16/06/2026
Wakaf Unisza
Universiti pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat koporat menyalurkan dana.
16/06/2026
15/06/2026
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅
14 Jun 2026 | Ahad
Dalam usaha memperkasa amalan kedermawanan serta memperluas budaya kebajikan sosial dalam kalangan warga universiti, Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA (WAKAF) telah mengambil inisiatif melantik Duta Wakaf dari setiap fakulti.
Sesi penyerahan surat lantikan Duta Wakaf UniSZA telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UniSZA di Pejabat Naib Canselor UniSZA. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat (JAWAZ) UniSZA.
Pelantikan Duta Wakaf ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh serta menyemarakkan budaya menyumbang dalam kalangan warga universiti samada dalam bentuk zakat, wakaf, derma dan endowmen. Duta Wakaf juga dilihat mampu berperanan sebagai jambatan penghubung yang berkesan antara WAKAF dan fakulti dalam menyebarluas manfaat serta kefahaman mengenai amalan kedermawanan dalam Islam.
Semoga para Duta Wakaf UniSZA yang dilantik ini diberi kekuatan menggalas amanah dengan penuh iltizam, keikhlasan dan dedikasi, seterusnya menjadi agen perubahan yang menyuburkan budaya kebajikan serta menyemai semangat berinfaq demi kemaslahatan ummah dan kelestarian pembangunan UniSZA.
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
15/06/2026
8 Jun 2026 | Isnin
Penyerahan bantuan komputer riba kepada 2 pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG).
Semoga bantuan komputer riba yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar dalam menyokong proses pembelajaran, melaksanakan tugasan akademik serta meningkatkan prestasi pengajian mereka. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pelajar dan menjadi pemangkin kepada kejayaan akademik pada masa hadapan.
09/06/2026
Pada tahun ini Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA telah mewujudkan Jawatankuasa Perundingan Syariah dalam usaha mendapatkan panduan dan nasihat berkaitan amalan pengurusan dana zakat, wakaf dan derma.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Syariah kali kedua telah membincangkan penambahbaikan terma platform infaq UniSZA.
04/06/2026
Buletin Wakaf UniSZA - Mei 2026
Diharapkan Buletin Wakaf UniSZA bagi bulan Mei 2026 ini dapat menyampaikan maklumat yang bermanfaat, meliputi aktiviti serta info berkaitan zakat, wakaf dan filantropi.
Contact the school
Website
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 04:45 |
| Tuesday | 08:00 - 04:45 |
| Wednesday | 08:00 - 05:00 |
| Thursday | 08:00 - 04:45 |
| Sunday | 08:00 - 04:30 |