21/05/2026
Sumbangan air sempena KEJOHANAN SUKAN SK KHIR JOHARI
1. Sidang Mohd Rafi bin Salleh JPKK BT 40
2. En. Mohd Zaki Bin Basar JPKK Tebuk Pulai
3. Encik Azli bin Ahmadon,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
21/05/2026
KARNIVAL BAHASA TAMIL ( Sentamil Vizla) -SJKT Ladang Sabak Bernam - 8pg - 12 tgh.
Keputusan pertandingan bercerita:
Yaathumitaa - Johan
Poosha & Dharsaini - Tempat ketiga
Pertandingan aathichudi
Puvaneswaran - tempat ketiga
21/05/2026
JOHAN KESELURUHANπππ
KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM (KASTED) 2026
Dengan penuh rasa syukur dimaklumkan bahawa sekolah kita telah berjaya dinobatkan sebagai π JOHAN KESELURUHAN Karnival STEM (KASTED) 2026 buat 2 tahun berturut-turut.
Antara pencapaian yang berjaya diraih ialah:
π₯ Water Rocket Challenge β Johan
π₯ Bridge Building β Naib Johan
π₯ STEM Talent Show β Naib Johan
π₯ Innovators of Tomorrow β Naib Johan
π₯ Drone Challenge β Naib Johan
π
Robot Battle β Tempat Ke-4
π
Jurutera Air β Tempat Ke-4
Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru pembimbing, ibu bapa serta semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung .
Tak kisah yang berdiri di depan, di belakang tabir, yang membantu diam-diam atau yang sentiasa bagi semangat⦠semua ada bahagian dalam kejayaan ini.
Penat lelah, masa dan usaha yang dicurahkan akhirnya terbayar dengan satu kemenangan yang cukup bermakna buat kita semua.TAHNIAHππ
Tahniah Team STEM Joharians...
ππππΉπΉπΉπππ
Berjaya menjadi Johan Keseluruhan Karnival STEM peringkat daerah Sabak Bernam..
ππππππππππ
21/05/2026
Program Ceramah dan Pameran AADK
Masa: 8:00 hingga 10:30 pagi
Tempat: Dewan Tertutup SKKJ (ceramah) dan Arena Joharian (Pameran AADK)
Sasaran: Murid Pra sekolah, murid Tahun 1 -6 dan murid PPKI.
Anjuran : Unit PPDa HEM
Program Ceramah dan Pameran Antidadah & Rokok "Saya Sayang Diri Saya" oleh Pn. Norhanani binti Handali. Penolong Pegawai Antidadah. AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SABAK BERNAM (AADK)
08/05/2026
Salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam bersatu mencegah perbezaan
Kami memerlukan Dana daripada tuanΒ² dan puanΒ² yang bermurah hati dan ingin berkongsi rezeki.
08/05/2026
π’ *MAKLUMAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026*
Dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Tahunan 2026 SK Khir Johari akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
β° Masa: 7.30 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Padang SK Khir Johari, Sabak Bernam
π Perasmian Pembukaan oleh:
YB Datoβ Haji Rizam bin Haji Ismail
EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor
ADUN N01 Sungai Air Tawar
π
Perasmian Penutupan oleh:
Tuan Samad bin Hashim
Penyelaras DUN N02 Sabak
π Sepanjang kejohanan berlangsung, turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.
π Selain itu, terdapat juga jualan gerai yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman.
Semua ibu bapa/penjaga serta warga sekolah dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan ini serta memberi sokongan kepada para atlet rumah sukan.
Kehadiran dan sokongan semua amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
26/03/2026
π’ MAKLUMAN CUACA PANAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Merujuk kepada Kenyataan Media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 25 Mac 2026, semua institusi pendidikan diminta untuk meningkatkan persediaan serta melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas.
Sehubungan itu, pihak SK Khir Johari, Sabak Bernam mengambil langkah proaktif bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.
Antara langkah yang dilaksanakan:
π Menangguhkan aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35Β°C
π Memantau aktiviti murid yang terdedah kepada cuaca panas
π§ Memastikan bekalan air minuman mencukupi
π₯€ Menggalakkan murid membawa air minuman sendiri
π§ Mengingatkan murid minum air secukupnya bagi mengawal suhu badan
π₯ Bersedia mendapatkan rawatan sekiranya berlaku komplikasi kesihatan
Selain itu, pemakaian pakaian sukan yang sopan juga dibenarkan mengikut kesesuaian semasa cuaca panas.
Kerjasama ibu bapa/penjaga amatlah dihargai dalam memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Zool Fadli Mohd Said
Guru Besar
SK Khir Johari
Sabak Bernam
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Tulus ikhlas dari kami warga JOHARIAN
.hari.raya