Jom Belajar TVET Pulau Pinang

Jom Belajar TVET Pulau Pinang

Share

MEMBERIKAN KONSULTANSI BERKENAAN PELUANG PEMBELAJARAN BIDANG KEMAHIRAN TVET KHAS BELIA PULAU PINANG

11/06/2026

TVET berpotensi jadi laluan kerjaya baharu graduan menganggur, bekerja di luar bidang

PUTRAJAYA, 6 Jun – Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpotensi menjadi laluan kerjaya baharu bagi graduan universiti yang masih menganggur atau bekerja di luar bidang pengajian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini terdapat kira-kira 78,000 lepasan universiti yang belum mendapat pekerjaan atau bekerja dalam bidang yang tidak setara dengan kelayakan pendidikan mereka.

Menurut beliau, golongan tersebut boleh memanfaatkan pelbagai kursus TVET yang ditawarkan, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi yang semakin berkembang.

“Mereka boleh memasuki mana-mana kursus TVET yang bersesuaian kerana TVET kini merangkumi bidang AI, IoT, robotik, tenaga hijau dan automasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beberapa negara maju seperti Jerman, Korea Selatan dan Switzerland telah lama menjadikan TVET sebagai antara laluan utama pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan industri.

Menurut beliau, meskipun bidang akademik terus diberi perhatian, negara memerlukan lebih ramai teknokrat dan pekerja berkemahiran tinggi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.

08/06/2026

Sasar 650,000 pelajar TVET melalui 1,395 institusi tahun ini

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 650,000 pelajar mengikut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahun ini sekali gus menyokong usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahun lalu sahaja, hampir 600,000 pelajar TVET direkodkan dan ia menjadi petunjuk jelas bahawa laluan kemahiran semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, sasaran tersebut diharap dapat dicapai melalui 1,395 institusi TVET di seluruh negara dengan penawaran pelbagai bidang latihan selaras keperluan industri tempatan dan antarabangsa.

“Jumlah kemasukan pelajar ke institusi TVET menunjukkan peningkatan apabila mencecah kira-kira 587,000 orang pada tahun lalu berbanding hanya sekitar 121,000 pelajar ketika agenda pemerkasaan TVET mula diperkenalkan. Peningkatan hampir lima kali ganda ini membuktikan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar terhadap kepentingan TVET dan semakin diterima sebagai laluan pendidikan yang mampu menjamin masa depan,” katanya selepas meninjau persiapan sambutan Hari TVET Negara 2026 di sini hari ini.

Mengulas mengenai penganjuran Hari TVET Negara 2026, Ahmad Zahid berkata, sambutan itu akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini yang memperkenalkan konsep TVET kepada pelajar institusi TVET serta bakal pemohon.

Jelasnya, kerajaan mahu melihat TVET muncul sebagai pilihan utama pelajar selepas tamat persekolahan sekali gus memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan negara berasaskan kemahiran dan teknologi. – KOSMO! ONLINE

08/06/2026

❌ 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐔𝐏𝐔 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩.

Hari ini ramai lepasan SPM stres sebab tak dapat sambung belajar di universiti awam.

Tetapi realitinya…

Industri sekarang lebih perlukan 𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑨𝑫𝑨 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳.

Program TVET membuka peluang kerjaya dalam bidang yang sangat diperlukan majikan.

🔥 𝘽𝒆𝙡𝒂𝙟𝒂𝙧 𝙨𝒆𝙘𝒂𝙧𝒂 𝒑𝙧𝒂𝙠𝒕𝙞𝒌𝙖𝒍
🔥 𝙋𝒆𝙡𝒖𝙖𝒏𝙜 𝙠𝒆𝙧𝒋𝙖 𝙩𝒊𝙣𝒈𝙜𝒊
🔥 𝘼𝒅𝙖 𝙡𝒂𝙡𝒖𝙖𝒏 𝒃𝙞𝒏𝙖 𝙠𝒆𝙧𝒋𝙖𝒚𝙖 & 𝙥𝒆𝙣𝒅𝙖𝒑𝙖𝒕𝙖𝒏

Jangan biarkan anak hanya duduk di rumah tanpa hala tuju.

