LADAP Plus

LADAP Plus

Share

Aplikasi pembangunan profesionalisme untuk guru-guru di Malaysia daripada PEMIMPIN GSL (Global Education Leaders Malaysia Berhad 201901002310 (1311636X).)

Muat turun LADAP Plus di Play Store atau App Store secara PERCUMA sekarang!

26/05/2026

📢 Tinjauan Pengguna LADAP Plus Kembali Lagi!

Selamat sejahtera, Cikgu! 👋

Kami ingin mendengar pandangan dan pengalaman anda sepanjang menggunakan aplikasi LADAP Plus. Maklum balas yang diberikan amat berharga dalam membantu kami menambah baik pengalaman penggunaan serta menyediakan ciri dan kandungan yang lebih relevan untuk anda.

Sebagai penghargaan, setiap peserta yang melengkapkan tinjauan ini berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM50. Seramai 2 orang pemenang akan dipilih setiap minggu!

📅 Tempoh Tinjauan: 26 Mei hingga 7 Jun 2026, 11:59 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pendapat anda dan membantu kami membina LADAP Plus yang lebih baik untuk semua.

📲 Imbas kod QR atau sila layari https://bit.ly/TinjauanPenggunaLADAPPlus untuk menyertai tinjauan ini!

18/05/2026

Hi cikgu!

Untuk makluman, aplikasi LADAP PLUS sedang mengalami masalah teknikal dan tidak dapat digunakan buat masa ini. Pihak kami sedang berusaha membaik pulih aplikasi ini.

Sehubungan dengan itu, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui media sosial PEMIMPIN. Jika ada sebarang soalan, sila hubungi talian +6011-1100 4611 melalui Whatsapp.

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda! 💙

Photos from Pemimpin's post 11/05/2026

Hi cikgu! Seiring dengan pemansuhan SPLKPM dan peralihan perekodan program pembangunan profesionalisme ke dalam HRMIS, kami memahami bahawa ramai guru mempunyai pertanyaan berkaitan proses merekod kursus LADAP Plus .

Sehubungan dengan itu, kami dengan sukacitanya menyediakan panduan langkah bagi membantu cikgu merekod kursus anda dengan lebih mudah dan teratur di dalam HRMIS.

Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk memastikan aktiviti e-pembelajaran cikgu dapat direkodkan dengan tepat. Semoga panduan ini bermanfaat kepada cikgu.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan teknikal, pasukan kami sedia memberikan bantuan melalui:

📞 011-1100 4611 (WhatsApp sahaja).

Jangan lupa ikuti PEMIMPIN di media sosial untuk maklumat dan panduan terkini mengenai LADAP Plus!

Yang melaporkan,
Cikgu Wati,
SU LADAP Plus

15/04/2026

Untuk membawakan pengalaman aplikasi yang lebih lancar dan mantap kepada anda, kami sekali lagi akan menjalankan penyelenggaraan aplikasi LADAP Plus. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Sepanjang tempoh berikut, aplikasi LADAP Plus tidak dapat diakses buat sementara waktu:

🗓 Khamis, 16 April 2026
⏰ 11:00 malam hingga 1:00 pagi

Nantikan fungsi Profil Sosial yang baharu selepas penambahbaikan ini. Cikgu boleh meneroka profil dan mengenali pengguna LADAP Plus yang lain dengan lebih mudah selepas penyelenggaraan aplikasi ini!

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda! 💙

31/12/2024

Terima kasih cikgu-cikgu kerana anda telah mengikuti LADAP Plus sepanjang tahun 2024.

Tahun ini merupakan tahun pertama di mana LADAP Plus dilancarkan dan kami sangat berbesar hati kerana dapat sokongan yang padu daripada lebih daripada 25,000 orang guru dan pendidik lain dari seluruh Malaysia. Adanya aplikasi dan komuniti LADAP Plus hari ini semua hasil sokongan ANDA semua!

