Persatuan Duta Guru Sabah

Persatuan Duta Guru Sabah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Duta Guru Sabah, Education Website, Kota Kinabalu.

11/06/2026

PERSATUAN DUTA GURU SABAH (PDGS)

Persatuan Duta Guru Sabah (PDGS) merupakan sebuah persatuan berdaftar yang menghimpunkan guru-guru Sabah yang telah mengikuti dan menamatkan Program Duta Guru (PDG).

Persatuan ini ditubuhkan sebagai platform rasmi untuk memperkukuh jaringan profesional pendidik, memupuk budaya inovasi serta memperkasakan pendidikan STEM di Negeri Sabah.

PDGS berfungsi sebagai wadah kolaborasi dalam kalangan ahli untuk berkongsi kepakaran, melaksanakan program pembangunan profesional dan menyumbang kepada transformasi pendidikan yang berimpak tinggi kepada murid, sekolah dan komuniti.

01/06/2026

� SATURDAY LIVE SHARING SERIES 2
� Level Up Your Chemistry! Hack Hafalan Guna Teknik Akrostik dan Mnemonik

Susah nak ingat fakta, siri kereaktifan, warna sebatian atau konsep penting dalam Kimia? �

Jom sertai sesi LIVE kali ini untuk belajar bagaimana Teknik Akrostik boleh membantu anda menghafal fakta Kimia dengan lebih cepat, mudah dan tahan lama! Teknik ini sesuai untuk pelajar yang ingin meningkatkan prestasi dalam peperiksaan tanpa perlu menghafal secara membuta tuli.

� Dalam sesi ini, anda akan belajar:
� Apa itu Teknik Akrostik
� Cara membina akrostik yang berkesan
� Contoh aplikasi dalam topik Kimia
� Tips mengingat fakta dengan lebih pantas
� Strategi belajar yang lebih menyeronokkan

� Sesuai untuk:
• Pelajar Tingkatan 4 & 5
• Calon SPM
• Guru Kimia
• Ibu bapa yang ingin membantu anak belajar

� Jangan lepaskan peluang untuk menambah satu lagi teknik belajar yang boleh membantu anda skor lebih baik dalam Kimia!

� Jangan lupa LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE untuk lebih banyak perkongsian pendidikan dan teknik belajar yang praktikal.


Duta Guru Sabah

� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

🔴SATURDAY LIVE SHARING SERIES 2: Level Up Your Chemistry! 31/05/2026

🌟 *Assalamualaikum & Salam PDGS* 🌟

🔴 *KIMIA SPM TINGKATAN 4 DAN 5*
*Level Up Your Chemistry! Hack Hafalan Guna Akrostik dan Mnemonik Technique*

📅 *1 Jun 2026*(Isnin)
⏰ 8.00 – 9.00 malam
🎤 *DG Rushi Juani *(Penceramah)
🎙️ *DG Siti Azizah* (Moderator)

*Barisan teknikal Duta Guru*
teknikal 1: DG Dayang Salbiah
teknikal 2: DG Dayang Shafizah
teknikal 3: DG Dk Noratika

sijil e-cert: DG Junaidah dan DG Cleo

*PIC : DG Cleo dan DG Azwan*

📌 Jangan lupa sertai sesi *LIVE di link*

YOUTUBE RASMI PERSATUAN DUTA GURU SABAH:
https://youtube.com/live/0oZ4vrmTbvk?feature=share

FACEBOOK RASMI PERSATUAN DUTA GURU SABAH:
https://www.facebook.com/share/18mLNA41Fw/

🔴SATURDAY LIVE SHARING SERIES 2: Level Up Your Chemistry! 🔴 SATURDAY LIVE SHARING SERIES 2🧪 Level Up Your Chemistry! Hack Hafalan Guna Teknik Akrostik dan MnemonikSusah nak ingat fakta, siri kereaktifan, warna seb...

27/05/2026
Photos from Persatuan Duta Guru Sabah's post 23/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah menyertai Bengkel Modular Kompetensi Fasih Digital Guru-Guru STEM dan Duta Guru (DG) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang berlangsung pada 20 & 21 Mei 2026 yang lalu utk 48 orang DUTA GURU STEM DAN dan semestinya dalam kalangan ahli Persatuan Duta Guru Sabah.

Selama dua hari berkampung di Bilik Latihan, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah, kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baharu demi menyahut Teras 2 Dasar Pendidikan Digital (DPD) untuk melahirkan pendidik yang kompeten digital.

Antara pengisian mantap yang kami pelajari:
Pengenalan AI dalam Pendidikan,Ekosistem AI Google Workspac (Google Classroom, NotebookLM, Gemini, Google Chat & Kemahiran Prompting)

Sesi Hands-on & Pembentangan penghasilan bahan PdP berbantukan Kecerdasan Buatan (AI) .
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan fasilit
ator hebat kita, Ts. Idremzizan Idris dan Ts. Madzani Saidie Nusa atas perkongsian ilmu yang sangat luar biasa dan membuka minda!

Terima kasih juga kepada Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) atas penganjuran bengkel yang sangat bermanfaat ini, Tn Rahim dan KPPK dan semestinya Pn Emila Rohaza, KPP Sains dan matematik JPNS.

Siap sedia untuk bawa balik semangat dan inovasi AI ini ke sekolah dan daerah demi anak-anak didik kita! 💪🔥

22/05/2026

STEM MAPPING FOR SABAHAN STUDENTS.
Perjuangan yg panjang


Photos from Persatuan Duta Guru Sabah's post 16/05/2026

Dua gandingan mantap yang menjadi pakar rujuk semua duta guru Sabah.
sekolah> ppd>jpns>kpm
J&J paling padu
selamat hari guru semua.

16/05/2026

PDGS SIPITANG

16/05/2026

PDGS KOTA BELUD

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Kota Kinabalu
88450