📍 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 akan di jalankan bertempat di Taiping dan Ipoh, Perak untuk sepanjang bulan JUN 2026.

🎯 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌
✔ Program Kemahiran di iktiraf Kerajaan
✔ 25 pilihan kursus kemahiran
✔ 100% Pembiayaan Yuran Latihan.
✔ Elaun sara diri disediakan
✔ Peluang kerja selepas tamat

💥 Bantuan Awal Kemahiran turut disediakan kepada Belia Perak yang Berkelayakkan.

🚨 𝐊𝐔𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 – 𝟐𝟓 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀

📩 𝙆𝒍𝙞𝒌 𝑾𝙝𝒂𝙩𝒔𝘼𝒑𝙥 𝙨𝒆𝙠𝒂𝙧𝒂𝙣𝒈 𝒖𝙣𝒕𝙪𝒌 𝒅𝙖𝒑𝙖𝒕𝙠𝒂𝙣 𝙥𝒆𝙣𝒆𝙧𝒂𝙣𝒈𝙖𝒏 𝒑𝙧𝒐𝙜𝒓𝙖𝒎 𝑻𝙑𝑬𝙏.
📲 https://wa.link/sr14v9
📲 https://wa.link/sr14v9

06/06/2026

🚨 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 ❗ 🚨

❌ Tak dapat kursus pilihan melalui UPU?
❌ Masih tunggu keputusan rayuan UPU?
❌ Keputusan SPM sederhana dan risau masa depan?

𝑱𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑳𝑬𝑷𝑨𝑺𝑲𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑳𝑼𝑨𝑵𝑮 𝑰𝑵𝑰❗

🎓 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑫𝒊𝒑𝒍𝒐𝒎𝒂 𝑳𝒂𝒍𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒉𝒂𝒔 𝒌𝒆 𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 𝑨𝒘𝒂𝒎

✅ Kemasukan terus ke program Universiti Awam 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐔𝐏𝐔
✅ Persijilan & Konvokesyen di Universiti Awam
✅ 𝟏𝟎𝟎% 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 / 𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐁𝟒𝟎
✅ Pilihan pengajian daripada 𝟏𝟕 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 (Sijil, Diploma hingga Ijazah)
✅ Laluan pendidikan yang lebih fleksibel untuk masa depan kerjaya anda

💰 𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 turut disediakan kepada calon yang layak.

📍 Temuduga kemasukkan bagi program ini akan di jalankan di Ipoh dan Taiping pada sepanjang bulan Jun 2026.

⚠️ Tempat adalah TERHAD dan calon yang hadir temuduga lebih awal akan diberi keutamaan.

🎯 TERBUKA KEPADA:
✔️ Calon yang mendapat program bukan pilihan melalui UPU
✔️ Calon yang sedang menunggu rayuan UPU
✔️ Lepasan SPM dengan keputusan sederhana
✔️ Mereka yang mahu sambung belajar tetapi mempunyai kekangan kewangan

🔥 Jangan tunggu sehingga peluang ini ditutup!

𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆❗
📲https://wa.link/a04y1a
📲https://wa.link/a04y1a

👉 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐍𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 dan kami akan bantu anda segera.

06/06/2026

❗ 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐏𝐀?

❤️ 𝙈𝒖𝙣𝒈𝙠𝒊𝙣 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣 𝙏𝑽𝙀𝑻 𝒍𝙚𝒃𝙞𝒉 𝒔𝙚𝒔𝙪𝒂𝙞 𝙪𝒏𝙩𝒖𝙠 𝙖𝒏𝙖𝒌 𝒂𝙣𝒅𝙖 ❤️

Ini peluang untuk anda 👇

💡 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓
✔ 70% Latihan Amali (hands-on)
✔ Hanya 30% teori
✔ Tak perlu hafal & baca buku banyak-banyak

Sesuai untuk:
✅ Lepasan SPM
✅ Belia umur 16 – 23 tahun
✅ Pelajar Tahfiz / Madrasah
✅ Gagal SPM / Tidak tamat sekolah

📍 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 akan di jalankan pada sepanjang bulan Jun 2026 Khas kepada Belia Negeri Perak

🎯 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌
✔ 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
✔ 25 pilihan kursus kemahiran
✔ Pembiayaan yuran 100%
✔ Elaun sara diri disediakan
✔ Peluang kerja selepas tamat

💥 Bantuan Awal Kemahiran turut disediakan

🚨 𝐊𝐔𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 – 𝟐𝟓 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀

Masa depan anda adalah pilihan anda.
Jangan tunggu sampai terlepas peluang!