Nantikan pengumuman kami yang akan datang di mana kami akan terus menawarkan kursus baru dan fitur menarik bagi membantu perjalanan pembangunan profesionalisme diri anda pada tahun 2025 nanti.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz, Cikgu Wati, Cikgu Lau dan Cikgu Kumar
AJK Kelab Guru LADAP Plus

10/09/2024

Bulan Ogos baru sahaja berlalu! Kursus LADAP Plus manakah yang telah menjadi kegemaran guru Malaysia pada bulan kemerdekaan ini? Ketahui carta kursus popular dalam kalangan pengguna aplikasi LADAP Plus pada bulan Ogos. 🥇

Sekali lagi, kursus Pentaksiran Formatif masih menjadi kursus paling popular dalam aplikasi LADAP Plus. Kursus ini diikuti oleh Memilih Teknologi untuk PdP Berkesan dan Siri 1 Pembelajaran Kontekstual. Kursus manakah yang menjadi kegemaran anda? Sila kongsikan kepada kami di ruangan komen. 💬

Bagi cikgu yang belum berkesempatan mengikuti kursus ini, anda boleh mendaftar secara percuma sekarang dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Muat Turun aplikasi LADAP Plus di App Store atau Google Play ➡️ Laman Utama ➡️ Semua Kursus ➡️ Tajuk Kursus ➡️ Mulakan Kursus.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aplikasi LADAP Plus.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz,
Guru Data LADAP Plus

06/08/2024

Terima kasih atas Maklum Balas Anda! 🌟

Kami daripada pasukan LADAP Plus mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengguna yang telah terlibat dalam Tinjauan Kepuasan Pengguna LADAP Plus dan memberikan maklum balas masing-masing. Sokongan dan cadangan anda amat kami hargai dan akan digunakan untuk penambahbaikan aplikasi ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aplikasi LADAP Plus.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz,
Guru Data LADAP Plus Pemimpin GSL Malaysia

31/07/2024

Ketahui carta kursus popular dalam kalangan pengguna aplikasi LADAP Plus pada bulan Julai. 🥇

Kursus Pentaksiran Formatif, yang dilancarkan pada awal bulan Jun, kini menduduki tempat teratas sebagai kursus paling popular. Kursus ini diikuti rapat oleh kursus Memilih Teknologi untuk PdP Berkesan dan Teknik Whole Brain Teaching.

Bagi cikgu-cikgu yang belum berkesempatan mengikuti kursus ini, anda boleh mendaftar secara percuma sekarang dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Muat Turun aplikasi LADAP Plus di App Store atau Google Play ➡️ Laman Utama ➡️ Semua Kursus ➡️ Pentaksiran Formatif ➡️ Mulakan Kursus.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aplikasi LADAP Plus.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz,
Guru Data LADAP Plus

Photos from LADAP Plus's post 24/07/2024

"Saya gemari tentang kursus ini kerana ia menyediakan pendekatan praktikal dan berfokus kepada amalan sebenar dalam bilik darjah, membantu saya mengaplikasikan teori pentaksiran formatif dengan lebih berkesan."

Mari kita ikuti kompilasi Maklum Balas Kursus yang memaparkan pengalaman serta pendapat cikgu-cikgu yang telah mengikuti kursus Pentaksiran Formatif.

Bagi cikgu-cikgu yang belum berkesempatan untuk mengikuti kursus ini, daftar kursus ini secara percuma sekarang di aplikasi LADAP Plus.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aplikasi LADAP Plus.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz,
Guru Data LADAP Plus GSL Malaysia

Photos from LADAP Plus's post 17/07/2024

"Strategi REACT memberi idea kepada saya untuk membantu murid mengalami situasi dan merasai pengalaman yg baru melalui pengalaman sedia ada. "

Mari kita ikuti kompilasi Maklum Balas Kursus yang memaparkan pengalaman serta pendapat cikgu-cikgu yang telah mengikuti kursus Siri 1: Pembelajaran Kontekstual.

Bagi cikgu-cikgu yang belum berkesempatan untuk mengikuti kursus ini, daftar kursus ini secara percuma sekarang di aplikasi LADAP Plus.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aplikasi LADAP Plus.

Yang melaporkan,
Cikgu Faiz,
Guru Data LADAP Plus Pemimpin GSL Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

D6 Sentul East, Bangunan Perdagangan
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00