18/05/2026
PERLIS - Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Awam Malaysia (JKTNCPI UAM) yang telah diadakan pada 13 Mei 2026 bertempat di Dewan Senat, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis.
Turut berlangsung pada 12 Mei 2026 ialah Mesyuarat Meja Bulat Penyelarasan Penubuhan ASEAN Universities Research Alliance (AURA) serta Bengkel Majlis Pameran dan Pertandingan Inovasi (MPPI) bertempat di Perpustakaan UniMAP.
Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik, memperkasa agenda penyelidikan dan inovasi universiti awam, serta memperluas kolaborasi di peringkat ASEAN demi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
30/04/2026
29 APRIL 2026 (Rabu) - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menerima kunjungan daripada Elsevier untuk membincangkan strategik hala tuju penyelidikan, integriti akademik serta pemerkasaan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
Sesi ini telah memberi fokus kepada cabaran penyelidikan di Malaysia, akses kepada kandungan Ilmiah berkualiti serta usaha memperkukuh ekosistem penyelidikan UniSZA selaras dengan aspirasi konsep dan kecemerlangan institusi.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik demi memartabatkan budaya ilmu, inovasi dan kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
20/03/2026
Salam dihulur, maaf dipinta.
Raikan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UniSZA dan semua Umat Islam. 🌙
Ikhlas daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan seluruh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
11/03/2026
PUTRAJAYA, 9 Mac - Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (JKTNCPI) Universiti Awam Malaysia Kali ke-78 Bil.1/2026 telah diadakan di Palm Garden Hotel dan Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan universiti hos pada penganjuran mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dari kesemua Universiti Awam manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan Sekretariat bagi mesyuarat tersebut. Jemputan khas mesyuarat dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut hadir adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBrs. Prof. Dr. Zainal Amin bin Ayub, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan En. Azlan bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah Kanan.
Objektif Utama mesyuarat adalah untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan negara dan memastikan keselarasan dengan dasar kerajaan. Antara isu yang dilaporkan adalah penyelarasan Pelan Pembangunan Pendidika Tinggi Malaysia (PPPTM) 2025-2035 iaitu memastikan inisiatif penyelidikan di peringkat universiti selari dengan transformasi digital dan daya saing global yang digariskan dalam pelan induk Pendidikan tinggi negara yang baharu. Selain itu, pengukuhan Dana Penyelidikan Strategik, Pemerkasaan Syarikat Pemula (Startup) & Terbitan (Spin-off), Peningkatan Penarafan MyRA dan aktiviti yang menyokong kepada kolaborasi universiti tempatan dan luar negara.
07/03/2026
17 Ramadhan 1447H | 7 Mac 2026
Salam Nuzul Al-Quran. Semoga keberkatan Al-Quran melimpah dalam setiap titip doa kita hari ini dan membawa rahmat. 🤲
Ikhlas daripada :
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan seluruh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
26/02/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada PPJ. Kehormat (PA) YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Komandan Kor SISPA UniSZA kerana telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kor SISPA 2026/2027 - 2027/2028.
Ikhlas daripada : Seluruh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UniSZA