Akademi Kepimpinan Al-Fateh

Akademi Kepimpinan Al-Fateh

Share

Al-Fateh Terengganu Sdn Bhd juga dikenali sebagai Akademi Kepimpinan Al-Fateh Terengganu.

Penubuhan Al-Fateh Terengganu Sdn Bhd sebagai sebuah organisasi yang berstatus syarikat adalah merupakan salah satu mercu tanda Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) yang mendokong visi dan misi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu. Organisasi ini didaftarkan melalui Menteri Besar Terengganu Incorporated (MBI) dan dilaksanakan oleh Urusetia Belia Sukan dan N

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baharu dalam kalendar Islam. Semoga Maal Hijrah kali ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperbaharui azam dan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Semoga setiap usaha dipermudahkan, setiap kejayaan diberkati, dan setiap langkah dalam kehidupan sentiasa berada dalam rahmat serta reda Allah SWT.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebaikan, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. ๐ŸŒ™โœจ

15/06/2026

๐—” ๐—ก๐—˜๐—ช ๐—–๐—›๐—”๐—ฃ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—š๐—œ๐—ก๐—ฆ ! ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—”๐—ง๐—˜๐—› ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ

Satu fasa baru buat kami !

Akademi Kepimpinan Al-Fateh kini secara rasmi telah didaftarkan sebagai Training Provider (TP) di bawah HRD Corp.

Jika sebelum ini fokus kami banyak tertumpu kepada inisiatif kepimpinan belia, pengiktirafan yang baru ini bakal membawa Al-Fateh melangkah lebih jauh ke dalam ekosistem korporat dan organisasi.

Matlamat kami tetap sama, tetapi skopnya kini lebih luas. Kami mahu membantu organisasi anda melatih dan melahirkan 'Future Leaders' yang bukan sahaja kompeten, malah berprestasi tinggi.

Melalui sayap baru ini, Al-Fateh akan memfokuskan kepada:

๐Ÿ”น Pembangunan Bakat Muda & Bakal Pemimpin (Young Talent & Future Leaders)
๐Ÿ”น Latihan Khusus (Kepimpinan,Komunikai Efektif, Profesionalisme & Team Building)
๐Ÿ”น Peningkatan Kompetensi serta potensi maksimum kakitangan.
๐Ÿ”น Program Tempahan Khas (Customized Program)mengikut keperluan spesifik organisasi anda.
๐Ÿ”น Pemerkasaan Ekosistem FUTERA (Future Terengganu Leader).

[๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—ฆ & ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ฌ ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—ฆ]

Al-Fateh kini membuka pintu kolaborasi buat para trainer, fasilitator, dan pakar industri yang berminat untuk bekerjasama. Jom kita gabungkan kepakaran dan pengalaman untuk impak latihan yang lebih luar biasa.

[๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—ฅ, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ]

Kami sedia menjadi rakan sokongan anda dalam membangunkan modal insan. Mari kita bincangkan bagaimana Al-Fateh boleh bantu tingkatkanpotensi kakitangan dan pelapis kepimpinan syarikat anda.

Ini lebih daripada sekadar perniagaan.

Ini usaha berterusan kami untuk melahirkan profesional yang berprinsip demi masa depan organisasidan negeri kita.

Beyond potential
into performance, leadership, and impact.

Hubungi Akademi Ke
pimpinan Al-Fateh untuk sebarang pertanyaan, sesi perbincangan, atau kolaborasi program.

Shaping Future Statesmen.

๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป
๐—”๐—น-๐—™๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ต

Photos from Future Terengganu Leader - FUTERA's post 12/06/2026
26/05/2026

Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar tentang memberi, tetapi tentang keikhlasan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Di sebalik takbir yang bergema dan ibadah korban yang dilaksanakan, tersimpan makna kasih sayang, kebersamaan dan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah SWT pinjamkan kepada kita.

Hari yang indah ini juga jadi ruang untuk kita kembali menghargai keluarga, mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam hidup dan kebahagiaan buat semua yang kita sayang.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada kami, Akademi Kepimpinan Al Fateh
Semoga segala amalan diterima Allah SWT.





25/05/2026

Hari Arafah hadir sebagai ruang untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan dunia, lalu kembali memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Hari yang penuh dengan rahmat, keampunan dan doa-doa yang diangkat ke langit.
Gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan istighfar, zikir serta mendoakan insan-insan yang kita sayang.

Sabda Rasulullah SAW:
โ€œPuasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Hari Arafah kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan pengampunan buat kita semua.

Salam Hari Arafah
9 Zulhijjah 1447H





Photos from Akademi Kepimpinan Al-Fateh's post 24/05/2026

Program LAMEGA 2026 โ€“ Lambaian Menara Gading merupakan sebuah inisiatif anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera IMITS dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Al Fateh sebagai rakan strategik bagi pengisian modul pembangunan peserta.

