Malaysia Care

Malaysia Care

Share

“Malaysia Care Membina Masa Hadapan Baharu Bersama” “No act of kindness, no matter how small, is ever wasted”

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H ✨

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam buat seluruh umat Islam. Semoga kehadiran 1 Muharram menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan amal dan kebaikan dalam kehidupan seharian.

Semoga setiap langkah yang diatur pada tahun hijrah ini dipermudahkan, diberkati dan membawa kejayaan di dunia serta akhirat.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

31/05/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keafiatan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.

Daulat Tuanku.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Sembah takzim daripada:
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.

Semoga cahaya kebaikan dan kedamaian sentiasa menerangi kehidupan kita serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara ini.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 ✨

Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan, tetapi lambang warisan, budaya serta perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 🌾🤝

Semoga semangat kebersamaan, keharmonian dan rasa syukur terus mekar dalam kehidupan rakyat Malaysia.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia


Malaysia Care Officials (@malaysiacareofficials) • Instagram photos and videos 27/05/2026

Malaysia Care kini rasmi di Instagram! 🎉✨

Jom Follow, Like & Share untuk mendapatkan pelbagai info, aktiviti kebajikan, program komuniti serta perkembangan terkini daripada kami. 🤝💚

Sokongan anda amat bermakna dalam memperluaskan lagi gerak kerja kebajikan dan kesukarelawanan bersama masyarakat.

Instagram rasmi:


“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Malaysia Care Officials (@malaysiacareofficials) • Instagram photos and videos 0 Followers, 3 Following, 2 Posts - See Instagram photos and videos from Malaysia Care Officials ()

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ✨

Semoga Hari Raya Korban ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan. Semoga setiap pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan diberikan ganjaran yang terbaik oleh-Nya. 🌙🤍

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia buat seluruh masyarakat beragama Islam serta selamat bercuti kepada rakyat Malaysia.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”


18/05/2026

Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa 2026 ✨

“Muzium Menyatukan Dunia Yang Terpisah”

Muzium bukan sekadar ruang penyimpanan sejarah, tetapi medan ilmu, warisan dan penyatuan masyarakat merentasi generasi serta budaya. Semoga institusi muzium terus menjadi jambatan penghubung dalam memelihara identiti, memperkasa pendidikan dan menyemai nilai penghargaan terhadap khazanah warisan dunia. 🏛️🌍

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu dan membimbing generasi masa hadapan. 🌹

“Guru Bitara, Nadi Negara” — insan yang menjadi tunjang pembinaan masyarakat berilmu, berakhlak dan berjaya.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan demi anak bangsa. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mendidik generasi masa kini. ✨

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

11/05/2026

Seluruh barisan kepimpinan dan ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia (M-Care) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang bin Sariyan atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 20 Mac 2026 hingga 19 Mac 2029.

Semoga pelantikan ini terus memberikan impak positif kepada negara, khususnya dalam memartabatkan institusi ilmu dan kesejahteraan rakyat. Selamat menjalankan amanah dengan jayanya!

Kami di Malaysia Care sentiasa mendokong dan mendoakan kesejahteraan buat YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. diatas pelantikan ini.

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia


10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat seluruh insan bergelar ibu. 🌷

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus dalam membesarkan serta mendidik generasi hari ini. Ibu bukan sahaja pendidik pertama, malah sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupan. ✨

“Didik dengan kasih, bimbing dengan doa, lahirkan generasi hebat membina masa depan.”

“Membina Masa Hadapan Baharu Bersama”

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Amal Sukarela Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00