19/05/2025
Jom join NCDC Community untuk dapatkan maklumat/hebahan terkini ๐
National Child Data Centre (NCDC) is owned by the NCDRC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.
It consists of more than 70,000 data collected from children in Malaysia. The main stakeholders of NCDC are PERMATA, KEMAS, YPKT & SWD
19/05/2025
Jom join NCDC Community untuk dapatkan maklumat/hebahan terkini ๐
18/04/2025
Kolaborasi Pelaporan Sistem NCDC: NCDRC Perkukuh Sinergi dengan Felo Penyelidik
Oleh: Dr Harnani Mat Zin
Kuala Lumpur, 11 April 2025 โ Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama felo penyelidik NCDRC dalam usaha memperkukuhkan pelaporan dan penggunaan data daripada Sistem Pangkalan Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
Dua orang felo penyelidik yang baru dilantik iaitu Profesor Rohana Jani dan Dr Alias Abd Aziz merupakan pakar dalam bidang statistik dan data analitik.
Pertemuan dan perbincangan yang telah berlangsung lebih 2 jam ini telah membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan perkembangan kanak-kanak di Malaysia.
Sesi ini bertujuan untuk menyelaras keperluan pelaporan sistem NCDC secara lebih sistematik serta mengenal pasti peluang bagi membentangkan penemuan dan dapatan data di pelbagai platform ilmiah, forum kebangsaan dan antarabangsa, dan sebagainya.
Perbincangan melibatkan perkongsian idea dan cadangan strategik daripada para felo penyelidik mengenai cara terbaik untuk memperluas impak data NCDC dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, serta penggubalan dasar berasaskan bukti.
Menurut Pengarah NCDRC, Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa, sesi ini adalah satu langkah penting ke arah memperkemas pelaporan NCDC agar lebih komprehensif dan berdaya guna.
โData yang dikumpulkan melalui sistem NCDC bukan sahaja penting dalam menilai tahap perkembangan kanak-kanak secara berterusan, malah berpotensi besar dalam menyumbang kepada wacana ilmiah serta pembentukan akta dan polisi negara,โ katanya.
Antara topik yang turut disentuh termasuklah keperluan standardisasi laporan, kaedah pelaporan data dan output yang negatif, serta penyediaan platform untuk penyelidik berkongsi hasil kajian mereka kepada masyarakat secara lebih meluas.
Felo penyelidik luar yang baru dilantik, Profesor Dr Rohana menyatakan rasa gembira di atas pelantikan ini. Beliau berbesar hati untuk dapat menyumbangkan kepakaran yang dimiliki untuk membantu pihak NCDRC melaporkan data 10 tahun yang telah dikumpulkan melalui sistem NCDC.
NCDRC turut menyatakan komitmen untuk terus menyokong para felo penyelidik dalam meneroka peluang penyelidikan dan penerbitan yang berteraskan data sistemik, sejajar dengan misi pusat dalam memperjuangkan kesejahteraan dan perkembangan pendidikan menyeluruh kanak-kanak di Malaysia.
Sesi ini diakhiri dengan cadangan perbincangan lanjutan secara lebih mendalam untuk meneliti mekanisme pelaporan serta strategi pembentangan data NCDC secara berperingkat.
18/12/2024
17 Disember 2024 - NCDRC telah menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Tuan Zairudddin Bin Mat Zuini. Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan penyelarasan libat urus Sistem National Child Data Center (NCDC) antara KEMAS dan NCDRC. Untuk rekod, KEMAS telah menggunapakai NCDC sejak dari awal pelancaran versi pertama pada 2014 dan sehingga kini NCDC 2.0 masih digunakan bagi menguruskan data 569 buah TASKA KEMAS diseluruh negara. Melalui Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS, kerjasama NCDRC dan KEMAS menerusi pembangunan modul e-Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di NCDC 2.0 akan memudahkan pendidik serta memastikan kualiti pengajaran yang terbaik boleh dilaksanakan di TASKA KEMAS.
10/12/2024
29 November 2024 - UPSI dan NCDRC amat berbesar hati kerana Sistem National Child Data Centre (NCDC 2.0) telah terpilih untuk dilancarkan di Festival of IDEA Putrajaya (FOI 2024) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud. Pelancaran ini mencerminkan NCDC 2.0 sebagai sebuah produk idea yang inovatif dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan TASKA di Malaysia serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
20/11/2024
TASKA lama tak keluarkan kanak-kanak atau kakitangan? gunakan ciri terbaru ini. Hanya di NCDC 2.0 ๐
30/10/2024
Tanjong Malim, 30 November 2023. Perbincangan berkenaan pembukaan akses Beta Release NCDC 2.0 antara pasukan pembangun Sistem NCDC dan Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Prof Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa telah diadakan. Pembukaan ini adalah bertujuan bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman menggunakan NCDC 2.0 dan merupakan sebahagian dari proses transisi dari sistem NCDC 1.0.
25/01/2022
[๐๐๐ค๐๐ฆ ๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ฆ๐]
Pernahkan anda tertanya apa perisian yang sesuai digunakan untuk rakam skrin komputer anda?
Anda nak buat:
Video pembentangan/pitching.
Video mengajar
Video berucap
Rakaman kelas online
Dan lain-lain.
Sebenarnya, terdapat perisian yang sangat mudah digunakan iaitu OBS Studio.
Unit Sistem Data & IT, Pusat Penyelidikan Kanak-kanak Negara (NCDRC) akan menganjurkan Webinar bersiri untuk berkongsi tentang perkara ini bertujuan membantu anda tingkatkan kemahiran IT.
Tarikh: 27 Januari 2022 (Khamis)
Masa: 3 PM
Link: FB live Malaysia National Child Data Centre - NCDC
https://www.facebook.com/ncdcupsi/
Semoga perkongsian ini dapat membantu usahawan, guru-guru taska/tadika dan pendidik yang memerlukan.
03/01/2022
About NCDC
The National Child Data Centre (NCDC) is a web-based system that collects data from birth to four (4) years of age, attending the child care programme or better known as TASKA.
Apart from keeping record on the childโs basic profile, the NCDC system focuses on early childhood development data, based on developmental milestones as stated in the PERMATA curriculum.
The data collected are used to support and empower early childhood care and education (ECCE) in terms of socio-economic development, research, improvement of national policies and policies and early awareness programs
NCDC MOBILE APPS
Mobile devices and applications are changing the way individuals gather, process and share information. A development of such application, which applies to document and records childโs development and activity throughout their days at the childcare centre.
The apps also enable teachers to record daily child attendance, including daily childโs temperature to ensure the child is healthy enough to enjoy care and education. This apps is free for teachers and parents to have instant access related to their child development and activity. Thus, it is very useful to track and monitor the growth of the children in their first 5 years.
| Monday | 08:00 - 19:00 |
| Tuesday | 08:00 - 19:00 |
| Wednesday | 08:00 - 19:00 |