Hari: Rabu
Tarikh: 22/4/26
Kelas: 5 Ibnu Khaldun
❤️SAINS AWAL
( Deria saya)
✨Ulang kaji
🎯 Objektif Pembelajaran
Pada akhir PdPc, murid dapat:
✨Menyebut lima deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit dengan betul.
✨Mengenal pasti organ deria melalui gambar atau objek yang ditunjukkan.
✨Menyatakan fungsi setiap deria dengan tepat
(contoh: mata untuk melihat, telinga untuk mendengar).
✨Memadankan deria dengan fungsinya melalui aktiviti yang dijalankan.
✨Menggunakan deria dalam situasi harian secara lisan
(contoh: “Saya guna hidung untuk bau makanan”).
✨Memberi respon terhadap rangsangan deria melalui aktiviti seperti melihat, mendengar dan menyentuh.
Al Aafiyah Islamic Preschool
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Aafiyah Islamic Preschool, Education, No 781, Jalan Scientex Utama 8, Taman Scientex Utama Senai, Senai.
Tadika Al Aafiyah
J5A8122
202303180553 (KT0550661-A)
> Kaedah Cepat Baca (Bahasa Melayu)
> Kaedah I Can Read (English)
> Kaedah Bacalah Jawi
> Kaedah Cepat Membaca Al Quran (Al Barqy)
> Eksperimen Sains Awal
> Praktikal Solat & Hafazan
Hari: Selasa
Tarikh: 21/4/2026
Kelas: 6 Ibnu Abbas
Tajuk Aktiviti:
➕ Addition
Objektif:
1. Murid dapat memahami konsep asas operasi tambah (+).
2. Murid dapat mengira jumlah objek (contoh: segi tiga) dengan betul.
3. Murid dapat mengaitkan simbol nombor dengan kuantiti sebenar.
4. Murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah mudah.
5. Murid dapat fokus dan melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti dijalankan.
Hari:Selasa
Tarikh:21/4/2026
Kelas:4 Ibnu Sina
Matematik
Tajuk Aktiviti:
🎯 Padanan Nombor
Objektif:
1. Murid dapat mengenal nombor asas (2, 4, 6, 8, 10).
2. Murid dapat memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul.
3. Murid dapat meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata semasa menampal/menyusun.
4. Murid dapat mengasah kemahiran berfikir secara logik dan fokus semasa aktiviti dijalankan.
Hari: Selasa
Tarikh: 21/4/2026
Kelas: 5 Ibnu Khaldun
❤️MATEMATIK= Operasi tolak
❤️ulang kaji
🌈Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menolak nombor dalam lingkungan 10 menggunakan objek konkrit dengan betul.
2. Mengenal pasti dan mempangkah objek yang ditolak dengan tepat.
3. Menyatakan baki hasil penolakan secara lisan dengan betul.
4. Menulis jawapan bagi operasi tolak dengan betul.
5. Mencapai sekurang-kurangnya 3 daripada 5 item dengan menulis jawapan di papan tulis di hadapan guru.
Hari: Khamis
Tarikh: 16/4/2026
Kelas: 4 Ibnu sina, 5 Ibnu khaldun & 6 Ibnu Abbas
Aktiviti Fizikal
“Larian Kon dan Pindah Bola” 🟣⚽
Objektif Aktiviti:
1. Meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui pergerakan berjalan, membongkok dan mengelak kon.
2. Melatih koordinasi mata dan tangan semasa mengambil serta memindahkan bola.
3. Menggalakkan keseimbangan badan ketika bergerak di antara halangan (kon).
4. Membina kemahiran fokus dan kawalan diri semasa menyelesaikan tugasan.
5. Memupuk kerjasama dan giliran bermain dalam kalangan kanak-kanak.
Hari: Rabu
Tarikh: 15/4/2026
Kelas: 4 Ibnu Sina & 5 Ibnu Khaldun & 6 Ibnu Abbas
🫧 SAINS EKSPERIMEN
🌈 Eksperimen Bubble Rainbow (Gelembung Pelangi)
📌 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
🫧 Memerhati perubahan campuran air, sabun dan pewarna makanan menggunakan deria penglihatan.
