PPD Keramat

PPD Keramat

Share

Pejabat Pendidikan Daerah Keramat
Aras 9, Bangunan TH Selborn,
153 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lump

Photos from PPD Keramat's post 09/06/2026

✨ TAHNIAH BARISAN SME ( SUBJECT MATTER EXPERT ) PPD KERAMAT! ✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Satu lembaran baharu, satu amanah yang mulia. PPD Keramat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan SISC+ atas penerimaan Arahan Pergerakan (AP) mengikut kepakaran Subject Matter Expert (SME) masing-masing:

📚 BAHASA MELAYU
Cik Nor Azura binti Mohd Salleh

📘 BAHASA INGGERIS
Puan Anita binti Husin
Puan Fazila binti Ahmad

🔬 SAINS
Puan Siti Fatimah binti Urif

➕ MATEMATIK
Puan Sarimah binti Baharam
Puan Hafsah binti Mohamed

Semoga amanah ini menjadi pemacu untuk memperkukuh kualiti pendidikan dan kecemerlangan PdP di daerah kita. Kekuatan dan ilham sentiasa menyertai tuan-puan dalam membimbing guru serta anak bangsa.

Selamat Maju Jaya!
Terus cemerlang dalam mendidik. 🎓








07/06/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

05/06/2026

**Jom Kemas Kini Kehadiran Anda!**

📢 **Program Pembangunan Kompetensi Dalam Sistem HRMIS**

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimohon kepada semua peserta yang telah menghadiri *Program Pembangunan Kompetensi* agar dapat membuat *pengesahan dan kemas kini kehadiran* dalam sistem HRMIS bagi memastikan rekod latihan dan pembangunan kompetensi sentiasa *lengkap serta tepat*.

Kerjasama dan tindakan segera daripada semua pihak yang berkaitan amat dihargai.

*Rekod Lengkap, Kompetensi Meningkat, Perkhidmatan Cemerlang.*








Photos from PPD Keramat's post 04/06/2026

✨ Majlis Gala Inspirasi SPM Tahun 2025 ✨

📅 8 Mei 2026 (Jumaat)

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid SPM Tahun 2025 yang telah mencapai kejayaan cemerlang hasil daripada usaha gigih, ketekunan serta semangat juang yang tinggi dalam menempuh cabaran pendidikan.

Selain meraikan kecemerlangan para pelajar, majlis ini turut menjadi platform untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa, guru-guru, barisan pentadbir sekolah, PIBG, pegawai-pegawai PPD serta rakan strategik yang sentiasa komited dalam memastikan agenda kecemerlangan pendidikan dapat direalisasikan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rozana binti Zainal Abidin, Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

🏆 Penyampaian Anugerah Khas 🏆

✨ Sekolah Lonjakan Aspirasi
📍 SMK Keramat Wangsa

✨ Sekolah Lonjakan Bestari
📍 SMK Danau Kota

✨ Sekolah Lonjakan Juara
📍 SMK Zon R1 Wangsa Maju

✨ Sekolah Inspirasi
📍 SMK Padang Tembak
📍 SMK Tinggi Setapak

✨ Sekolah Harapan
📍 SMK Taman Melati

✨ Sekolah Prestasi Cemerlang
📍 SMK Convent Bukit Nanas

✨ Anugerah Khas Kepimpinan Pendidikan
📍 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran

Sesungguhnya kejayaan yang diraih merupakan hasil sinergi, sokongan dan kerjasama erat semua pihak dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga pendidikan yang terus menjadi inspirasi dalam melakar kecemerlangan. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan dengan tekad untuk mencapai mY ILTIZAM 3.97, selaras dengan aspirasi melahirkan murid yang unggul dan berprestasi tinggi.

* *
* *
* *
* *
* *
* *

* *

04/06/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Keramat mengucapkan tahniah kepada Puan Aziah binti Amir atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur berkuat kuasa pada 25 Mei 2026.

🌸 Pejabat Pendidikan Daerah Keramat mengucapkan selamat berkhidmat di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 🌸

* *
* *
* *
* *
* *
* *

* *

04/06/2026

Setinggi-tinggi Syabas dan Tahniah diucapkan kepada:
SMK ZON R1 WANGSA MAJU
Atas pencapaian penuh gemilang di Peringkat Kebangsaan:

🏆 JOHAN
Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026

✨ PENERIMA ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK

Pihak PPD Keramat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
* Barisan Jurulatih: Atas kepakaran, kesabaran, dan visi kreatif dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap. Tanpa sentuhan emas dan bimbingan teknikal daripada para jurulatih, kejayaan merangkul gelaran Koreografi Terbaik di peringkat kebangsaan ini pastinya sukar dicapai.
* Guru-guru Pembimbing & Pihak Sekolah: Yang sentiasa memberikan komitmen jitu serta sokongan moral yang berterusan.
* Para Pelajar: Yang telah memberikan komitmen penuh dan mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga serta berdisiplin tinggi.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa sinergi yang hebat antara jurulatih yang berwawasan dan pelajar yang berdedikasi mampu menghasilkan kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat tertinggi."

Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat kepada sekolah-sekolah yang lain untuk terus melahirkan bakat-bakat seni bahasa yang berkualiti demi mengharumkan nama daerah Keramat.








04/06/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Keramat merakamkan setinggi-tinggi Syabas dan tahniah kepada pasukan LC Hitter Softball SK Danau Kota 2 atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan (Tempat Kedua) dalam Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung dari 6 - 12 Mei 2026 di SMK Taman Bukit Maluri.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada:
🏆 Nur Ainun Mardhiah binti Muhamad Hafiz
atas kejayaan menerima anugerah Best Batter P12 MSSWPKL 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Keramat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Sekalung penghargaan kepada semua ibu bapa, guru dan warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan doa buat pasukan LC Hitter SKDK2.








Photos from PPD Keramat's post 01/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sekolah yang berjaya dalam Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah (MQNKSS) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2026.

PPD Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, guru pembimbing serta ibu bapa atas komitmen berterusan dalam mencungkil potensi anak-anak istimewa.








31/05/2026

Dirgahayu Tuanku.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Keramat








31/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ASYIIL RAZIIN BINTI RAZMAN dari PPKI SMK Taman Setiawangsa telah memenangi GOLD MEDAL bagi acara P21 PARA POOMSAE FEMALE 16 YEARS & OLDER di KEJOHANAN 16TH TM (WT)-KBS-MILO NATIONAL JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP, Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

PPD Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, guru pembimbing serta ibu bapa atas komitmen berterusan dalam mencungkil potensi anak-anak istimewa.








Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

153 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:30
Tuesday 08:30 - 04:30
Wednesday 08:30 - 04:30
Thursday 08:30 - 04:30
Friday 08:30 - 04:30