15/06/2026
Mengimbau kenangan 16 tahun lepas ketika bersekolah di Klang.
Berkesempatan mendirikan solat di masjid bersejarah ini.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 (usia masjid ini mencecah hampir 100 tahun) pada era pemerintahan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.
Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Diraja Sultan Suleiman bersempena nama baginda.
Terletak di jalan Kota Raja di Bandar Diraja Klang dan kedudukN bertentangan dengan KISAS (dahulunya Kolej Islam Malaya).
Seni binaan seakan bangunan Aya Sophia di Turkey harini.
📍Masjid Diraja Sultan Suleiman, Jalan Kota Raja, Klang
10/06/2026
Diceritakan bahawa Datuk Khalid Jiwa a.k.a Datuk K, suami kepada Datuk Siti Nurhaliza antara penyumbang terbesar dalam pembangunan surau ini.
Terasa “homey” apabila dapat mengikuti jamuan berbuka puasa dan solat Maghrib di sini tahun lepas.
Alhamdulillah.
📍Surau Bukit Mulia, Ulu Klang
20/03/2026
Tempat terakhir persinggahan Dr Lolo’ Ghazali, Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS) sebelum dikebumikan.
📍Masjid Al Akram, Dato’ Keramat
14/03/2026
Masjid yang sangat meraikan kedatangan tetamu khasnya dalam menyantuni keluarga yang mempunyai anak-anak kecil
Memang patut masjid ini ditularkan sebagai antara masjid terbaik untuk juadah berbuka puasa bersama seisi keluarga🥰🥰🥰
📍Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara
02/03/2026
A Bookstore in Singapore
I was fascinated by the collections they are selling here and how they refurbished this old storey building into a modern, creative and stylish bookstore.
Located on the main street of Arab Street near Masjid Sultan. It should be included in your itinerary if you’re coming to visit Singapore.
📍Wardah Bookstore, Singapore
27/02/2026
Masjid kawasan elit yang menenangkan dan sempoi
Makanan pun sedap alhamdulillah untuk berbuka puasa.
📍Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar
23/02/2026
Masjid di tengah bandar kosmopolitan
Antara masjid yang boleh dipertimbangkan untuk jamuan berbuka puasa
📍Masjid As Syakirin, KLCC
20/02/2026
Antaa masjid yang seharusnya disinggahi untuk mengerjakan solat tarawih dan jamuan berbuka puasa
📍Masjid al Hidayah, Taman Melawati
07/02/2026
Masjid ini terletak di Lebuh Pitt ialah masjid tertua di George Town, Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid.
Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
📍Masjid Kapitan Keling, Georgetown
#مسجدتراثي
02/02/2026
Dikenali sebagai Masjid Diraja di negeri Perak Darul Ridzuan. Terletak di kawasan Bukit Chandan, berdekatan dengan Istana Sultan Perak.
Ianya dibina atas titah Sultan Perak ke - 28, DYMM Sultan Idris yang bernazar ingin mendirikan sebuah masjid sekiranya diberi kesembuhan yang dideritai baginda.
Seni bina masjid ini mengambil inspirasi seni bina Moors dan pembinaan projek telah diketuai seorang artikek berbangsa Inggeris.
📍Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar