Sambutan Hari Guru peringkat TADIKA PERMATA MAIWP MASJID WILAYAH
Tadika Permata MAIWP Masjid Wilayah Persekutuan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Permata MAIWP Masjid Wilayah Persekutuan, Education, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
📌Tadika Permata MAIWP Masjid Wilayah Persekutuan yang bertempat di Anjung D Masjid Wilayah Persekutuan merupakan salah satu tadika yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP).
Sambutan hari guru peringkat TADIKA PERMATA MAIWP MASJID WILAYAH
“Seronoknya hari ini 🌸🍃
Kanak-kanak menghasilkan gelang kreatif menggunakan daun dan bunga sambil meneroka alam semula jadi, menguatkan motor halus dan meningkatkan imaginasi mereka ✨”
PERSEMBAHAN MAGIC SHOW BY CIKGU ZARIF 🎩
Magic show untuk kanak-kanak bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Ia membantu merangsang pemikiran kritis dan imaginasi, meningkatkan fokus, serta menggalakkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. Melalui suasana interaktif, kanak-kanak juga belajar bersosial dan mengawal emosi. Pendedahan seperti ini penting untuk menyokong perkembangan menyeluruh anak-anak sambil mereka belajar dalam suasana yang ceria 🎩✨
Alhamdulillah di hari terakhir syawal , kami dari Tadika Permata MAIWP Masjid Wilayah Persekutuan ingin mengucapakan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbangkan pelbagai juadah makanan sempena Jamuan Hari Raya di tadika kami.
Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam memeriahkan sambutan ini serta memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai suasana Hari Raya yang penuh kegembiraan, kebersamaan dan kasih sayang🤗
Semoga segala kebaikan dan keikhlasan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.
🌟 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin 🌟
Assalamualaikum ibuayah 🤗
Hujung minggu nak bawa anak-anak beraya ke mana tuuu ??? Pastikan jangan lupaa.....🤭
Sempat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨️ MAAF ZAHIR BATIN 🤭 ikhlas dari anak-anak Tadika Permata MAIWP Masjid Wilayah Persekutuan
25/03/2026
✨ Pre Raya Week✨
Alhamdulillah, aktiviti sambutan Pra Hari Raya di tadika berjalan lancar dengan penuh keceriaan dan kegembiraan anak-anak. Murid berpeluang mengenali budaya dan tradisi Hari Raya melalui pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan😊. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
✅️Kad ucapan raya
✅️Capan kurma
✅️Kolaj Ketupat
✅️ Chef cilik biskut raya: chocolate cornflake
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama rakan, serta memberi pendedahan awal kepada nilai-nilai murni seperti berkongsi, menghormati dan bersyukur.
Pihak tadika ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan, kerjasama serta sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada anak-anak yang sangat sporting dan ceria sepanjang aktiviti berlangsung 💖
Semoga kenangan indah ini dapat memberi pengalaman bermakna buat semua 🌙✨
تقبل الله منا ومنكم
Maksudnya: “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada kamu.”
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!
07/03/2026
Alhamdulillah. Salam Nuzul Quran 🥰
28/01/2026
SELASA / 27.1.2026
AKTIVITI : Melompat di dalam Gelung dan Membaling Bola
OBJEKTIF:
1. Mengembangkan kemahiran motor kasar
⚽️Melompat, melangkah, membawa dan membaling bola.
2. Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
⚽️ Fokus semasa memegang dan membaling bola ke sasaran.
3. Melatih keseimbangan dan kawalan badan
⚽️ Bergerak dari satu gelung ke gelung yang lain tanpa jatuh.
4. Memupuk keyakinan diri kanak-kanak
⚽️ Berani mencuba di hadapan rakan-rakan.
5. Membentuk disiplin dan giliran
⚽️ Menunggu turn dan ikut arahan guru.
6. Menggalakkan interaksi sosial
⚽️ Belajar bersabar, memberi sokongan dan bekerjasama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
50480
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 12:00 |
| Tuesday | 08:00 - 12:00 |
| Wednesday | 08:00 - 12:00 |
| Thursday | 08:00 - 12:00 |
| Friday | 08:00 - 12:00 |