👉 𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐋𝐢𝐧𝐤 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧❗
📲https://wa.link/sr14v9
📲https://wa.link/sr14v9

04/06/2026

TVET kini pilihan utama lepasan SPM, bukan lagi pelan kedua

SHAH ALAM – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peluang pekerjaan yang lebih luas, tempoh pengajian yang lebih singkat serta prospek pendapatan yang kompetitif dalam pelbagai sektor industri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, persepsi bahawa TVET hanya merupakan pilihan kedua selepas universiti perlu diubah kerana bidang tersebut kini menjadi antara pemacu utama pembangunan tenaga kerja mahir negara.

Menurut beliau, setiap pelajar mempunyai kecenderungan dan potensi yang berbeza, justeru laluan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata.

“Persaingan untuk memasuki universiti awam semakin sengit, kos pengajian juga meningkat manakala pasaran pekerjaan hari ini lebih memerlukan kemahiran yang selari dengan kehendak industri.

“TVET menawarkan laluan yang lebih praktikal, realistik dan mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi kepada lepasan SPM,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, sistem TVET direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir menerusi pembelajaran berasaskan latihan praktikal, pengalaman industri sebenar dan pendekatan secara langsung yang membolehkan graduan memasuki alam pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Katanya, sistem TVET negara turut menyediakan laluan pendidikan sehingga Tahap 5 menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Menurut Mohd Asna, graduan TVET kini menjadi pilihan majikan kerana memiliki kemahiran khusus yang diperlukan industri serta mampu menjalankan tugas tanpa memerlukan tempoh latihan tambahan yang panjang.

“Ramai majikan mencari pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pengalaman praktikal, bukan sekadar kelayakan akademik. Keadaan ini memberi kelebihan kepada graduan TVET untuk memperoleh pekerjaan dalam tempoh yang lebih cepat,” ujarnya.

Beliau berkata, antara bidang yang mencatat permintaan tinggi ketika ini termasuk Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat, Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Helikopter, Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Avionik, Kecerdasan Buatan (AI), Kenderaan Elektrik (EV) dan Keselamatan Siber.

Pada masa sama, katanya, pelajar TVET turut berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara menerusi pelbagai program biasiswa dan kerjasama antarabangsa.

Menurut beliau, kerajaan China menawarkan biasiswa penuh kepada 1,000 pelajar lepasan TVET dari Malaysia, manakala kos tiket penerbangan ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selain itu, institusi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan MARA turut menyediakan laluan pengajian ke Rusia, Perancis, Jepun serta Korea Selatan dalam pelbagai bidang teknologi dan kemahiran khusus.

Mohd Asna berkata, kerajaan di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis TVET Negara turut memperluaskan peluang pendidikan TVET sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah menerusi program yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“TVET hari ini bukan lagi pilihan kedua. Ia merupakan laluan profesional yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan industri serta semakin mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.

“Lebih 220,000 pelajar atau 56.86 peratus daripada lepasan SPM dan setaraf kini memilih aliran TVET, sekali gus membuktikan keyakinan masyarakat terhadap sektor ini terus meningkat,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta bagi memastikan kemahiran yang diajar sentiasa memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa.

28/05/2026

Semalam konvo, hari ini 100 graduan TVET Mara diambil bekerja

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 100 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Mara telah diambil bekerja di syarikat Samsung.

Lebih mengembirakan katanya, kesemua graduan Diploma Elektronik itu diambil bekerja setelah selesai majlis konvokesyen semalam.