🫧 Mengenal dan menyebut sekurang-kurangnya tiga warna yang terhasil daripada eksperimen.
🫧 Menerangkan secara ringkas pembentukan buih berwarna dengan bimbingan guru.
🫧 Menghasilkan buih pelangi melalui aktiviti meniup dengan cara yang betul.
🫧 Mengelaskan buih mengikut saiz (besar dan kecil) berdasarkan pemerhatian.
🫧 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti eksperimen dengan mematuhi arahan guru.
Hari: Selasa
Tarikh: 14/4/2026
Kelas: 5 Ibnu Khaldun
📝 MATEMATIK AWAL
⭐️(Susunan nombor
menaik & menurun)
📌Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
🌸 Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan
🌸 Membilang nombor secara tertib menaik dan menurun
🌸 Menyusun nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun
🌸 Menulis nombor 1 hingga 10 di papan tulis dengan cara yang betul
🌸 Mengecam nombor secara rawak
Hari: Isnin
Tarikh: 13/4/2026
Kelas: 4ibnu sina,5ibnu khaldun & 6ibnu abbas
Pemeriksaan mata murid-murid Tadika Al Aafiyah bersama Jays Optometry Taman Scientex Utama Senai.
Hari:Khamis
Tarikh:9/4/2026
Kelas: 4ibnu sina,5ibnu khaldun & 6ibnu abbas
Aktiviti Fizikal
🌹Memasukkan Bola ke Dalam Gelung🌹
Objektif Aktiviti:
1. 🎯 Mengembangkan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam aktiviti memasukkan bola ke sasaran.
2. 🏃♂️ Meningkatkan kemahiran motor kasar melalui pergerakan membawa dan meletakkan bola.
3. 🧠 Membina keupayaan fokus dan kawalan diri semasa melaksanakan tugasan.
4. 🤝 Memupuk kemahiran sosial seperti menunggu giliran dan bekerjasama.
5. 😊 Menggalakkan penglibatan aktif dan keyakinan diri dalam aktiviti fizikal.
Hari:Rabu
Tarikh: 8 April 2026
Kelas: 4 IS & 5 IK & 6 IA
📚SAINS AWAL
🖼️ Melihat permandangan alam sekitar
📌Objektif Pembelajaran📌
1. Murid dapat memerhati dan menyatakan elemen alam sekitar seperti pokok, langit, awan dan haiwan.
2. Murid dapat menyebut sekurang-kurangnya 3 benda hidup yang dilihat di persekitaran.
3. Murid dapat membezakan benda hidup dan bukan hidup berdasarkan pemerhatian.
4. Murid dapat menggunakan deria (mata, telinga) untuk meneroka alam sekitar.
5. Murid dapat menceritakan semula pengalaman melihat pemandangan alam sekitar dengan ayat mudah.
6. Murid dapat menunjukkan sikap menghargai alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata dan menghargai keindahan alam sekitar
20/04/2026
Hari:Selasa
Tarikh:7/4/2026
Kelas:6 Ibnu Abbas
Pendidikan Islam
Tajuk:
🌙 Amalan Bulan Ramadan & Kelebihan Berpuasa
Objektif:
1. Murid dapat membaca dan memahami niat puasa dengan betul.
2. Murid dapat menyenaraikan kelebihan berpuasa seperti badan sihat dan otak cerdas.
3. Murid dapat mengenal pasti amalan baik di bulan Ramadan seperti solat tarawih, membaca al-Quran dan bersedekah.
4. Murid dapat menulis dan menyalin perkataan dengan kemas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Senai
81400
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 18:30 |
| Tuesday | 07:30 - 18:30 |
| Wednesday | 07:30 - 18:30 |
| Thursday | 07:30 - 18:30 |
| Friday | 07:30 - 18:30 |