16/06/2026
" Dapat kita jalani sesuatu
semuanya dengan izin Allah,
dengan limpah kurnia Allah.
Semuanya dengan izin Allah,
bukan rajin kita
bukan mahu kita
bukan pandai kita
bukan usaha kita.
Tapi semata-mata dengan kehendak Allah,
dengan TAKDIR ALLAH
dan dengan TADBIR ALLAH.
KITA HANYALAH MENJALANI TAKDIR ALLAH.
Inilah HAKIKATNYA.
Adapun,
apabila makhluk berkata aku buat ini aku buat itu,
ini semuanya hanyalah bahasa pada syariat sahaja.
Hakikatnya Allah yang takdirkan.
Sebab itu kita kena ada syariat,
kena ada hakikat.
JANGAN sampai BERSYARIAT tidak BERHAKIKAT,
BERHAKIKAT tidak BERSYARIAT. “
Tuan Guru Ustaz Anwar Helmy
12/06/2026