Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada murid :
1. Sufi Yusuf Bin Abdul Muizz (Prasekolah Bestari)
telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu, 13 Jun 2026.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa almarhumah, melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
SK Pulau Meranti
Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
14/06/2026
Rakaman lensa Sambutan Hari Lahir murid untuk Bulan Jun 2026 Sesi pagi.
14/06/2026
14/06/2026
β³ Hitung detik semakin hampir!
Peserta Kancil Science Competition, adakah anda sudah bersedia untuk menguji pengetahuan, kemahiran dan daya pemikiran saintifik anda?
Ayuh, buktikan kemampuan anda dan cipta kecemerlangan!
12/06/2026
π’ TAHNIAH & PENGHARGAAN π’
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. π€²π»
SK Pulau Meranti telah berjaya meraih Tempat Ketiga π₯ dalam pertandingan STEM Talent Show sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Selangor 2026 yang berlangsung pada 10β11 Jun 2026 di SK Lembah Beringin, Hulu Selangor.
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada :
π©π»βπ Puteri Adra Sofea binti Mohd Hafiz
(5 iOS)
π©π»βπ Nur Nafilah binti Badron (4 Bestari)
Guru Pembimbing & Pengiring:
π©π»βπ« Pn. Norsaliza binti Abd Ghani
π©π»βπ« Pn. Idayu binti Ayob
π¨π»βπ« En. Noorhisham bin Mohd Noor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru pembimbing, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sehingga pasukan STEM Talent Show SK Pulau Meranti berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.
Tahniah dan syabas! πβ¨
12/06/2026
Assalamualaikum w.r.t dan selamat sejahtera.
Hanya Pemimpin murid sahaja terlibat untuk Kursus Pemantapan Sahsiah Ketrampilan Pemimpin Sekolah 2026 esok.
11/06/2026
π’ HEBAHAN GURU BAHARU (SESI PETANG) SK PULAU MERANTI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Warga SK Pulau Meranti dengan penuh sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru baharu yang akan bersama-sama menyumbang bakti demi kecemerlangan sekolah.
π·Selamat Datang dan Selamat Bertugas π·
Cik Wan Nuralia Najihah binti Wan Aziz
Guru Opsyen Bahasa Melayu
π
Berkuat Kuasa: 10 Jun 2026
Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuhkan lagi usaha mendidik anak-anak murid serta menyumbang idea, tenaga dan komitmen ke arah kecemerlangan SK Pulau Meranti.
Seluruh warga sekolah mendoakan agar Cik Wan Nuralia Najihah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta berjaya menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Pulau Meranti.
"Bersama Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing."
10/06/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Telah berlangsungnya Karnival STEM Peringkat Daerah Sepang 2026 pada 12 hingga 13 Mei 2026 yang lalu.
Sepanjang karnival selama dua hari tersebut, SK Pulau Meranti telah menyertai lima kategori pertandingan KARNIVAL STEM.
Sukacita dimaklumkan bahawa empat daripada lima kategori yang disertai berjaya memperoleh kedudukan cemerlang.
Berikut merupakan pencapaian SK Pulau Meranti mengikut kategori pertandingan:
π STEM Talent Show : Johan
π₯ Dron Challenge : Naib Johan
π₯ Robot Battle Challenge : Tempat Ketiga
ποΈ Bridge Building Competition : Tempat Kelima
π Water Rocket Challenge : Penyertaan
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan sokongan penuh dalam persediaan murid sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Untuk makluman, pasukan STEM Talent Show SK Pulau Meranti meneruskan cabaran dengan mewakili Daerah Sepang ke peringkat negeri.
Hari ini pasukan STEM Talent Show kita sedang beraksi diKarnival STEM peringkat Negeri Selangor yang berlangsung selama dua hari (10-11 Jun 2026) bertempat di SK Lembah Beringin Hulu Selangor.
Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan dan perjuangan peserta serta guru pembimbing dipermudahkan, meneruskan kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri seterusnya berpeluang mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.
Tahniah warga SK Pulau Meranti! π
09/06/2026
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Sempena Majlis Apresiasi Guru Kaunseling Daerah Sepang yang telah berlangsung hari ini, Selasa (9 Jun 2026) di Dashbox Hotel Cyberjaya, SK Pulau Meranti telah berjaya menerima dua anugerah iaitu :
π Anugerah Unit Bimbingan dan Kaunseling Bestari 2025
π Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang (Sekolah Rendah) 2025
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Juli dan Puan Sugunah atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh warga SK Pulau Meranti atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan demi kesejahteraan dan kemenjadian murid.
Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Meranti! πππ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Puchong
47120