19/05/2026
Global recognition for Sabahโs excellence in wildlife forensics. Congratulations to the whole team! ๐๐
Sabah wildlife lab secures CITES listing
KOTA KINABALU: Sabah's Wildlife Health, Genetic and Forensic Laboratory joined the Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) of Wild Fauna and Flora directory, the Sabah Wildlife Department said on Friday (May 15).
19/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐
Jabatan Hidupan Liar menerima laporan pada 18 Mei 2026 jam 8.25 pagi berhubung penemuan seekor gajah mati yang disyaki mempunyai unsur jenayah hidupan liar di kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod.
Bangkai gajah tersebut ditemui oleh pengurus Ladang Maxland Tongod bersama tiga orang kakitangannya semasa menjalankan rondaan rutin sekitar jam 6.20 pagi pada hari yang sama sebelum maklumat disalurkan kepada Jabatan untuk tindakan lanjut.
Susulan laporan diterima, seramai empat (4) kakitangan Jabatan bersama tiga (3) Renjer Komuniti telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati seekor gajah dipercayai spesies Gajah Borneo (Elephas maximus borneensis) ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dengan bahagian muka dan mulut dipotong berbentuk โLโ menggunakan alat tajam.
Gajah tersebut dikenal pasti sebagai gajah jantan dewasa dengan anggaran ketinggian 2.9 meter dengan anggaran umur lebih kurang 30 tahun hingga 40 tahun.
Pemeriksaan lanjut serta bedah siasat (post mortem) oleh pegawai veterinar Jabatan akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.
Jabatan memandang serius kejadian ini dan telah mempergiatkan pemeriksaan serta pemantauan penguatkuasaan secara serta-merta di kawasan berkaitan bagi mengesan sebarang aktiviti atau pergerakan mencurigakan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah hidupan liar.
Operasi penguatkuasaan bersepadu turut dipertingkatkan melalui kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) โ Wildlife Crime Bureau (WCB), Jabatan Perhutanan Sabah, Rapid Response Team (RRT), Renjer Komuniti Jabatan serta agensi penguatkuasaan berkaitan yang lain. Rondaan berkala, sekatan jalan raya (SJR), pemantauan kawasan hotspot serta pengumpulan maklumat risikan sedang dipergiatkan secara berterusan bagi mengesan dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menyalurkannya segera kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.
18/05/2026
In conjunction with International Sun Bear Day, letโs take a moment to learn more about our adorable sun bears. Despite being the smallest bear species in the world, sun bears continue to face various threats including habitat loss, illegal hunting and wildlife trade.
Through better understanding of their behaviour, needs and threats, we can improve our efforts to protect and conserve them.
Together, let us play our part in ensuring a safer and brighter future for this unique species ๐ฟโจ
18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐
๐
13 Mei 2026 (Rabu)
๐ Annex Room, The Palace Hotel, Kota Kinabalu
๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐๐ง: Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ๐๐ง: Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Hospital Queen Elizabeth dan Polis Diraja Malaysia melibatkan seramai 26 orang peserta ๐ค
๐ฏ ๐๐๐ฃ๐๐ค๐ญ๐ข๐:
โ
Pendedahan pengurusan ancaman buaya di zon rekreasi taman marin.
โ
Perbincangan mitigasi risiko serangan buaya.
โ
Penyelarasan draf SOP bersama agensi berkaitan.
โ
Pengukuhan kerjasama antara agensi.
๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ:
- Strategi pengurusan konflik manusiaโbuaya
- Mitigasi risiko serangan buaya
- Pembentangan draf SOP pengurusan ancaman buaya
- Perbincangan prosedur tindakan kecemasan antara agensi
๐ข Turut dikongsikan pengalaman pengendalian kes ancaman buaya di lapangan serta penyelarasan peranan antara agensi berkaitan bagi meningkatkan aspek keselamatan awam.
Semoga bengkel seperti ini dapat memperkukuh kerjasama antara agensi dalam pengurusan ancaman buaya khususnya di kawasan rekreasi taman marinโจ
18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐
๐
13 Mei 2026
โฐ 8.00 pagi โ 9.00 pagi
๐Pusat Latihan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kepayan
Program anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Institusi Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) ini telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam โจ
16/05/2026
Celebrating International Sun Bear Day 2026 โจ
The Sun Bear may be the smallest bear species, but it plays a big role in maintaining the balance of our forest ecosystem.
Together, let us appreciate, protect, and conserve this unique wildlife species and the natural habitats they call home ๐ณ
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐/๐๐๐ ๐๐๐๐๐:๐๐๐๐ ๐งช
๐
04 โ 05 Mei 2026 (Isnin dan Selasa)
๐ Plaza Mayang, Petaling Jaya, Selangor
Satu kursus pengiktirafan juruaudit dalaman telah diadakan bagi kakitangan Wildlife Health, Genetic and Forensic Laboratory (WHGFL) di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah melalui Projek Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia โจ Ia dikendalikan oleh Dr. Stephen Wong Kam Sun selaku Lead Assessor ISO/IEC 17025:2017 yang berpengalaman.
๐ฏ ๐๐๐ฃ๐๐ค๐ญ๐ข๐: Melatih kakitangan menjadi juruaudit kompeten bagi memastikan sistem pengurusan kualiti makmal serta protokol teknikal sentiasa mematuhi standard ISO/IEC 17025:2017.
๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐๐ง ๐ค๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ:
โ
Teori asas audit
โ
Impartiality & confidentiality
โ
Corrective action dalam sistem pengurusan kualiti
โ
Teknik penyoalan berkesan
โ
Non-conformance & etika juruaudit
โ
Simulasi audit dan peperiksaan penilaian
๐ Peserta turut menduduki peperiksaan penilaian dengan syarat lulus minimum 70% bagi melayakkan pelantikan sebagai juruaudit bertauliah.
Kursus ini penting bagi memastikan sistem pengurusan makmal kekal relevan, berkualiti dan sentiasa bersedia menghadapi penambahbaikan standard ISO/IEC 17025:2017 pada masa hadapan โจ
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
09 Mei 2026
๐ Ladang FGV Cepat Ringgit B, Kinabatangan
Pada minggu lalu, seekor anak gajah bersama 10 ekor gajah dewasa dilaporkan terperangkap di dalam kolam air terbiar berhampiran Hutan Simpan Deramakot akibat tebing yang curam dan licin ๐
๐จ Tanpa berlengah, pasukan JHL daerah Kinabatangan segera hadir ke lokasi dan melaksanakan operasi menyelamat kawanan gajah tersebut dengan membentuk laluan keluar yang lebih landai dan selamat. Berkat usaha dan kerjasama semua pihak, kawanan gajah tersebut berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan.
โ ๏ธ Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak JHL turut mencadangkan agar kolam terbiar tersebut ditutup atau dipasang halangan keselamatan yang bersesuaian.
Pihak JHL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat termasuk pekerja ladang yang menyalurkan maklumat awal ๐ค
Kisah ini membuktikan bahawa kerjasama antara agensi, pihak ladang dan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan hidupan liar terus terpelihara. Setiap tindakan kecil dan laporan awal daripada orang awam mampu memberi impak besar dalam usaha melindungi spesies ikonik Sabah untuk generasi akan datang โจ
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐
๐๐) ๐๐๐๐
Konvokesyen Certified Financial Investigation Programme (CFIP) 2025 telah diadakan pada 4 Mei 2026 di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Putrajaya bagi meraikan para peserta yang berjaya menamatkan program tersebut yang telah berlangsung sejak Mac 2025.
Program CFIP dilaksanakan secara hibrid iaitu 80% secara dalam talian dan 20% secara fizikal. Majlis konvokesyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang turut menyampaikan sijil kepada seramai 135 peserta daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh Malaysia yang berjaya menamatkan program tersebut.
Seramai dua (2) kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah telah berjaya menamatkan program ini, sekali gus memperkukuhkan keupayaan jabatan dalam bidang penyiasatan kewangan dan penguatkuasaan berkaitan jenayah hidupan liar.
Penyertaan dalam program ini telah memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta khususnya dalam bidang penyiasatan kewangan, pengesanan aliran wang serta pengukuhan integriti penguatkuasaan.
Majlis turut diserikan dengan sesi ucapan alu-aluan, penyampaian sijil penghargaan serta sesi bergambar sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi para peserta sepanjang mengikuti program ini.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐
๐
06 Mei 2026
โฐ 8.00 pagi โ 9.00 pagi
๐ Intitusi Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Keningau.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 63 orang peserta terdiri daripada penjawat awam โจ
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด
๐
06 Mei 2026 (Rabu)
๐ Dewan Kampung Kiabau, Telupid
๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐๐ง: Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ๐๐ง: Jabatan Hidupan Liar dan juga penyertaan daripada pekebun kecil dari daerah Beluran, Telupid dan Tongod.
๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐๐ง ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐ญ๐๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ฎ๐ค:
โ
Pensijilan MSPO 2.0
โ
Pengurusan High Conservation Value (HCV)
โ
Penyakit utama sawit (Ganoderma)
โ
Taklimat JKKP
โ
Skim Bantuan Tanam Semula MPOB (TSPKS 2.0)
โ
SOP Bantuan Kerugian Tanaman & Harta Benda akibat serangan hidupan liar (BKHT)
๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ค๐๐ง:
๐ข Taklimat Jabatan Hidupan Liar berkaitan tatacara dan SOP BKHT
โ๏ธ Demonstrasi keselamatan & kesihatan oleh pegawai TUNAS Telupid
Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat berkaitan keselamatan, pengurusan tanaman sawit dan konservasi hidupan liar ๐