Pusat Pengurusan Lestari UMT

Pusat Pengurusan Lestari UMT

Share

Pusat Pengurusan Lestari merupakan jabatan baharu yang ditubuhkan bagi memperkasakan kekuatan UMT.

05/06/2026

🌍 Protect Nature, Protect Our Future. Happy World Environment Day 2026!

20/05/2026

Free Market Meriahkan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI UMT

19 Mei 2026 – Program Free Market anjuran Pusat Pengurusan Lestari (PPL), UMT telah berjaya diadakan bersempena majlis penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI oleh Universiti Malaysia Terengganu kepada komuniti setempat.

Program yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kemasyarakatan itu bertujuan membantu penduduk mendapatkan barangan keperluan secara percuma selain menggalakkan budaya berkongsi dan prihatin dalam kalangan masyarakat. Pelbagai pakaian terpakai telah disumbangkan oleh orang ramai dan agensi yang terlibat.

Majlis tersebut turut menjadi simbol kerjasama erat antara pihak universiti dan komuniti kampung dalam menjayakan agenda pembangunan sosial serta kesejahteraan masyarakat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk nilai kesukarelawanan, memperkukuh hubungan komuniti serta meringankan beban golongan yang memerlukan.

20/05/2026

JEMPUTAN KE TAKLIMAT ENVIRONMENTAL AND SOCIAL SUSTAINABILITY FUNDS (ESSF) KEPADA SEMUA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Lestari akan mengadakan Taklimat Environmental and Social Sustainability Funds (ESSF). Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan berkenaan kriteria kelayakan, tatacara permohonan serta garis panduan pelaksanaan projek yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar dan sosial.

Sehubungan itu, taklimat akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

Segala kerjasama dan kehadiran yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Photos from Media Kreatif UMT's post 20/05/2026
Photos from Kementerian Pendidikan Tinggi's post 20/05/2026
Photos from Media UMT's post 20/05/2026
Photos from UMT - Universiti Malaysia Terengganu's post 20/05/2026
Photos from Pusat Pengurusan Lestari UMT's post 13/05/2026

Jom sertai program Inisiatif Hari Lestari sepanjang Bulan April hingga Mei ini.

13/05/2026

PROGRAM BULANAN GREEN LIVING UMT - PENGUMPULAN DAN KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA BULAN MEI 2026

Sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti bulanan pengumpulan dan kutipan bahan kitar semula secara berjadual anjuran Pusat Pengurusan Lestari (PPL) UMT akan dijalankan di 5 lokasi bernotis iaitu:

• Depan Fakulti Pengajian Maritim (bersangkar, bersebelahan kafe)
• Belakang bangunan FSSM (Antara bangunan Fakulti dan Makmal Sains Nautika)
• Kompleks Sementara Pensyarah (Kabin Biru) bersebelahan bangunan Bio-D Tropika (berdekatan kawasan parkir kereta)
• Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin (ICAMB, berdekatan pintu bahagian belakang)
• Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ, tingkat bawah)

2. Jadual untuk kutipan seterusnya pada bulan ini adalah pada hari Khamis, 14 Mei 2026, sebelum jam 10.00 pagi. Semoga ketetapan tarikh diambil maklum oleh semua dan kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk melestarikan kampus UMT dan persekitaran setempat.

Sekian, terima kasih.

06/05/2026

JEMPUTAN KE TAKLIMAT ENVIRONMENTAL AND SOCIAL SUSTAINABILITY FUNDS (ESSF) KEPADA SEMUA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Lestari akan mengadakan Taklimat Environmental and Social Sustainability Funds (ESSF). Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan berkenaan kriteria kelayakan, tatacara permohonan serta garis panduan pelaksanaan projek yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar dan sosial.

Sehubungan itu, taklimat akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

Segala kerjasama dan kehadiran yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Pusat Pengurusan Lestari, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia
Kuala
21030