19/05/2026
✒️ 𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚: 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦?
Di zaman algoritma menentukan apa yang kita lihat dan percaya, media bukan lagi sekadar hiburan justeru ia membentuk cara fikir dan arah kesedaran masyarakat.
Persoalannya, adakah media hanya dibiarkan membentuk kita, atau kita yang menggunakannya untuk membentuk kebenaran? Di sinilah bermulanya jihad media hari ini.
Jihad bukan sekadar di medan fizikal, tetapi di ruang naratif dan persepsi. Setiap perkongsian, penulisan dan kandungan mencerminkan pendirian kita.
Jika media mampu mempengaruhi manusia,
maka di situlah tanggungjawab belia Muslim bermula.
pembinakl
17/05/2026
✨𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐀𝐫𝐤𝐢𝐭𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚𝐛𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐅𝐢𝐤𝐢𝐫 🗣️
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Dialog Universiti pada hari Jumaat, 8 Mei 2026 di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya yang lalu.
Terima kasih diucapkan kepada para panel, moderator serta seluruh peserta yang hadir dan bersama-sama menyumbang pandangan, idea dan wacana dalam Program Dialog Universiti ini.
Semoga program ini menjadi titik tolak kepada kesedaran peranan mahasiswa sebagai arkitek peradaban yang memikul tanggungjawab terhadap masa depan ummah dan negara.
08/05/2026
🎓 MALAM INI: DARI WACANA KEPADA PERUBAHAN! 🎓
Budaya fikir bukan sekadar sembang kosong di warung. Berdasarkan gagasan Ibn Khaldun, apakah tindakan kolektif paling realistik untuk kita menterjemah idea menjadi perubahan peradaban? Jom ubah sembang jadi realiti! Jumpa malam ini!
⏰ 8.00 malam – 11.00 malam
📍 Dewan Kuliah C, FASS, UM
🎁 E-sijil | Merit | Makanan Percuma disediakan!
🔗 Link pendaftaran: https://forms.gle/DEWDXPcsVYehBbTq8
08/05/2026
𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐀𝐫𝐤𝐢𝐭𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚𝐛𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐅𝐢𝐤𝐢𝐫 🗣️
Setiap pengisian membawa makna, setiap perbincangan membuka perspektif.
Berikut merupakan tentatif Program Dialog Universiti yang bakal menghimpunkan mahasiswa dalam wacana ilmiah berkaitan peranan anak muda sebagai pembina budaya fikir dan pencorak masa depan ummah.
📍 Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya
🗓 Jumaat | 8 Mei 2026
⏰ 8.00 malam – 11.00 malam
Jangan lepaskan peluang untuk bersama panel-panel berpengalaman serta meraih pelbagai manfaat menarik sepanjang program berlangsung!
🎟 Daftar sekarang: https://forms.gle/DEWDXPcsVYehBbTq8
07/05/2026
🔥 1 HARI SAHAJA LAGI!! ADAKAH ANDA BERSEDIA? 🔥
Bagaimana mahasiswa hari ini boleh membina minda yang kritis, tetapi tetap utuh berakar pada adab dan muruah berpandukan tradisi keilmuan Al-Ghazali dan Ibn Rushd?
Persiapkan minda anda. Kita dengarkan perbincangan esok!
🗓 Jumaat | 8 Mei 2026
⏰ 8.00 malam - 11.00 malam
📍 DK C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
🔗 Daftar segera: https://forms.gle/DEWDXPcsVYehBbTq8
06/05/2026
⏳ 2 HARI SAHAJA LAGI⏳
Daripada zaman Renaissance sehingga kini, adakah corak pemikiran moden membawa kita kepada kemajuan, atau kekeliruan dalam memahami erti kebenaran yang sebenar?
Kupas realiti pembinaan tamadun ini dalam Program Dialog Universiti!
🗓 Jumaat | 8 Mei 2026
⏰ 8.00 malam
📍 DK C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
🎁 E-sijil | Merit | Makanan Percuma
🔗 Jangan lepaskan peluang: https://forms.gle/DEWDXPcsVYehBbTq8