21/03/2026
Sekolah Kebangsaan St Francis Convent Kota Kinabalu
Page Rasmi Facebook SK St Francis Convent (M) Kota Kinabalu https://www.facebook.com/stfrancis.convent.10/
21/03/2026
20/03/2026
Warga SFC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua warga Muslim SFC yang menyambutnya. Semoga Syahwal kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat kita semua, luangkan masa bersama keluarga, hargai setiap detik yang ada pada hari yang mulia ini. Salam Aidil Fitri, maaf Zahir dan Batin.
14/02/2026
Warga SFC merakamkan Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua warga SFC yang menyambutnya. Semoga tahun Kuda ini membawa kejayaan dan rezeki yang lebih berbanding tahun tahun sebelumnya.πε°εζ.
24/12/2025
Warga SFC merakamkan Ucapan Selamat Hari Krismas 2025 dan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga SFC yang menyambutnya. Semoga semua bergembira bersama keluarga tersayang, rakan dan sanak saudara di hari yang mulia ini.
23/12/2025
MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 6 PERINGKAT SFC 2025-2026
π Tarikh : 17 .12. 2025 (Rabu)
β° Masa : 10.00am-3.30pm
π Tempat : Ballroom 7 Suria Hotel
Majlis perasmian dibuka tirai dengan doa berkat daripada Rev Fr Paul Lo, kemudian diteruskan ucapan alu-aluan oleh YBrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SK St Francis Convent dan seterusnya disempurnakan perasmian oleh YBhg Pn Catherine Chai EngSun, Pengerusi Pengelola Sekolah SFC.
Gimik perasmian turut diiringi oleh YBrs En Vivian Leong, Pengerusi PIBG Sekolah, YBrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SFC dan Rev Fr Paul Lo sekali.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua (guru-guru, murid-murid, ibu bapa) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis konvokesyen Tahun 6 2025 pada hari ini.
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang diraikan yang telah berjaya menamatkan persekolahan sekolah rendah. Semoga memori indah dan majlis penuh bermakna hari ini mampu meninggalkan kenangan buat anda sampai bila-bila. Tahniah juga kepada para penerima Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum dan Anugerah Tokoh Murid untuk tahun 2025, Semoga anda terus cemerlang di sekolah menengah p**a nanti dan dapat menjadi contoh kepada rakan rakan anda untuk terus mengecapi kecermelangan juga di semua bidang.
ALL THE BEST WISHES TO YOU...Ikhlas daripada semua guru dan warga SFC.
20/12/2025
MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SFC 2025-2026
π Tarikh : 13 .12. 2025 (Sabtu)
β° Masa : 10.00am-2.00pm
π Tempat : Dewan St Claire
Majlis perasmian telah dimulakan doa berkat oleh Rev Fr Paul Lo, diteruskan ucapan alu-aluan oleh Ybrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SK St Francis Convent dan disempurnakan perasmian oleh YBhg En Vivian Leong, Pengerusi PIBG SFC.
Gimik perasmian turut disertai oleh YBrs Pn Cathrine Chai Engsun, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, diringi YBrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SFC, Rev Fr Paul Lo dan barisan penolong kanan, ahli lembaga pengurusan sekolah dan AJK PIBG.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua (guru-guru, murid-murid, ibu bapa) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Tahniah kepada semua penerima anugerah kecermelangan murid meliputi pencapaian keseluruhan, UASA, Ko-Kurikulum, Kepimpinan badan-badan pengawas dan sebagainya. Anda semua layak diraikan untuk hasil yang telah anda usahakan setahun ini. Semoga kecemerlangan anda ini diteruskan untuk masa masa akan datang. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan.
