Kelas Bacaan Teacher Zarra

Kelas Bacaan Teacher Zarra

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Bacaan Teacher Zarra, Educational consultant, Kuching.

Menyediakan kelas tuisyen untuk latihan bacaan dan menulis untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga pakej 3M (Membaca, Mengira & Menulis) , Ready To School (RTS) , UPKK, Bahasa Arab and subjek revision seperti Sains dan Matematik.

17/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H πŸ•Œβœ¨

Semoga kehadiran tahun baharu Islam ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui niat, memperkukuhkan keimanan, dan meningkatkan amal kebajikan. Marilah kita mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk terus berubah ke arah yang lebih baik, memperbaiki diri, serta mendekatkan hati kepada Allah SWT. Semoga setiap langkah kita pada tahun ini dipenuhi keberkatan, rahmat dan petunjuk-Nya. ❀

15/06/2026

πŸ“’ PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BULAN JULAI KINI DIBUKA! πŸ“šβœ¨

Ingin meningkatkan prestasi akademik anak anda? Jom sertai Pusat Tuisyen KBTZ dan belajar dalam suasana yang selesa serta dibimbing oleh tenaga pengajar yang berdedikasi πŸ‘¨β€πŸ«πŸ‘©β€πŸ«

Tempat adalah terhad, jadi daftar segera untuk sesi kemasukan bulan Julai! 😎

πŸ“ Metrocity, Kuching.

πŸ“ž Hubungi kami ataupun Whatsapp
Www.wasap.my/60146573197

01/06/2026

Selamat Hari Gawai 2026 πŸŽ†

Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nuan πŸ‘

Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Raikan warisan budaya dengan penuh kesyukuran dan semangat kebersamaan ✨

Photos from Kelas Bacaan Teacher Zarra's post 29/05/2026

Parents Meet 4.0 – Day 2 | 29 Mei 2026

Alhamdulillah, hari terakhir program berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kerjasama yang baik antara guru serta ibu bapa. Pelbagai perkongsian dan perbincangan telah dilakukan demi memastikan perkembangan pembelajaran anak-anak sentiasa berada pada tahap terbaik πŸ₯°

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program ini berlangsung. Semoga hubungan yang terjalin antara pihak pusat tuisyen dan ibu bapa terus erat demi kecemerlangan anak-anak πŸ’–βœ¨

Photos from Kelas Bacaan Teacher Zarra's post 28/05/2026

Parents Meet 4.0 – Day 1 | 28 Mei 2026

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan meluangkan masa untuk sesi perjumpaan bersama guru πŸ₯°πŸ‘ͺ

Hari pertama berjalan dengan sangat baik dengan pelbagai perkongsian mengenai perkembangan pembelajaran, pencapaian serta penambahbaikan anak-anak ❀️

Setiap perbincangan dan kerjasama daripada ibu bapa amat bermakna dalam membantu anak-anak terus maju dan lebih bersemangat dalam pembelajaran 🌟

Semoga hubungan baik antara guru dan ibu bapa ini dapat terus diperkukuhkan demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang ✨

27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H πŸ•Œ

Semoga Aidiladha ini mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang tulus tidak akan pernah sia-sia serta semangat pengorbanan dan keikhlasan terus mekar dalam diri kita dan juga membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. ✨❀

24/05/2026

Assalamualaikum ibu dan bapa sekalian.

PARENTS MEET kembali lagi!

Kali ini merupakan edisi ke-4 KBTZ mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa untuk mengetahui perkembangan dan progress anak-anak mereka sepanjang berada di pusat tuisyen ini πŸ‘ͺ

Perjumpaan ini juga dapat mengetahui sejauh mana anak2 mereka menimba ilmu di sini serta mana yang perlu dibaiki supaya mereka menjadi insan yang cemerlang dan berakhlak tinggi ❀

Jum datang pada hari Khamis & Jumaat ini, pada 28 & 29 Mei 2026, dari jam 2.00 petang-9.00 malam mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh ibu bapa masing2.
πŸ“Pusat Tuisyen KBTZ.
Tingkat 3, Lorong Metrocity Boulevard 3A, atas Metro Optical.

18/05/2026

πŸ“’ KEMASUKKAN BULAN JUN KINI DIBUKA πŸ“’

Assalamualaikum semua 😁

KBTZ mengalu-alukan kemasukkan pelajar pada bulan Jun nanti. Belum menguasai bacaan & tulisan? Bingung dan tidak tahu di mana ingin menghantar anak2 anda ke pusat tuisyen yang efisien dan menyeronokkan? Di KBTZ lah tempat yang sesuai 😍

Jadi, tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang sementara slot masih ada. Sila tekan link di bawah untuk pendaftaran dan pertanyaaan lanjut πŸ“²
Www.wasap.my/60146573197

16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru KBTZ dan seluruh pendidik di Malaysia. 🌷

Terima kasih atas setiap ilmu, kesabaran, doa dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu demi membentuk generasi yang lebih baik.

Semoga segala usaha para guru sentiasa diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🀍

Photos from Kelas Bacaan Teacher Zarra's post 09/05/2026

9 Mei 2025 | Sabtu

Bersempena dengan Parents' Meeting yang diadakan di Mumtaz Kiddie Islamic Kindergarten , KBTZ telah membuka mini booth untuk mempromosikan pakej2 yang ada di pusat tuisyen πŸ“š

Ibu bapa yang hadir sempat juga bertanya secara lebih terperinci seperti operasi jam di KBTZ, intipati dan apakah yang dibelajar bagi setiap pakej yang diterangkan oleh Ticer Azfa πŸ‘¨β€πŸ«

Diharap agar pusat tuisyen KBTZ akan lebih banyak pengetahuan ibu bapa di luar sana serta membolehkan anak-anak mereka kuasai khususnya bahagian membaca dan menulis πŸ‘

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Kuching

Opening Hours

Monday 13:30 - 20:30
Thursday 13:30 - 20:30
Friday 13:30 - 21:00
Saturday 09:00 - 17:00