Al Kauthar Eduqids Puchong Utama

Al Kauthar Eduqids Puchong Utama

Share

Nursery & Preschool

15/06/2026

🌈 5 Tips Handle Anak Autism

1️⃣ Fahami Dunia Mereka
Setiap anak autism adalah unik. Cuba fahami cara mereka berfikir, berkomunikasi dan bertindak balas terhadap persekitaran. Elakkan membandingkan mereka dengan adik-beradik atau rakan sebaya.

2️⃣ Gunakan Arahan Yang Ringkas dan Jelas
Berikan arahan satu demi satu menggunakan ayat yang pendek dan mudah difahami.
✅ “Simpan mainan.”
✅ “Duduk atas kerusi.”
❌ Elakkan arahan yang terlalu panjang atau banyak langkah sekaligus.

3️⃣ Wujudkan Rutin Harian
Anak autism biasanya lebih selesa dengan rutin yang konsisten. Jadual harian yang teratur membantu mereka berasa tenang dan mengurangkan kebimbangan atau tantrum.

4️⃣ Berikan Pujian dan Galakan
Raikan setiap pencapaian walaupun kecil.
🌟 “Bagus, adik dah kemas mainan!”
🌟 “Hebat, adik dah cuba sebut perkataan itu!”
Pujian positif dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi mereka untuk belajar.

5️⃣ Banyakkan Aktiviti Bermain dan Hands-On
Anak autism belajar dengan lebih baik melalui pengalaman sebenar. Aktiviti sensori, seni, muzik, bermain air, memasak mudah dan eksplorasi alam dapat membantu perkembangan bahasa, fokus, sosial dan motor mereka.

💖 Pesanan untuk ibu ayah:
Anak autism bukan tidak boleh belajar, mereka hanya belajar dengan cara yang berbeza. Kesabaran, kasih sayang dan konsistensi adalah kunci utama dalam membantu mereka mencapai potensi terbaik.

“Perkembangan mungkin perlahan, tetapi setiap langkah kecil yang dicapai adalah satu kejayaan yang besar.” 🌈✨

13/03/2026

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan melebihi malam-malam sebelumnya. Inilah waktu yang sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Aisyah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam beribadah pada sepuluh malam terakhir, Baginda menghidupkan malam dengan ibadah dan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah.”
(Riwayat al-Bukhari)






17/02/2026

Kami warga Al Kauthar Eduqids mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026. Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha membuahkan kejayaan, dan setiap hari dipenuhi dengan kegembiraan serta keharmonian bersama insan tersayang. Gong Xi Fa Cai!






13/02/2026

🌙 5 Hari Lagi Nak Berpuasa…

Tak lama lagi kita akan sambut bulan mulia, Ramadan 🤍

Sudah bersedia?
Jom perbaiki diri, susun niat, dan gandakan doa.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya. 🤲✨







16/01/2026

The founders along with MARA Directors & Officers visited the new branch for the joint program under MARA Malaysia to ensure standards and quality are adhered to before operating. The priority is to monitor that all operators comply with SOP and have made preparations to launch the branch opening. 🩷💚





Photos from Al Kauthar Eduqids Puchong Utama's post 08/01/2026

Bismillahirahmanirrahim..

Jom Adam & Ayra Share 8 tips berkesan untuk ibu ayah mengurus separation anxiety anak (terutama umur 1–6 tahun) untuk anak yang baru masuk ke taska / tadika tahun ni .

Mesti ibu ayah tengok awal persekolahan anak-anak ada yang menangis mata sembab, ada yang balik lapar betul. Walaupun teacher dkt school dah bagi makan balik lapar sangat . (Sebab dia nak makan dengan ibu ayah nak attention nak cerita sbnrnya hari pertama dia takut , seronok, macam-macam lagi ☺️) sebab anak-anak ni first nak berjauhan atau ke tempat baru.. kdg2 mcm2 drama tauu ibu ayah. Mereka perlukan masa untuk biasakan diri..

Masa dah jumpa kawan-kawan dah seronok sekejap, nanti teringat ibu ayah menangis balik.. itu la moment-moment yang indah anak-anak nak membesar tau. Atau di panggil ‘Process Growing Up’ sebenarnya anak kita okay je. Tapi tu la moment dia nak sesuaikan diri. Kita jadi ibu ayah jangan berfikiran negatif tau! Kita support anak-anak kita supaya mereka jadi seorang anak yang berani, positif, kuat, cerdik dan pandai. 🫶🏻💪🏻





01/01/2026

Goodbye tahun lama, hello tahun baru ✨
Semoga tahun ini lebih baik, lebih tenang dan lebih banyak senyuman. Selamat Tahun Baru!








26/12/2025

Salam Jumaat Penghulu segala hari, Perbanyakkan selawat dan doa.








Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

No 24-1 Jalan PU 7/3 Pusat Bandar Puchong Utama
Puchong
41700

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 13:00