Menurut Asyraf Wajdi, rata-rata graduan itu akan menerima gaji sekitar RM3,700 sebulan dan banyak lagi syarikat antarabangsa yang akan menjalin kerjasama strategik sebegini.

“Mara akan berusaha menjalinkan dengan banyak lagi syarikat-syarikat Multinasional (MNC) antarabangsa dan dalam negara untuk memastikan graduan-graduan TVET daripada institusi pendidikan Mara yang menawarkan lebih 400 bidang kemahiran TVET mendapat pekerjaan dengan gaji premium,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, program TVET Mara ketika ini lebih anjal dari segi kurikulumnya kerana Mara sentiasa tambah baik mengikut keperluan dan kerelevananya dengan industri.

Malah katanya, kebanyakan program TVET Mara mendapat pengiktirafan industri.

“Semua inisiatif ini untuk memastikan anak-anak Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak diangkat martabatnya dari segi ekonomi dan kehidupan. Semuanya bermula dengan pendidikan bermutu tinggi. Mara akan terus membantu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, peratusan kebolehpasaran graduan TVET Mara sudah mencecah 97.22 peratus tahun ini. – KOSMO!

25/05/2026

Lebih 95 peratus graduan TVET sudah bekerja - Zahid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar bekerja dalam kalangan graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) direkodkan pada paras melebihi 95 peratus, pada 2024.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kadar berkenaan membabitkan bidang kejuruteraan; pembuatan dan pembinaan; teknologi maklumat dan komunikasi; perniagaan, pentadbiran dan perundangan; sastera dan kemanusiaan serta perkhidmatan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, peratusan itu bagaimanapun tidak membabitkan graduan daripada Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Selain itu, katanya, berdasarkan Data Raya TVET, kejuruteraan kekal sebagai bidang utama kursus TVET dengan peratusan sekitar 21 hingga 23 peratus, antara 2020 hingga 2024.

"Ini diikuti bidang pembinaan antara 15 hingga 17 peratus serta teknologi maklumat antara tujuh hingga sembilan peratus.

"Bidang automotif, hospitaliti dan pertanian masing-masing mencatat peratusan lebih kecil, manakala kategori lain-lain merangkumi pelbagai bidang pengajian lain bagi memenuhi keperluan industri yang pelbagai.

"Daripada sudut peratusan pecahan pelajar TVET mengikut bidang pengajian, kejuruteraan dan pembinaan mencatat penyertaan tertinggi, diikuti pembinaan, automotif, teknologi maklumat, hospitaliti dan pertanian," katanya yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai peratusan kursus dan pelajar TVET mengikut bidang pengajian serta kadar kebolehgajian graduan bidang berkenaan dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

23/05/2026

❗ 𝐓𝐀𝐊𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐑 ?

Statistik menunjukkan hampir 𝟗𝟗% 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 selepas tamat latihan 👍

Kenapa?
Sebab mereka ada 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 yang sangat diperlukan industri.

💡 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓
✔ Diiktiraf kerajaan
✔ Fokus praktikal (hands-on)
✔ Permntaan Tinggi dari Industri

📍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

𝐉𝐨𝐦 𝐈𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 yang akan di jalankan sepanjang bulan Mei dan Jun 2026.

🎯 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 :
✔ 25 pilihan kursus
✔ 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
✔ Pembiayaan yuran 100%
✔ Elaun sara diri disediakan
✔ Peluang kerja selepas tamat latihan

👨‍🎓 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀:
✅ Lepasan SPM
✅ Umur 16 – 23 tahun
✅ Pelajar Tahfiz / Madrasah
✅ Gagal SPM / Tidak tamat sekolah

💥 Bantuan Awal Kemahiran turut disediakan

🚨 𝐊𝐔𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
Jangan tunggu sampai terlepas peluang.
Pilih bidang kemahiran untuk masa depan lebih terjamin.

👉 Klik WhatsApp sekarang:
📲 https://wa.link/fly4s3

Want your school to be the top-listed School/college in Penang Island?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Forestville D-1219 Lengkok Kelicap
Penang Island
11900