16/05/2026
Selamat Hari Guru!
Guru Bitara, Nadi Negara
Page rasmi SK Bandar Hilir. Segala maklumat dan aktiviti bergambar akan disalurkan di page ini.
16/05/2026
Selamat Hari Guru!
Guru Bitara, Nadi Negara
15/05/2026
Jualan Jambangan Bunga Hari Guru oleh PIBG SKBH 💐
Tempahan kini dibuka.
Untuk membuat tempahan, klik pautan WhatsApp di bawah. 💐
*Tahun 1 & 2*
Pn Hidayah
https://wa.link/2l2nh2
*Tahun 3 & 4*
Dr Visha
https://wa.link/7r8cjt
*Tahun 5 & 6*
Pn Aishah
https://wa.link/r7wu0g
(Buat guru-guru yang ingin membuat tempahan, boleh hubungi mana-mana PIC di atas.)
PIBG SKBH
15/05/2026
PENCAPAIAN SK BANDAR HILIR DALAM KARNIVAL MBMMBI 2026 PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH
Tahniah diucapkan kepada adik Shaheel Laxman atas pencapaian membanggakan, iaitu Johan dalam Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Manakala, adik Muhammad Zaeem bin Ahmad Murad & Aisy Khairi bin Azrul Khairiri juga melayakkan diri ke State Finals dengan menduduki Tempat Kelima dalam Pertandingan Poetry Recitation Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Syabas atas usaha yang diberikan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa SKBH yang hebat, dalam memberikan sokongan tidak putus-putus dalam pertandingan Koakademik tahun ini, sekalung penghargaan juga buat para pentadbir, guru-guru serta guru-guru berpencen yang terlibat secara langsung ataupun tidak, dalam membantu dan mendoakan pasukan SK Bandar Hilir, dan terima kasih juga kepada barisan Guru Bahasa Inggeris, Cik Nur Asyhikin, Cik Jessica Tay & Pn Mufidah atas usaha untuk membimbing murid-murid.
Sama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak ini Di Peringkat Negeri nanti. ❤️🔥
15/05/2026
Hari Kejohanan Sukan SKBH ke-74 pada 9 Mei 2026 (Part 4)
Acara Akhir tarik tali antara Rumah Pahlawan & Rumah Perwira. Sungguh sengit sekali! Namun dengan sokongan yang jitu, Rumah Biru bangkit menjadi Johan dalam Acara Tarik Tali tahun ini!
Terdapat juga penyampaian hadiah keseluruhan bagi semua Rumah Sukan.
Tahniah Rumah Pendekar meraih Johan tahun ini dan diikuti oleh Rumah Pahlawan (Naib Johan), Rumah Perwira di Tempat Ketiga dan Rumah Panglima Keempat.
Syabas juga kepada adik Rifaee dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan Tahun 2026, manakala adik Wafiee Rayyan dinobatkan sebagai Olahragawan SKBH Tahun 2026!
Terima kasih atas semua sokongan ibu bapa yang turut hadir bersama. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan!
15/05/2026
Hari Kejohanan Sukan SKBH ke-74 pada 9 Mei 2026 (Part 3)
Penyampaian medal lagi kepada murid-murid yang berjaya mendapat tempat dalam acara mereka. Tahniah!
15/05/2026
Hari Kejohanan Sukan SKBH ke-74 pada 9 Mei 2026 (Part 2)
Acara sukaneka PPKI & Prasekolah serta Acara Larian Akhir dan selingan penyampaian medal kepada para pemenang.
Tahniah dan syabas murid-murid SKBH!
15/05/2026
Hari Kejohanan Sukan SKBH ke-74 pada 9 Mei 2026 (Part 1)
Perbarisan & Gimik Perasmian
Sungguh cantik dan kreatif perbarisan tahun ini. Terima kasih guru-guru dan ibu bapa rumah sukan yang berdedikasi dalam menyiapkan kostum murid-murid sekaligus memberikan persaingan yang sengit dalam Acara Perbarisan.
Tahniah kepada semua murid yang menyertai perbarisan, semoga anda seronok dengan latihan formasi dan dipakaikan kostum serba lengkap dan menarik!
15/05/2026
Majlis Perpisahan Puan Manisah & guru praktikum pada 8 Mei 2026, Hari Jumaat.
Terima kasih Pn Manisah atas khidmat bakti beliau selama 8 tahun di SK Bandar Hilir. Segala jasa beliau dalam menjaga dan mendidik anak-anak Prasekolah amat warga SKBH sanjungi dan ingat di hati.
Terima kasih juga kepada guru-guru praktikum atas sumbangan mereka sepanjang lebih kurang 4 bulan. Banyak projek telah dijayakan dan banyak bantuan diberikan kepada para guru SKBH dan untuk itu, amat kami hargai.
14/05/2026
Penyampaian medal kepada pemenang Acara Padang pada 8 Mei 2026
Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid yang berjaya menyumbangkan mata buat rumah sukan masing-masing!
14/05/2026
Raptai penuh Hari Sukan pada 7 Mei 2026
Terima kasih atas kerjasama semua guru dan murid yang terlibat!
| Monday | 07:00 - 17:00 |
| Tuesday | 07:00 - 17:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:00 |
| Thursday | 07:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |