/06/2026

📍 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 SK Tengku Indera Petra
.
Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang berkongsi dan memperkenalkan Genius Tablet kepada murid-murid di 𝐒𝐊 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐚 ❤️
.
Seronok melihat keterujaan anak-anak meneroka pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan penuh ilmu.
.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat kepada lebih ramai anak-anak untuk terus minat belajar. 📚✨
.

14/06/2026

Cabaran Mendidik Anak Zaman Sekarang

Dulu, cabaran ibu bapa cuma pastikan anak pergi sekolah dan siapkan kerja rumah.

Hari ini?

Anak membesar dengan telefon di tangan, internet tanpa batas dan pelbagai pengaruh yang masuk ke dalam fikiran mereka setiap hari.

Yang paling mencabar bukan lagi mengajar anak membaca atau mengira.

Tetapi mengajar mereka:
✅ Hormat ibu bapa
✅ Jaga adab dan akhlak
✅ Fokus ketika belajar
✅ Bijak memilih kawan
✅ Menggunakan teknologi dengan betul

Hakikatnya, anak-anak zaman sekarang bukan perlukan lebih banyak gajet.

Mereka perlukan lebih banyak masa, perhatian dan bimbingan daripada ibu ayah.

Kerana pendidikan sebenar bermula di rumah, sebelum mereka melangkah ke sekolah.

Jangan tunggu anak bermasalah baru kita mula bertindak.

Didik hari ini, supaya kita tidak menyesal kemudian hari.

❤️ Anak adalah amanah. Bukan sekadar untuk dibesarkan, tetapi untuk dibimbing menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

14/06/2026

🚨 MAK AYAH, PERASAN TAK...

Anak sekarang cepat sangat mengalah bila jumpa benda susah?
Salah sikit terus nak berhenti.
Tak pandai terus kata:

❌ "Adik tak pandai..."
❌ "Adik tak nak buat dah..."
❌ "Susah laa..."

Sedangkan kejayaan tak pernah datang tanpa cabaran.
Hakikat yang ramai ibu bapa tak sedar...
Bila anak terlalu biasa dengan hiburan segera dan keseronokan tanpa usaha, mereka mula hilang daya tahan untuk menghadapi kesukaran.

📌 Bila susah sikit, terus rasa gagal.
📌 Bila tak berjaya sekali, terus putus asa.
📌 Bila kena fikir, terus bosan.

Sebab itu anak perlu dilatih untuk berusaha, mencuba dan menyelesaikan masalah sendiri.
💡 Beri mereka peluang berfikir.
💡 Biarkan mereka struggle sedikit.
💡 Raikan usaha, bukan hanya keputusan.

Dengan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif, anak lebih cenderung untuk terus mencuba walaupun melakukan kesilapan.

Kerana setiap kesilapan adalah sebahagian daripada proses belajar. ❤️

📚 Anak yang kuat bukan anak yang tak pernah gagal.
Tetapi anak yang tetap mencuba walaupun pernah gagal.
👇 Setuju dengan perkara ni, mak ayah? Komen "SETUJU" kalau pernah alami situasi yang sama dengan anak.










13/06/2026

🏫 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 | @𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐞𝐩𝐚.
.
Alhamdulillah, hari ini pasukan Genius Tablet berpeluang mengadakan sesi Jelajah Sekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. ❤️
.
Melihat keterujaan anak-anak ketika mencuba aplikasi pembelajaran dalam Genius Tablet benar-benar memberi semangat kepada kami.
.
📚 Belajar Iqra' & Al-Quran
🔢 Matematik yang lebih menyeronokkan
🎮 Pelbagai aktiviti dan permainan pendidikan
.
Bila belajar dalam bentuk visual, audio dan aktiviti interaktif, anak-anak jadi lebih fokus dan seronok untuk belajar. ✨
.
Terima kasih kepada pihak guru dan warga SK Pengkalan Chepa atas layanan serta sambutan yang sangat baik.
.
❤️ Misi kami tetap sama:
.
"Nak lebih ramai anak-anak belajar dengan gembira, bukan kerana dipaksa."
.
.Tablet

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kota Bharu
16100