20/12/2025
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2025/2026
π
Tarikh : 4.12.2025 (Khamis)
β°Masa : 9.00am-1.30pm
π² Tempat : Muzium Sabah
20/12/2025
Perhimpunan Sesi Pagi Minggu 39 2025/2026
π
Tarikh : 24.11.2025 (Isnin)
β°Masa : 7.00am-7.30am
π² Tempat : St Claire Hall
ππ₯π₯π₯ππ
Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada pelajar contoh setiap kelas melalui Program Spot Murni / Sahsiah Terbaik telah mengambil tempat dan telah disempurnakan oleh YBrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SK St Francis Convent (M) Kota Kinabalu diiringi oleh barisan penolong kanan sekolah yang lain. Sesi ini turut memberikan penghargaan kepada guru- guru kelas yang paling banyak memasukkan nilai murnimurid-murid kelas dalam sistem pelaporan sahsiah baik.
πππTahniah kepada semua pelajar yang terpilih sebagai Pemenang. Semoga sesi meraikan sebegini dapat menyuntik semangat murid-murid yang lain untuk mengikut dan menjadikan mereka sebagai teladan agar turut serta memperolehi kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diminati baik dari segi akademik,ko-kurikulum mahupun sahsiah.
11/12/2025
SFC 6th Annual Family Day 2025
π
Tarikh : 22/11/2025 (Sabtu)
β±Masa: 7.00am-1.00pm
πTempat: Dewan St Claire
Majlis dimulakan dengan doa Rev Fr Paul Lo bagi memberkati program hari ini dan diteruskan ucapan alu-aluan oleh Ybhg En Vivian Leong, YDP PIBG SFC. Upacara simbolik memotong kek Family Day oleh wakil wakil jemputan sebagai pembuka tirai perasmian aktiviti Family day hari ini. Acara ini diringi oleh Ybrs Pn Darliani Gitom, Guru Besar SFC, Ybhg Pn Catherine Chai, Pengerusi lembaga pengelora sekolah, barisan penolong kanan, AJK lembaga pengelora sekolah dan AJK PIBG.
Program Family Day dimeriahkan dengan persembahan tarian daripada murid tahun 1 hingga tahun 6 dan diselang-selikan dengan sesi cabutan bertuah. Tahniah admin ucapkan kepada semua yang bertuah pada hari ini.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG sekolah sebagai pengelola utama dengan sokongan padu semua (guru-guru, murid-murid, ibu bapa) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program pada hari ini.
Tidak lupa juga dengan agensi- agensi luar yang turut serta dalam menyokong aktiviti hari ini dengan membuat pameran / perkhidmatan / booth informasi / jualan dan sebagainya.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga dengan sokongan berterusan anda semua PIBG SFC dapat sentiasa mencari dana untuk menyokong pembangunan program / aktiviti yang memerlukan dana ,begitu juga dengan bantuan kebajikan kepada warganya khasnya murid yang kurang mampu. AMARE ET SERVICE. Tuhan memberkati anda semua.
20/11/2025
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SFC 2025
π
Tarikh : 13.11.2025 (Khamis)
β°Masa : 8.30am-11.30am / 1.30pm-2.30pm
π² Tempat : St Claire Hall / Kelas
πΈπ¦ΈββοΈπ¦ΉββοΈπ¦ΉββοΈπ§ββοΈπ§ββοΈπ§ββοΈπ§βππ₯·
Majlis sambutan telah disempurnakan oleh YBrs Pn Helis Alip, Penolong Kanan Pentadbiran SK St Francis Convent (M) Kota Kinabalu mewakili Guru Besar diiringi oleh barisan penolong kanan sekolah yang lain.
πππSyabas admin ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dalam kesemua persembahan hari ini. Mantap dan WOW!!!. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan kostum kategori kelas dan individu hari ini termasuk juga pemenang dari kategori guru. Anda semua kelihatan luar biasa hari ini. Awesome!!!
πππππ€ΉββοΈπ©πΏπ°π¦πππππ₯ππππ«π
Hari ini merupakan hari anda. Bergembiralah bersama kawan -kawan anda. Tanamkan impian besar anda tidak kira kecil ataupun besar. May your childhood Dream come true one Day.Who knows...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Sabah
Opening Hours
| Monday | 19:00 - 05:00 |
| Tuesday | 19:00 - 05:00 |
| Wednesday | 19:00 - 05:00 |
| Thursday | 19:00 - 05:00 |
| Friday | 19:00 - 05:00 |