myref_my

myref_my

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from myref_my, Education, Level 19, Menara AFFIN, ​​​​​​​ Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Photos from myref_my's post 16/06/2026

Yesterday, we successfully conducted the CDT Talk Program: From Campus to Career: Navigating Your Professional Journey (Part 2).

The session shared useful tips on the importance of a resume, how to create an effective resume, and the key information that should be included to attract employers.

We would like to thank Ts. Fazrul Azreen for his valuable sharing and guidance throughout the session. Thank you also to all participants for your active participation and support. ✨

We hope the knowledge gained will help you prepare for your future career journey. 💪🏼

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan, dan kebahagiaan buat kita semua. Hari yang penuh makna ini mengingatkan kita tentang nilai keikhlasan, pengorbanan, serta pentingnya kasih sayang dan kebersamaan sesama insan.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan setiap langkah kehidupan sentiasa dipermudahkan serta dilimpahi rahmat-Nya.

#

18/05/2026

🎯FREE ADMISSIONS FOR ALL🎯

Career Development Talk 2026

◽ Mengapa resume penting dalam proses mencari pekerjaan?

◽ Bagaimanakah resume yang baik dapat menarik perhatian majikan?

◽ Apakah yang perlu kita letakkan dalam sesebuah resume?

⚙️ Ikuti program kami secara atas talian pada:

💡 Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
⏳ Masa : 2.30 pm - 3.30 pm
🖥️ Platform : Zoom Meetings

Jika berminat, daftarkan nama anda dalam google form yang telah disediakan dibawah :

https://forms.gle/B5fEu8fpQ1P4DxrX8

🔺Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berdaftar dan hadir.




Photos from myref_my's post 11/05/2026

Di sebalik “beli sekarang, bayar kemudian”, ramai belia sebenarnya sedang berdepan risiko “berhutang sekarang, terbeban kemudian”. Artikel ini membincangkan berkenaan Buy Now, Pay Later (BNPL), risiko hutang kecil yang berulang, literasi kewangan belia, serta keperluan kawal selia yang lebih kukuh. Ikuti artikel 𝑩𝒖𝒚 𝑵𝒐𝒘 𝑷𝒂𝒚 𝑳𝒂𝒕𝒆𝒓 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚: 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩? oleh Dr. Siti ‘Aisyah Baharudin.

Bacaan penuh juga boleh didapati di laman sesawang kami:
https://myref.org.my/buy-now-pay-later-dan-belia.../

EkonomiDigital MyREFThinkTank

Photos from myref_my's post 08/05/2026

📰 11 Veteran Graduan Jayakan Program iTEKAD PERWIRA-i 2024/2026

KUALA LUMPUR — Seramai 11 usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia berjaya menamatkan program iTEKAD PERWIRA-i 2024/2026 dalam Majlis Graduasi yang berlangsung di Menara AFFIN @ TRX, Level 26.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Jozaimah Johan Ali, Pengarah Urusan, Strategi dan Operasi, AFFIN Islamic Bank Berhad.

Program iTEKAD PERWIRA-i merupakan inisiatif pemerkasaan keusahawanan veteran yang dijayakan melalui kerjasama strategik antara AFFIN Islamic Bank Berhad, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), PERHEBAT, MyREF dan UMSTEM.

Turut dihargai adalah sokongan institusi zakat melalui pembayaran zakat kepada PPZ-MAIWP dan MAINS dalam membantu memperkukuh agenda pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi veteran.

Sepanjang program yang berlangsung dari 30 Jun 2025 hingga Februari 2026, para peserta telah mengikuti pelbagai latihan dan bimbingan menerusi modul Advanced Digital Entrepreneurship Program (ADEP) serta Business Management Programme (BMP) yang memberi fokus kepada pemasaran digital, pengurusan kewangan, penjenamaan produk dan pembangunan perniagaan mampan.

Sebagai sokongan tambahan kepada para peserta dalam memperkasakan perniagaan masing-masing, kesemua graduan turut menerima voucher bernilai RM5,000 Senheng.

Antara kisah inspirasi yang diketengahkan ialah En. Amir bin Ismail, bekas Komander TUDM yang kini mengusahakan perniagaan rempeyek di bawah jenama Kak Cun Enterprise.

Dalam ucapan wakil peserta, beliau berkata:

“Daripada seorang veteran yang pernah berkhidmat menjaga negara, kini kami diberi peluang untuk terus berbakti melalui dunia perniagaan, menjana pendapatan dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.”

Majlis ini membuktikan bahawa veteran bukan sahaja berjaya dalam medan pertahanan negara, malah mampu terus cemerlang sebagai usahawan dan pemimpin komuniti.

🇲🇾 “Veteran Berdaya, Usahawan Berjaya.”

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 🤍

Menghargai setiap usaha, dedikasi dan komitmen dalam membina masa depan yang lebih baik.

Photos from myref_my's post 30/03/2026

Wanita Muslim terus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pemerhati, tetapi juga penggerak perjuangan kemanusiaan dan keadilan. Artikel 𝑹𝒆𝒗𝒐𝒍𝒖𝒔𝒊 𝑱𝒊𝒉𝒂𝒅 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑴𝒊𝒔𝒊 𝑮𝒍𝒐𝒃𝒂𝒍 𝑭𝒍𝒐𝒕𝒊𝒍𝒍𝒂 menyorot semangat sumud, keberanian dan solidariti dalam membela Palestin.

Untuk bacaan penuh, boleh juga didapati di laman sesawang kami:
https://myref.org.my/revolusi-jihad-wanita-muslim-dalam-misi-global-flotilla/

SolidaritiPalestin

07/03/2026

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)

Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada 17 Ramadan. Peristiwa bersejarah ini menjadi simbol permulaan penyebaran risalah Islam serta mengingatkan kita tentang keagungan Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk dalam kehidupan.

Semoga peringatan Nuzul Al-Quran ini terus menginspirasikan kita untuk mendekati, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

📖 Salam Nuzul Al-Quran 1447H 🌙

Photos from myref_my's post 03/03/2026

📢 WE ARE HIRING: PROJECT EXECUTIVE

Are you passionate about education, and community impact? MYREF is looking for a Project Executive to support and manage our education, training, research, and community development programmes.

🎯 What You’ll Do:

✔ Coordinate and manage projects, and trainings
✔ Liaise with speakers, partners & stakeholders
✔ Assist in event planning (physical & virtual)
✔ Prepare reports, documentation & project updates
✔ Support programme monitoring & evaluation

👤 We’re Looking For Someone Who:

• Has a Diploma / Bachelor’s degree (any relevant field)
• Is organised, proactive & detail-oriented
• Has good communication skills (BM & English)
• Can manage multiple tasks & deadlines
• Fresh graduates are welcome to apply

📩 Interested?
Send your CV/resume and short cover letter to:
📧 [email protected] and cc to [email protected]
Subject: Application – Project Executive

Let’s build impactful programmes together 🙌🏻

CareerOpportunity

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Level 19, Menara AFFIN, ​​​​​​​ Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange
Kuala Lumpur
55188