19/06/2026
β¨HARI TERBUKA DAN SHOWCASE PBD PPD PETALING UTAMA 2026β¨
Tarikh : 18 & 19 Jun 2026
Tempat : Dewan Sivik, MBPJ
Pada 19 Jun 2026, SK Damansara Utama telah dijemput untuk menyertai jawatankuasa Showcase PBD peringkat PPD Petaling Utama.
Melalui penglibatan ini, pihak sekolah berpeluang mempamerkan projek URBAN BENDANG INNOVATORS (UBI) serta berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Semoga usaha yang dilaksanakan terus memberi impak positif kepada pembangunan potensi dan kecemerlangan murid.
Nurturing Excellence, Inspiring Success
17/06/2026
π Salam Maal Hijrah 1448H π
Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama membuka lembaran baharu dengan memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh keimanan dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Semoga tahun ini membawa keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik serta rahmat Allah SWT kepada kita semua.
βYa Allah, jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu dan kurniakanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah dalam mentaati-Mu.β
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Nurturing Excellence, Inspiring Success
13/06/2026
π KEJOHANAN SKUASY MSSM 2026 π
π
Tarikh : 6-13 Jun 2026
π Tempat : Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Dr. Hj. Mohd Said, Seremban
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tanisha a/p Senthil Kumaran yang telah berjaya merangkul gelaran johan dalam kategori berpasukan P12 dalam Kejohanan Skuasy MSSM 2026
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Nurturing Excellence, Inspiring Success β¨
12/06/2026
Warga SK Damansara Utama mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) atas penyertaan mereka dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu Secara Kluster Daerah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026.
π Dewan Peremba, SK Sri Petaling
π
10 β 11 Jun 2026
π₯ Murid yang mewakili sekolah ialah:
* Dhia Hani binti Alsyuhariq
* Nur Adryna Zaheera binti Azrul
* Sharifah Najma binti Syed Firdzuan
* Shakirah binti Nasrul Muhaimin
π Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sharifah Najma binti Syed Firdzuan atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan dalam kursus tersebut.
Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan peranan PRS di sekolah serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nurturing Excellence Inspiring Success. πβ¨
12/06/2026
π· Selamat Maju Jaya, Cikgu A'uni π·
Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Damansara Utama.
Semoga terus cemerlang dan berjaya di SK St. George 1, Taiping. Semoga setiap langkah di tempat baharu dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan.
Jasa dikenang, kenangan disimpan. β€οΈ
"Nurturing Excellence, Inspiring Success"
09/06/2026
Warga SK Damansara Utama mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Uwais Mujahid bin Dzulikram atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan bercerita peringkat kebangsaan.
π₯ JOHAN
Pertandingan Bercerita Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
π Dewan Tun Hussein Onn, PWTC (PBAKL)
π
6 Jun 2026
π
Peringkat Kebangsaan
π₯ TEMPAT KEDUA
Pertandingan Bercerita Kategori B
Festival Sastera Kanak-Kanak
π PBAKL, PWTC
π
5 Jun 2026
π
Peringkat Kebangsaan
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKDU untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nurturing Excellence Inspiring Success
07/06/2026
πβ¨ PERTANDINGAN BERCERITA DBP TAHAP 2 SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026β¨π
π
Tarikh: 6 Jun 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Siti Falisha Rania Binti Dzulimran atas penyertaan dalam Pertandingan Bercerita DBP Tahap 2 sempena PBAKL 2026.
π
Pencapaian: Penyertaan
Penyertaan dalam pertandingan ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta memupuk minat terhadap bahasa dan sastera.
Syabas atas usaha dan keberanian yang ditunjukkan. Semoga terus bersemangat dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Nurturing Excellence Inspiring Success
07/06/2026
πβ¨ PERTANDINGAN BERCERITA FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2026β¨π
Kategori A (5β9 Tahun)
π
Tarikh: 5 Jun 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Siti Fariha Raisha Binti Dzulimran atas penyertaan cemerlang dalam Pertandingan Bercerita Festival Sastera Kanak-Kanak 2026.
π
Pencapaian: Saguhati
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengembangkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta mencintai dunia sastera dan penceritaan.
βNurturing Excellence Inspiring Successβ
07/06/2026
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD PETALING UTAMA 2026 β½
π
Tarikh:13-14 Mei & 19-21 Mei 2026
π Tempat:SK Sri Petaling / SK Seksyen 7 Kota Damansara / SK Bandar Sri Damansara 1
π Pencapaian: Tempat Ketiga
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKDU Young Lions atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Petaling Utama 2026.
Keputusan Perlawanan
Peringkat Kumpulan
β½ SKDU 0 - 0 SK Tropicana
β½ SKDU 2 - 1 SK BSD3
β½ SKDU 1 - 1 SK BSD1
β½ SKDU 6 - 0 Sri Bestari
β½ SKDU 3 - 0 SK Lembah Subang
π Pusingan 16
β½ SKDU 2 - 1 SK Seksyen 9 KD
π Suku Akhir
β½ SKDU 2 - 2 SK Damansara Damai 2
π― Menang penalti 5 - 4
π Separuh Akhir
β½ SKDU 0 - 2 SK Sri Petaling
π Penentuan Tempat Ketiga & Keempat
β½ SKDU 1 - 0 SK Sungei Way
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih serta guru-guru pengiring yang telah bertungkus-lumus membimbing pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
Ucapan terima kasih kepada Coach Cameron Ng, FAM Head of Grassroots & Women's U19 Head Coach, yang turut menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kejayaan pasukan bola sepak SKDU.
Penghargaan khas juga kepada Guru Besar, En. Mohammad Izaham yang sentiasa hadir memberikan sokongan, semangat dan dorongan kepada pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa bersama-sama menyokong, membantu dan mendoakan kejayaan anak-anak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sokongan dan pengorbanan anda amat bermakna buat pasukan.
"Nurturing Excellence, Inspiring Success"