13/06/2026
TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH
YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melantik YBrs. Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewakili komposisi Senat bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2029.
11/06/2026
๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐ ๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐๐ข๐ข๐ง๐๐๐ ๐ฃ ๐ฆ๐๐ก๐๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ! ๐
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua (2) pasukan yang berjaya terpilih ke peringkat nasional Program SENIVASI 2026
anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).
โจ ๐ฅ๐ฎ๐ท๐๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐๐๐บ๐ฎ
๐ Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
โจ ๐๐ฟ๐ผ๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐๐ป๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ผ๐ฟ๐
๐ Fakulti BioKejuruteraan dan Teknologi (FBKT)
Kedua-dua pasukan akan menyertai Bootcamp SENIVASI 2026 yang akan berlangsung pada 14โ16 Jun 2026 di Kota Kinabalu, Sabah, sebagai platform pembangunan idea, pengukuhan inovasi serta pemantapan elemen seni warisan, teknologi dan keusahawanan lestari sebelum melalui fasa mentoring dan pertandingan akhir.
Semoga penyertaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan usahawan siswa UMK! ๐๐
b.p Pengarah Kanan
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/
11/06/2026
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก & ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ฃ๐ฎ ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐ช๐ฎ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐ ๐๐๐! ๐๐
Syarikat siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Equinova UMK daripada Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) telah terpilih ke Grand Showcase & Sesi Pitching Akhir Program Impact Digital with Community Tourism 2.0 (IDCT)! Penyertaan di peringkat nasional ini membuktikan komitmen UMK dalam melahirkan usahawan siswa yang berdaya saing global.
๐
Tarikh: 12 - 14 Jun 2026 ( Jumaat - Ahad )
๐ข Tempat: Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, Sarawak.
Pihak UMKEI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar para peserta memperoleh pengalaman yang bermanfaat serta berjaya mengharumkan nama UMK. Semoga kejayaan milik delegasi UMK! Ayuh berikan sokongan buat mereka! ๐
b.p Pengarah Kanan
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/
09/06/2026
๐๐ฑ DUA PASUKAN PELAJAR UMK RANGKUL KEJAYAAN DI ANUGERAH MEDIA AGROBANK 2026 ๐ฑ๐
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi melakar kejayaan apabila dua syarikat siswa berjaya mengharumkan nama universiti di Anugerah Media Agrobank 2026 (Kategori Video Pendek Pelajar).
๐ฅ Harvest Herd Farm (H2F) yang dianggotai oleh lima (5) usahawan pelajar berjaya dinobatkan sebagai Juara dan membawa p**ang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00.
๐ฅ The Hobbit Nursery yang diwakili oleh seorang (1) usahawan pelajar p**a berjaya meraih gelaran Naib Juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00.
Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi, kreativiti dan semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa mampu menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada pembangunan sektor agromakanan negara.
Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli pasukan, para mentor serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan dan sokongan sehingga kejayaan ini menjadi kenyataan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai mahasiswa untuk terus berinovasi, berdaya saing dan mengharumkan nama Universiti Malaysia Kelantan di peringkat yang lebih tinggi.
b.p Pengarah Kanan
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/
08/06/2026
๐ Dua Pasukan Pelajar UMK Finalis di Anugerah Media Agrobank 2026 ๐
Tahniah diucapkan kepada dua perusahaan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Harvest Herd Farm (H2F) dan The Hobbit Nursery, yang berjaya melangkah sebagai Finalis Anugerah Media Agrobank 2026 (Kategori Video Pelajar).
๐ฑ Harvest Herd Farm (H2F) membuktikan bahawa generasi muda mampu memacu transformasi sektor agromakanan melalui penerapan teknologi moden dalam pertanian dan penternakan bersepadu. Kejayaan syarikat ini turut menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara serta memperkasakan sektor agromakanan sebagai industri masa hadapan yang berdaya saing.
๐งช The Hobbit Nursery p**a mengetengahkan potensi teknologi kultur tisu sebagai pendekatan inovatif dalam penghasilan anak pokok berkualiti secara besar-besaran. Inisiatif ini dilihat mampu mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan tanaman, memperkukuh rantaian bekalan tanaman tempatan serta menyokong pembangunan sektor agro yang lebih mampan.
Kejayaan kedua-dua pasukan ini membuktikan bahawa inovasi, teknologi dan semangat keusahawanan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian negara. Ia juga membuktikan bahawa mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menghasilkan impak sebenar kepada masyarakat dan industri.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk meneroka bidang agromakanan, keusahawanan dan inovasi sebagai pemacu kemakmuran masa depan Malaysia.
๐ Anugerah Media Agrobank 2026
๐
8 Jun 2026
โฐ 7:00 hingga 10:30 malam
๐Grand Ballroom Hotel Four Season, Kuala Lumpur
Tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh pasukan Harvest Herd Farm (H2F) dan The Hobbit Nursery serta para mentor yang sentiasa membimbing kejayaan mereka.
b.p Pengarah Kanan
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/
04/06/2026
๐ SELAMAT MAJU JAYA KE ASEAN UNIVERSITY CASHFLOW CHALLENGE (AUCC) 2026๐
Tahniah dan syabas diucapkan kepada lima (5) pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah terpilih untuk menyertai ASEAN University Cashflow Challenge (AUCC) 2026.
