11/01/2026
SMK Kelana Jaya
This is an Official Page for SMK Kelana Jaya. Nama asal Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seaport II.
Sekolah ini dibuka pada 4 Disember 1989. Pada tahun 1990, Nama sekolah ditukar dari SMK Seaport II ke SMK Kelana Jaya. Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya dibuka untuk mengatasi masalah kekurangan tempat belajar di kawasan Kelana Jaya. Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya didirikan di kawasan seluas 4,084 Hektar. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok bangunan yang serba lengkap dengan kemudahan asas. Sebuah surau telah dibina untuk menunaikan ibadat dengan selesa.
11/01/2026
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM & SAHSIAH 2025 (14.11.2025)
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Sahsiah bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan lancar dan bermakna. Tahniah kepada semua murid dan guru yang menerima anugerah atas usaha, disiplin dan komitmen cemerlang sepanjang tahun.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan memperkukuh sahsiah diri. Terima kasih juga kepada para guru, ibu bapa dan semua yang sentiasa memberi sokongan.
Terus maju, terus cemerlang! 🌟
10/11/2025
☕Jom Sama-sama Sokong “Coffee Break SPM 2025”!
Sebagai tanda sokongan dan dorongan semangat kepada calon SPM 2025, pihak PIBG dengan kerjasama sekolah akan melaksanakan Program Coffee Break SPM 2025 sepanjang tempoh peperiksaan.
Program ini diadakan bagi menghargai usaha dan semangat calon-calon yang sedang berjuang menuju kejayaan. 💪✨
Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa, guru, alumni serta warga komuniti bagi menjayakan program ini.
🏦 Bank Rakyat: 1101 6423 82 (PIBG)
📝 Rujukan: Coffee Break
📞 Puan Siti Jamaiyah (SU PIBG) – 011-1014 7881
Setiap sumbangan anda membawa senyuman dan semangat buat anak-anak calon SPM kita! 💙
26/04/2025
Sambutan Hari Raya SMKKJ 2025
SAMBUTAN HARI RAYA SMKKKJ 2025 [18/4/2025] CREDITTEAM LENSAPhotographer 1 : Amalia MarsyaPhotographer 2 : Rafiq Al-ImanPhotographer 3 : Haziq AimanTEAM TVPSSInterviewer 1 : Adriana BatrisyiaInterviewe...
04/12/2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sumbangan Program Coffee Break ini akan digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman kepada anak² calon SPM sesi 2024/2025.
Sekiranya tuan/puan berminat untuk memberi sumbangan, ia boleh disalurkan ke akaun PIBG SMKKJ dan boleh sertakan resit kepada Setiausaha PIBG (Pn Muziana - 0199021781)
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang, pihak PIBG dan para ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.
Semoga calon SPM sesi 2024/2025 akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Aamiin.
01/04/2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-35 (23 MAC 2024)
Perasmian oleh: Puan Haniza binti Mohd Jabar@Ibrahim (PPDPU)
09/02/2024
Program Coffee Break dijalankan untuk memberi sumbangan makanan dan minuman kepada anak² calon SPM.
Sumbangan masih boleh disalurkan ke akaun PIBG SMKKJ dan boleh sertakan resit kepada Bendahari PIBG (Pn Suria- 0176730391) atau Setiausaha PIBG (Pn Muziana - 0199021781)
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang, pihak PIBG dan para ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.
Doakan semoga calon SPM tahun 2023 akan memperoleh keputusan yang cemerlang..
InsyaAllah..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Petaling Jaya
47301