RMIC UPSI

RMIC UPSI

Share

Official page for Research Management Innovation Centre (RMIC), UPSI RMIC Space Booking Form : https://bookingspacermic.setmore.com/

Visi : Menjadi pusat pengurusan penyelidikan, perundingan, inovasi, dan pengkomersialan yang cemerlang selari dengan halatuju Universiti Pendidikan Sultan Idris. Misi: Mengurus aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan dalam konteks untuk membangunkan modal insan agar selari dengan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12/06/2026

Kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, En. Abd Shukor Jamaluddin, ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 11 Jun 2026 telah diadakan bersama Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar.

Perbincangan turut melibatkan peluang kerjasama penyelidikan di Antartika serta pengukuhan jaringan strategik antara YPASM dan UPSI di bawah Program Smart Partnership Initiative.

Turut hadir ialah Dr. Tamalia Amanda Putri Othman (Ketua Sains & Kerjasama Strategik YPASM), Dr. Norlaile Salleh Hudin (Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Penyelidikan, RMIC UPSI), Dr. Nor Masharah Husain (Timbalan Pengarah Data & Perancangan Strategik, RMIC UPSI), Dr. Syazwan Saidin (Penyelaras Pemantauan Penyelidikan, RMIC UPSI), Prof. Madya ChM. Dr. Noorshida Mohd Ali (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Sains & Matematik UPSI), dan Dr. Intan Suria Hamzah (Penyelaras Penyelidikan RMIC UPSI).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada RMIC UPSI atas jemputan dan kesudian menerima kunjungan YPASM. Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berimpak di bawah inisiatif Smart Partnership Initiative YPASM.


Photos from RMIC UPSI's post 05/06/2026

4 & 5 Jun 2026 | Khamis & Jumaat | Tanjong Malim

Pembentangan Laporan Akhir Geran Penyelidikan Universiti (GPU) tahun 2020-2023 dan Pencapaian Prestasi Geran Penyelidikan Universiti (GPU) tahun 2023-2025 anjuran Unit Pengurusan Penyelidikan RMIC UPSI.

RMIC mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen dan dedikasi Dekan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) dan Pembantu Tadbir bahagian 4P setiap 10 fakulti di UPSI yang hadir pada pembentangan ini.




26/05/2026

Seluruh keluarga RMIC UPS dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga roh pengorbanan dan kesyukuran sentiasa menjadi amalan kita sepanjang masa. Semoga segala ibadah korban diterima Allah SWT.

Photos from RMIC UPSI's post 20/05/2026

20 Mei 2026 | Rabu | Google Meet

Bitara Scholar@RMIC Siri 1/2026 : Write it Right-Converting Industrial Reports into Technical Reports telah dianjurkan oleh Unit Data & Perancangan Strategik RMIC, secara dalam talian.

Perkongsian disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zuraida Abal Abas, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berfokus kepada pengubahan Laporan Latihan Industri kepada Laporan Teknikal.

RMIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang meluangkan masa menyertai webinar ini.



Photos from RMIC UPSI's post 20/05/2026

✨ Malam Budaya Cipta
International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2026 (ITEX 2026)✨

Sekitar majlis meraikan kejayaan para penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berjaya meraih Pingat Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2026 πŸ₯‡πŸ†

Turut hadir memeriahkan dan meraikan majlis ialah Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar, TNCPI UPSI dan Prof. Madya Dr. Lena Farida binti Hussain Chin, Pengarah RMIC UPSI ✨

Tahniah dan syabas kepada semua penyelidik atas pencapaian yang membanggakan πŸ’«

Photos from RMIC UPSI's post 19/05/2026

πŸ“… 19 Mei 2026
πŸ“ KLCC Convention Centre

Tahniah Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa dan Dr. Romarzila Omar bersama ahli-ahli penyelidik atas kejayaan meraih Pingat Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2026! πŸ₯‡πŸŒŸ

Pencapaian ini amat membanggakan dan membuktikan komitmen serta kecemerlangan dalam bidang inovasi dan penyelidikan πŸš€βœ¨










Photos from RMIC UPSI's post 18/05/2026

πŸ“ KLCC Convention Centre
πŸ“… 18 Mei 2026 | Isnin

UPSI kembali beraksi di ITEX 2026! πŸš€βœ¨
Hari pertama di Booth UPSI menampilkan pelbagai hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi dikomersialkan untuk manfaat industri dan masyarakat.

β€œInovasi bukan sekadar idea, tetapi impak untuk masa depan” πŸ’‘πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih atas sokongan berterusan dalam memperkasa pendidikan dan inovasi negara.

Photos from RMIC UPSI's post 13/05/2026

12 Mei 2026 (Selasa)

Hari kedua Program Bootcamp Siri 2 β€˜R2C (Road-to-Commercialization) Bootcamp UPSI 2026’ bersama MRANTI telah diteruskan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada penilaian potensi produk serta hala tuju pengkomersialan.

Para peserta turut didedahkan dengan sesi Commercial-readiness assessment, 360Β° screening on project viability serta penyediaan Commercialisation Action Plan bagi membantu memperkukuh strategi pembangunan dan pengkomersialan produk inovasi berasaskan penyelidikan.

Semoga program ini terus memberi manfaat dan menjadi platform terbaik dalam melahirkan inovasi yang berimpak tinggi serta berpotensi untuk dikomersialkan.

Photos from RMIC UPSI's post 12/05/2026

11 Mei 2026 (Isnin)

Hari pertama Program Bootcamp SIRI 2 β€˜R2C (Road-to-Commercialization) Bootcamp UPSI 2026’ bersama MRANTI telah berlangsung dengan lancar.

Sepanjang sesi, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada pengkomersialan serta hala tuju program. Turut diadakan sesi pitching idea yang memberi peluang kepada peserta membentangkan cadangan masing-masing serta menerima maklum balas daripada fasilitator.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan membantu peserta dalam memperkukuh idea ke arah pengkomersialan.

Photos from RMIC UPSI's post 08/05/2026

πŸ“… Hari 3 | Penutup Bengkel Draf Paten 2026 bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Hari terakhir bengkel memberi tumpuan kepada proses akhir permohonan paten yang merangkumi:

πŸ”Ή Mengisi borang-borang pendaftaran paten
πŸ”Ή Semakan kualiti spesifikasi dan borang pendaftaran
πŸ”Ή Pengenalan laporan pemeriksaan substantif
πŸ”Ή Tips menjawab laporan pemeriksaan substantif

Bengkel diakhiri dengan sesi penutup serta perkongsian akhir bagi memperkukuh pemahaman peserta dalam proses penyediaan dan pendaftaran paten secara lebih sistematik dan berkualiti.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Research Management And Innovation Centre (RMIC) Research Management And Innovation Complex, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00