Perpustakaan Unisiraj

Perpustakaan Unisiraj

Share

Gedung Ilmu dalam Melahirkan Pemacu Ummah Pencinta Sunnah

Photos from Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ's post 05/06/2026
05/06/2026

SEKALUNG TAHNIAH | PENERBITAN BUKU TERBAHARU PENSYARAH FQS UniSIRAJ

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Abdulwahab Abdul Aziz Kassem Al-Haddad, Pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS) atas kejayaan menerbitkan buku terbaharu beliau yang bertajuk:

πŸ“– "Marafi' al-Tawbah wa Shawati' al-Ghufran"
(Terbitan Mashreq International For Books Sdn Bhd).

Semoga penerbitan karya ini menjadi sumber inspirasi kepada para akademia dan mahasiswa, serta memberikan manfaat dan pencerahan ilmu yang luas buat seluruh masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan!

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

03/06/2026

TAHNIAH UniSIRAJ | PENYUMBANG DALAM LAPORAN PERFORMANCE OF MALAYSIAN SCHOLARLY OUTPUTS 2020–2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) atas kejayaan tersenarai sebagai penyumbang dalam laporan "Performance of Malaysian Scholarly Outputs 2020-2024" bagi kategori Private Higher Learning Institutions (Private University).

Pencapaian yang membanggakan ini mencerminkan komitmen jitu serta usaha berterusan warga universiti dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi. Sumbangan ini sekali gus memperkukuh kecemerlangan akademik serta melonjakkan prestasi penerbitan ilmiah Malaysia di persada global sepanjang tempoh berkenaan.

Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat buat para penyelidik dan ahli akademik UniSIRAJ untuk terus subur memupuk budaya penyelidikan, memacu inovasi, dan menyebarkan perkongsian ilmu yang memberi impak positif kepada masyarakat, negara, dan dunia.

πŸ“– Pautan Dokumen Penuh (Flipbook):
https://heyzine.com/flip-book/9f1e3036fc.html /1

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

03/06/2026

UniSIRAJ @ PBAKL 2026 | YAB PMX SUDI TERIMA DUA NASKHAH BUKU TERLARIS UniSIRAJ

Satu penghargaan yang cukup bermakna buat Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) apabila YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudi meluangkan masa menyapa barisan petugas kami di PBAKL 2026.

Lebih manis, YAB Perdana Menteri turut menerima naskhah buku best-seller terbitan Penerbit UniSIRAJ iaitu "Fiqah Perpaduan: Permata Ummah Yang Hampir Hilang" dan "Terjemahan Maqalat Al-Islamiyyin".

Sokongan bermakna daripada pemimpin nombor satu negara ini menjadi dorongan terbaik buat Penerbit UniSIRAJ untuk terus aktif menerbitkan buku-buku ilmiah yang bermutu.

Terima kasih YAB PMX!

Kepada anda yang belum dapatkan naskhah ini, ayuh singgah ke reruai kami sekarang!

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

22/05/2026

BERITA UniSIRAJ | KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH MANTAPKAN KOMPETENSI STAF UniSIRAJ

Kursus Pemanduan Berhemah bagi melatih barisan pemandu universiti telah berjaya dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) selama dua hari pada 20 dan 21 Mei baru-baru ini.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta memantapkan kemahiran pemanduan yang waspada dalam pelbagai situasi. Selain itu, para peserta turut dilatih mengenai teknik pengurusan Buku Log Kenderaan yang sistematik, pematuhan undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa, serta penerapan sikap profesional dan berdisiplin agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

πŸ“Έ LENSA UniSIRAJ:
https://www.facebook.com/share/p/1W9i6Psd4Q/?mibextid=wwXIfr

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ”” IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) Lot 2-11 Dan Lot 18-27, Rumah Kedai Dua Tingkat, Taman Seberang Jaya Fasa 3
Kuala
02000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:30