Slot pembuka program, Ice Breaking & Mind Setting, telah dikendalikan oleh En. Ahmad Furqan bin Ismail (AFBI) dan En. Ahmad Furqan bin Ariffin (AFBA) dengan objektif membina semangat, meningkatkan keyakinan diri serta membuka minda para peserta agar lebih bersedia untuk mengikuti keseluruhan perjalanan program.

Pada hari kedua, suasana program diteruskan dengan slot Explorace yang dikendalikan oleh En. Muhammad Haziq Mohd Sabri. Melalui aktiviti yang santai namun mencabar, para peserta didedahkan dengan elemen penting seperti kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan serta asas kepimpinan, sekali gus mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan bermakna.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai slot dan aktiviti telah disusun bagi memberikan pendedahan, suntikan motivasi serta inspirasi kepada para peserta dalam membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan persediaan menghadapi alam pengajian tinggi.

Semoga setiap ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang LAMEGA 2026 menjadi titik permulaan buat para peserta untuk terus melangkah dengan lebih yakin, berani mencabar potensi diri, serta gigih mengejar cita-cita demi masa depan yang lebih cemerlang.






Photos from Akademi Kepimpinan Al-Fateh's post 19/05/2026

Alhamdulillah selesai Bengkel Imej dan Etika Kepimpinan bersama Badan Pengawas SM (A) Sultan Zainal Abidin Ladang pada 18 Mei 2026.

Banyak perkongsian menarik tentang cara bawa diri sebagai seorang pemimpin, komunikasi, disiplin dan etika bila memegang amanah sebagai pengawas sekolah.

Terima kasih kepada Che Wan Mohd Faizul bin Che Wan Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Kepimpinan Al Fateh atas perkongsian yang santai tapi penuh ilmu dan pengalaman.

Semoga apa yang dipelajari hari ni boleh jadi bekalan untuk terus jadi pelajar yang berani, berkeyakinan dan tahu macam mana nak jadi pemimpin yang baik dalam sekolah dan juga luar sekolah.




16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua cikgu yang pernah mengajar, menegur, membebel, menyokong dan mendoakan anak murid tanpa pernah penat ๐Ÿค

Terima kasih sebab jadi antara insan yang banyak bentuk siapa kami hari ni. Dari ajar pegang pensel sampai ajar macam mana nak hadap dunia sebenar.
Mungkin masa sekolah dulu kita banyak buat cikgu sakit kepala tapi percayalah, jasa dan ilmu tu tak pernah hilang dari ingatan.

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan untuk terus mendidik generasi akan datang.

16 Mei โ€” hari untuk hargai insan hebat bernama guru ๐Ÿ“šโœจ





Photos from Akademi Kepimpinan Al-Fateh's post 14/05/2026

First impression ni kadang-kadang ambik masa beberapa saat je
Cara kita bercakap, cara kita bawa diri, cara kita communicateโ€ฆ semua tu orang boleh โ€œbacaโ€ tanpa kita sedar.

Dalam Bengkel First Impression Matters ni, banyak benda simple tapi penting dikongsikan, cara macam mana nak tampil lebih yakin, lebih professional dan lebih mudah didekati dalam situasi belajar, kerja mahupun kehidupan harian โœจ

Sesi online kali ini bersama panel jemputan, Muhammad Hezry Yasin selaku Perunding Imej Korporat yang berkongsi pelbagai tips dan pengalaman berkaitan personal branding serta keyakinan diri ๐Ÿ’ฏ

Kadang bukan sebab kita tak bagus, cuma belum tahu cara nak tonjolkan potensi diri dengan betul.

Terima kasih kepada semua peserta yang join dan bagi komitmen sepanjang sesi berlangsung.





10/05/2026

๐ŸŽ“ PRA LAMEGA SHARING SESSION 2.0: โ€œFIRST IMPRESSION MATTERS

๐Ÿ”ฅ Khas untuk lepasan SPM, STPM & STAM yang bakal melangkah ke alam universiti dan dunia sebenar!

Jom sertai sesi perkongsian penuh manfaat berkaitan:
โœ… Keyakinan diri sebagai mahasiswa
โœ… Cara membawa diri dengan lebih matang & profesional
โœ… Komunikasi dan first impression
โœ… Imej & personal branding pelajar
โœ… Persediaan awal sebelum masuk universiti & alam kerjaya

๐Ÿ“… 13 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•˜ 8.30 malam
๐Ÿ“ Online melalui Zoom

๐ŸŽค Bersama:
Tuan Muhammad Hezry bin Yasin (Perunding Imej)

๐Ÿ“Œ PERCUMA & TERBUKA KEPADA LEPASAN SPM, STPM, STAM & YANG BERMINAT

๐Ÿ“ฒ Scan QR Code di Poster Program atau daftar sekarang di link berikut:
https://forms.gle/LntjkXjbN27wAdhm7

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

G17-Kompleks Usahawan Terengganu (K*T), Lot 3449 Kampung Kubang Jela
Kuala Terengganu
21200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 17:00