Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G

Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G

Share

Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G

02/06/2026

πŸ“Ή Video pendek Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Lahir Anak-Anak TIP An-Nur 2026 ✨




Photos from Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G's post 02/06/2026

✨✨ MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & HARI LAHIR (JANUARI HINGGA MEI) πŸ₯³πŸ₯³

Pada 22 Mei 2026 telah diadakan majlis sambutan hari guru dan hari lahir Januari hingga Mei bagi anak-anak TIP An-Nur 😘 syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik, lancar dan sungguh seronok sekali πŸ₯°

Anak-anak dan guru-guru begitu segak dan cantik sekali memakai pakaian berwarna biru mengikut tema yang ditetapkan 😊Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyiapkan dan menghias anak-anak dengan begitu kemas, cantik dan handsome 😍 comel-comel ye semuanya πŸ’•

Terima kasih juga kepada ibu-ibu yang telah menyediakan dan memberi juadah makanan yang sedap-sedap kepada anak-anak dan guru-guru TIP An-Nur ❀️ semoga ibu bapa TIP An-Nur sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah 🀲🏻

Selamat hari lahir juga buat anak-anak TIP An-Nur yang lahir pada bulan Januari hingga Mei πŸ₯³ semoga kalian sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah Taala 🀲🏻 cikgu sayanggg semua πŸ«ΆπŸ»πŸ’–


Photos from Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G's post 18/05/2026

πŸ† TEMASYA SUKANEKA TADIKA ISLAM PERAK DAERAH MANJUNG 2026 ✨✨

🌻 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
🌻 Tempat: Padang Awam Felcra Lekir
🌻 Tema: Kartun Animasi

Alhamdulillah pada 17 Mei 2026 telah berlangsungnya Temasya Sukaneka TIP Daerah Manjung 2026 di Padang Awam Felcra Gugusan Lekir yang bertemakan Kartun Animasi.

Pada tahun ini, Tadika Islam Perak An-Nur telah mendapat rumah sukan Spongebob dan anak-anak TIP An-Nur juga dapat memakai baju sukan Spongebob lengkap berwarna kuning yang sangat comel 😍

Syukur Alhamdulillah tahun ini TIP An-Nur sekali lagi diumumkan sebagai pemenang rumah sukan tercantik tanpa disangka ✨ Ini merupakan usaha bersama guru-guru, ajk tadika, anak-anak dan ibu bapa TIP An-Nur yang bekerjasama bagi menghias dan menjaga khemah dengan sangat baik ❀️

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan syabas dan tahniahhh kepada semua anak-anak TIP An-Nur kerana sudah melakukan yang sangat terbaik dalam setiap acara sukaneka tahun ini πŸ₯° kalian semua sangat hebat kerana sentiasa bersemangat dan berani menonjolkan diri menyertai acara sukaneka ini ❀️ cikgu sangat bangga dengan kalian semua 😘

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua ibu bapa yang turut hadir bagi meraikan dan memberi semangat kepada anak-anak serta membantu guru-guru TIP An-Nur sepanjang program berjalan🌹 tahniah juga kepada ibu bapa yang bersemangat menyertai pertandingan bagi acara kategori ibu bapa πŸ₯°

Terima kasih juga diucapkan kepada pengerusi dan semua ajk TIP An-Nur yang banyak sangat membantu guru-guru dari hari persiapan sehinggalah habis program, menghias khemah, menjaga khemah dan menjaga anak-anak TIP An-Nur sepanjang berlangsungnya program ❀️ semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua 🀲🏻 Aamiin ✨

Akhir kata, cikgu mendoakan semoga anak-anak TIP An-Nur terus cemerlang dalam bidang sukan dan tetap menjadi murid yang aktif dan cergas πŸ₯°β€οΈ



05/05/2026

πŸ¦‹ LATIHAN SUKANEKA πŸ¦‹

🌻 Aktiviti: Membawa & Mengimbang Bola Menggunakan Pinggan Tanpa Bola Jatuh

πŸ’« Standard Pembelajaran:

FK 1.1.2 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

πŸ’« Objektif:

πŸͺ» Meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti melompat gelung dan berjalan zig-zag.

πŸͺ» Meningkatkan keseimbangan badan ketika membawa dan mengimbang bola menggunakan pinggan tanpa bola jatuh.

πŸͺ» Menguatkan otot kaki dan tangan melalui pergerakan yang dilakukan.

πŸͺ» Melatih fokus dan tumpuan ketika membawa dan mengimbang bola.

πŸͺ» Melakukan pergerakan lokomotor seperti melompat dan berjalan dengan kawalan.


01/05/2026

🌷 AKTIVITI PEMBELAJARAN 🌷

🌻 Aktiviti: Mewarna Gambar Serangga (Kumbang Ladybird) πŸžπŸ¦‹πŸœπŸπŸ•·οΈπŸͺ°

πŸ’« Standard Pembelajaran:

KF 1.2.1 Meneroka kejadian alam
KE 2.2.1 Menggunakan pelbagai teknik dan media untuk menghasilkan karya seni visual

πŸ’« Objektif:

🐞 Mengetahui dan menyatakan maksud serangga secara ringkas.

🐝 Mengenal dan menyebut nama serangga seperti kumbang ladybird, rama-rama, lalat, lebah, labah-labah, nyamuk dan lipas.

🐞 Mengawal pergerakan tangan semasa mewarna dengan lebih kemas.

🐝 Mengenal dan menggunakan warna yang sesuai dalam aktiviti.

🐞 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui aktiviti mewarna.


30/04/2026

πŸƒβ€βž‘οΈ AKTIVITI FIZIKAL πŸƒ

🌻 Aktiviti: Melakukan Aktiviti Rebut Kerusi

πŸ’« Standard Pembelajaran:

FK 1.1.2 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

πŸ’« Objektif:

πŸ„ Meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti berjalan dengan pantas serta pergerakan bangun dan duduk.

πŸ„ Meningkatkan kemahiran mendengar arahan ketika muzik dimainkan dan duduk apabila muzik dihentikan.

πŸ„ Melatih fokus dan tumpuan terhadap perubahan muzik dan pergerakan rakan.

πŸ„ Mengembangkan koordinasi pergerakan badan ketika bergerak mengelilingi kerusi dengan kawalan badan yang baik.

πŸ„ Mematuhi peraturan permainan seperti tidak berebut secara kasar.

πŸ„ Memberi pengalaman belajar sambil bermain dalam suasana menyeronokkan.


23/04/2026

🌟 AKTIVITI PEMBELAJARAN 🌟

🌻 Aktiviti: Mewarna Gambar Haiwan Darat (Kucing) πŸˆπŸ…πŸŽπŸ¦’πŸ‡

πŸ’« Standard Pembelajaran:

KF 1.2.1 Meneroka kejadian alam
KE 2.2.1 Menggunakan pelbagai teknik dan media untuk menghasilkan karya seni visual

πŸ’« Objektif:

🦁 Mengetahui dan menyatakan maksud haiwan darat secara ringkas.

🐻 Mengenal dan menamakan haiwan darat seperti kucing, ayam, lembu, arnab, zirafah, beruang, gajah dan kuda.

🦁 Mengawal pergerakan tangan semasa mewarna dengan lebih kemas.

🐻 Mengenal dan menggunakan warna yang sesuai dalam aktiviti.

🦁 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui aktiviti mewarna.


Photos from Tadika Islam Perak An-Nur Fasa 2G's post 22/04/2026

πŸŽ€ LAWATAN KLINIK PERGIGIAN SERI MANJUNG KE TIP AN-NUR πŸ§‘β€βš•οΈπŸͺ₯πŸͺ₯

🌻 Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)

🌻 Objektif:

πŸͺ₯ Mendapat pendedahan tentang penjagaan gigi yang betul.
πŸͺ₯ Mengetahui cara untuk menggosok gigi dengan betul.
πŸͺ₯ Mendapat pemeriksaan gigi dan sapuan florida pada gigi yang rosak.
πŸͺ₯ Mendapat pengetahuan tentang pemakanan sihat dan tidak sihat untuk gigi.

🌻 Aktiviti:

πŸ’« Ceramah tentang penjagaan gigi.
πŸ’« Latihan memberus gigi.
πŸ’« Pemeriksaan gigi dan sapuan florida.


Want your school to be the top-listed School/college in Lumut?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Lumut
32040