๐
Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
๐ข Tempat: Dewan Putra 2, Kolej 14, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Penyertaan ini merupakan satu platform bagi membantu memperkukuh pengetahuan serta kemahiran pengurusan kewangan, keusahawanan dan pemikiran strategik.
Pihak UMKEI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar para peserta memperoleh pengalaman yang bermanfaat serta berjaya mengharumkan nama UMK.โจ
b.p Pengarah Kanan
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/
04/06/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐๐ก๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ง ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐จ๐ ๐ (๐จ๐ ๐๐๐) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐ก
๐๐๐ ๐ญ.๐ญ ๐จ๐ ๐๐ฏ๐ฌ: ๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก (๐จ๐ ๐๐๐)
๐
Tarikh: 2 โ 4 Jun 2026
๐ Tempat: Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Program ini bertujuan membincangkan perancangan strategik dan hala tuju Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) bagi tahun 2026, selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam memperkukuh agenda keusahawanan universiti. Bengkel ini turut menjadi platform untuk meneliti, menyelaras dan memuktamadkan pelaksanaan Lab 1.1 UMK30: Teras Keusahawanan (UMKEI) melalui sesi perbincangan strategik, pemurnian inisiatif serta penetapan pelan tindakan yang berimpak tinggi.
Selain itu, program ini memberi fokus kepada pemetaan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026โ2030 bagi memastikan strategi, program dan inisiatif UMKEI selari dengan hala tuju nasional dalam pembangunan ekosistem keusahawanan pendidikan tinggi. Pemetaan ini merangkumi aspek pembangunan bakat usahawan, pengukuhan ekosistem sokongan keusahawanan, pengkomersialan inovasi, pemerkasaan startup universiti serta pengukuhan jaringan strategik bersama industri dan agensi berkepentingan.
Bagi memastikan perancangan yang dirangka lebih komprehensif dan memenuhi keperluan setiap fakulti, bengkel ini turut melibatkan Penyelaras Keusahawanan Fakulti (PKF) sebagai pemegang taruh utama. Penglibatan PKF bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan input berkaitan pelaksanaan program keusahawanan di peringkat fakulti, mengenal pasti cabaran semasa serta mencadangkan inisiatif baharu yang dapat memperkukuhkan budaya dan ekosistem keusahawanan dalam kalangan pelajar dan warga akademik. Input yang diperoleh akan digunakan dalam proses pemurnian strategi serta penyediaan pelan tindakan yang lebih holistik dan berkesan.
Melalui bengkel ini, UMKEI berhasrat untuk merangka aktiviti yang lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi bagi menyokong pencapaian sasaran UMK30, memperkukuhkan pelaksanaan PTK-IPT 2026โ2030, serta mengukuhkan kedudukan UMK sebagai universiti keusahawanan unggul di Malaysia.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak
Hari Wesak adalah masa untuk merenung kembali nilai-nilai keamanan, kasih sayang dan toleransi yang menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat yang harmoni.
Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya.
Ikhlas daripada Institut Keusahawanan UMK (UMKEI)
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Kami dari Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua umat Islam serta buat seluruh yang menyambutnya. Di hari yang penuh kemuliaan ini, sama-sama kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran. Semoga Aidiladha kali ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta membawa kebahagiaan kepada semua.
20/05/2026
๐ฅ UMK X BSN MulaNiaga 2026: Langkah Pertama 40 Usahawan Hebat Bermula Di Sini!๐ฏ
20 Mei 2026, Machang | Majlis Temu Mesra dan Taklimat Program UMK X BSN MulaNiaga 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Pusat Transformasi Ilmu (PTI), Bukit Tiu, Machang ๐ค
Program UMK X BSN MulaNiaga 2026 merupakan inisiatif strategik Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Centre Of Entrepreneurship Education and Development (CEED), Ignite Venture Lab (IVL) dan Unit Keusahawanan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK.
Majlis ini telah menghimpunkan 40 peserta terdiri daripada usahawan siswa (asnaf & B40) dan usahawan komuniti mikro yang bakal dibimbing melalui latihan intensif, sokongan dana pemula RM5,000.00 dan bimbingan pensyarah mentor UMK sepanjang 7 bulan program bermula pada Mei 2026 ๐ผ๐
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
โจ YBrs. Puan Noriza binti Hashim
Pengarah Negeri, Bank Simpanan Nasional Negeri Kelantan
โจ YBrs. Puan Nurulaisah binti Mohamed@Yahya
Pengurus Pembiayaan Perniagaan & Review Bank Simpanan Nasional
โจ serta delegasi BSN, PruBsn, pensyarah mentor dan para peserta program.
Antara pengisian utama program:
โ
Sesi taklimat program
โ
Perkongsian insentif deposit BSN & iTEKAD Protection (Takaful) PruBSN
โ
Simbolik penyerahan surat tawaran kepada peserta dan mentor
โ
Sesi jaringan dan pameran usahawan
Semoga Program UMK X BSN MulaNiaga 2026 menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan usahawan muda dan komuniti dalam membina perniagaan yang mampan, berdaya saing serta berimpak tinggi pada masa hadapan ๐
๐กโMelakar Aspirasi, Mencorak Usahawanโโก
b.p Pengarah
Center of Entrepreneurship Education and Development (CEED)
UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI)
Kita
Do follow us @
Facebook: https://www.facebook.com/INSTITUTKEUSAHAWANUMK
Instagram: https://www.instagram.com/umkeiofficial
FacebookUMKRasmi: https://www.facebook.com/share/18b9poWxXi/