SK Seri Pristana

SK Seri Pristana

Share

OFFICIAL PAGE AND MAIN GALLERY FOR SK SERI PRISTANA OFFICIAL PAGE OF SK SERI PRISTANA

07/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ๐Ÿ“š

8 Jun 2026

Pergi bercuti ke negeri Kedah,
Ke sana sini tak jemu-jemu,
Cuti sekolah berakhir sudah,
Ayuh segera menuntut ilmu!

โœจ Semoga sesi persekolahan baharu membawa semangat, kejayaan dan keberkatan buat seluruh warga SK Seri Pristana.


Photos from SK Seri Pristana's post 23/05/2026

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

23 MEI 2026 HINGGA 7 JUN 2026

Selamat bercuti kepada semua murid-murid SK Seri Pristana. Penuhi waktu cuti dengan aktiviti yang bermanfaat.

Photos from SK Seri Pristana's post 22/05/2026

ANUGERAH NILAM PENDIDIKAN KHAS 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tarikh: 13-14 Mei 2026
Tempat; SMK Syed Mashor, Batang Kali, Hulu Selangor
Pencapaian:
๐Ÿ…Keempat Kategori Masalah Pembelajaran (BP) Lelaki SK
-Muhammad Wafiy Rayyan bin Mohd Yussairi Amir
๐Ÿ… Keempat Kategori Masalah Pembelajaran (BP) Perempuan SK
-Nur Amna Mikayla binti Azeha

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid PPKI yang telah mewakili daerah Kuala Selangor dalam pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan pihak ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan Semoga lebih maju jaya di masa akan datang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Photos from SK Seri Pristana's post 21/05/2026

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tarikh: 20 Mei 2026 (Selasa)
Tempat: Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur

Sekalung ucapan tahniah kepada bekas pelajar SK Seri Pristana iaitu Trishiitaa A/P Yogeswaran kerana telah berjaya dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2025. Pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian yang diperoleh sepanjang Trishiitaa bersekolah di SK Seri Pristana. Diharapkan kejayaan beliau dapat dijadikan contoh dan membuka mata murid-murid SKSP agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik mahupun bidang sukan. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

Tahniah juga kepada pendorong kejayaan beliau iaitu ibubapa yang sentiasa menyokong minat beliau, guru-guru, jurulatih serta kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan kerjasama kepada beliau. Pihak sekolah menzahirkan penghargaan ini untuk mengucapkan terima kasih atas "hadiah" yang tidak ternilai ini. Syabas Trishiitaa!! Semoga terus maju jaya dan menyinar bakatmu Trishiitaa!

Photos from SK Seri Pristana's post 21/05/2026

KEJOHANAN ALAMIANZ
HOCKEY LEAGUE 1.0 (2026)

Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
Tempat kejohanan : Turf Hoki SMK Pengkalan Permatang
Pencapaian: Keempat (L)
Keempat (P)

Pasukan hoki lelaki dan perempuan berjaya mendapat tempat KEEMPAT dalam kejohanan ALAMIANZ HOCKEY LEAGUE 1.0. Tahniah atas usaha dan semangat juang mereka. Walaupun hanya berlatih selama 2 hari, anda semua mampu bermain pada satu tahap yang sangat baik.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pasukan!
๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Jutaan terima kasih kpd ibu bapa yang banyak memberi sokongan yang kuat kepada kedua- dua team Hoki SKSP. Sekalung penghargaan buat semua yang telah memberikan sumbangan dari segi makanan, minuman dan kewangan. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang. Doakan agar kedua-dua pasukan hoki dapat buat yang terbaik pada tahun ini dan tahun yang akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Photos from SK Seri Pristana's post 19/05/2026

KARNIVAL STEM DAERAH KUALA SELANGOR 2026

Tarikh: 12-13 Mei 2026
Tempat: SMK Puncak Alam
Pencapaian:
๐Ÿฅ‡Johan- Roket Air Kategori Sekolah Rendah
๐Ÿ…Keempat- Bride Building Competition Kategori Sekolah Rendah

Tahniah diucapkan kepada pasukan STEM SK Seri Pristana yang telah mengambil bahagian dan mencipta kejayaan. Semoga terus maju jaya pada masa akan datang.

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh warga pendidik SK Seri Pristana atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah menjadi pembimbing, pencetus inspirasi serta insan yang membentuk masa depan negara dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini, warga guru terus melangkah dengan semangat, kesabaran dan tekad demi memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang terbaik.

Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, marilah kita bersama-sama menghayati tema โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ sebagai simbol pengiktirafan terhadap peranan besar guru dalam membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Terima kasih cikgu atas segala bakti yang tidak ternilai. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.
Selamat Hari Guru.

Ikhlas daripada,
Tn. Hj. Zaimi Bin Idris
Guru Besar
SK Seri Pristana

Photos from SK Seri Pristana's post 16/05/2026

๐Ÿ’ UCAPAN TERIMA KASIH TAJAAN / SUMBANGAN HARI GURU ๐Ÿ’

Pihak sekolah turut merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan kek sempena sambutan Hari Guru kepada:

๐ŸŒนBank Simpanan Nasional Cawangan Saujana Utama Sungai Buloh
๐ŸŒนSpecky Panda Optometry Group Sdn Bhd
๐ŸŒนDato' Dr Halim Tamuri, Adun Paya Jaras

Segala sumbangan dan keprihatinan yang diberikan amat dihargai dan telah menyerikan lagi sambutan Hari Guru tahun ini. Semoga segala kebaikan dan sokongan yang diberikan mendapat keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih atas sokongan berterusan kepada warga sekolah.
๐ŸŒท







Photos from SK Seri Pristana's post 15/05/2026

PRESTIJ GEMILANG AL-QURAN : KEM GENERASI MADANI FAST TRACK TO KHATAM ZON 1 SIRI 1 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2026

Tarikh : 13.5.2026 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi-3.30 petang
Tempat: Surau Al-Maโ€™muriah, Taman Seri Pristana
Sasaran: Murid-murid Tahun 6 daerah Kuala Selangor yang telah membaca sekurang-kurangnya Juzuk 26.
Penyelaras program: SK Seri Pristana dengan kerjasama AJK Surau Ma'muriah, Taman Seri Pristana

Photos from SK Seri Pristana's post 11/05/2026

KEJOHANAN AKUATIK MSSS 2026

Tarikh: 27-30 April 2026
Tempat: Pusat Akuatik Nasional , Bukit Jalil
Pencapaian: Sijil penyertaan

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Khaaliq Ayyash Bin Walid Nawwari atas keberanian dan semangat wajanya menyertai kejohanan ini. Antara acara yang disertai beliau ialah;
1) 50m Butterfly (Boys U12)
2) 50m Freestyle (Boys U12)
3) 50m Breaststroke (Boys U12)
4) 50 Backstroke (Boys U12)

Semoga pengalaman yang cukup berharga ini akan menjadi pemangkin semangat buat diri beliau untuk terus maju jaya dalam bidang sukan renang pada masa akan datang. Semoga berjaya!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Lot 8214, Jalan SP 2/1, Seri Pristana, Sungai Buloh
Kuala
47000