04/06/2026
Berita Baik Untuk Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bantuan Kebajikan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi (FPE) - UPSI The Faculty of Management and Economics obtained the Certificate of ISO 9001: 2000 on the 18th November 2003.
The Faculty of Management and Economics was formerly known as Faculty of Business and Economics was established on November 2002 in accordance with the development of Universiti Pendidikan Sultan Idris. The establishment of the faculty was in line with government’s vision that is to produce teachers who are professionals in the field of management, accountancy and economics to cater to the needs o
04/06/2026
Berita Baik Untuk Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bantuan Kebajikan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris
23/05/2026
INVITATION TO PARTICIPATE IN THE SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2026 (SPK2026) – Call for Papers & Innovation Submissions
📅 Date: 30 July 2026
💻 Platform: Online
🌐 Registration Website: https://seminarfpe.wixsite.com/spk2026
📌Important Dates:
• 24 May 2026 – Submission of article and poster abstracts opens
• 24 June 2026 – Submission of full papers for review
• 24 July 2026 – Submission of camera-ready papers & innovation posters
• 30 July 2026 – Seminar Day
“Strengthening Impact, Preserving Values”
Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2026 (SPK2026)
20/05/2026
Sekalung Tahniah YBhg. Dato' Saniza binti Said!
01/05/2026
Kami, seluruh warga Fakulti (FPE), dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Prof. Madya Dr. Mohd Asri Bin Mohd Noor atas segala jasa, kepimpinan, serta bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh menerajui fakulti ini.
Kepimpinan beliau bukan sekadar satu tanggungjawab, malah merupakan satu inspirasi yang telah membentuk warga fakulti yang berdaya saing, berintegriti, dan sentiasa memburu kecemerlangan. Melalui visi beliau, FPE telah berjaya memperkukuh kedudukan melalui pelbagai inisiatif strategik, termasuk penjanaan pendapatan yang mapan, sekaligus mengangkat martabat fakulti ke tahap yang lebih membanggakan.
Segala memori indah dan pencapaian bermakna yang telah dilakar bersama akan sentiasa menjadi panduan dan inspirasi buat kami meneruskan perjuangan ini.
Semoga Prof. Madya Dr. Mohd Asri terus dilimpahi kejayaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kecemerlangan di tempat baharu. Segala jasa dan bakti yang ditaburkan akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah kami di FPE.
"Pohon jeruju di tepi perigi,
Dahan meranti tumbuh merata;
Budi dan jasa tetap terpatri,
Dalam ingatan sepanjang masa."
18/04/2026
Tahniah kepada Pensyarah Fakulti yang di ikhtiraf sebagai CPA Australia Members.
17/04/2026
Mesyuarat dan Audit Lokasi Program Diploma Keusahawanan Pelita Budiman di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat dan Audit Lokasi bagi pelaksanaan Program Diploma Keusahawanan Pelita Budiman telah dilaksanakan di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah pada 17 April 2026 (Jumaat). Jawatankuasa Panel Penilai bagi mesyuarat audit lokasi ini terdiri daripada Prof Madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor (Dekan, FPE), Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd Latif (Pengarah WEZAS), Puan Suhaila Binti Sidek (Ketua Timbalan Pendaftar, BHEA), Dr. Suzyanty binti Mohd Shokory (Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan , FPE), Dr. Raja Nazim bin Raja Abdullah (Penyelaras Program Diploma Keusahawanan, FPE) dan Puan Sabariah binti Thambi (Pegawai Tadbir, BHEA).
Tujuan mesyuarat dan audit ini adalah untuk menilai kesesuaian lokasi serta kemudahan yang disediakan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
02/04/2026
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Zahari bin Hashim, Pesara Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah kembali ke rahmatullah.
Seluruh warga FPE, UPSI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
02/04/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, pada 1.4.2026, FPE menerima kehadiran seorang pensyarah baharu iaitu *DR. NUR SYAIRAH BINTI ANI* di bawah Jabatan Perakaunan dan Kewangan.
Pihak fakulti mengucapkan selamat datang kepada Dr. Nur Syairah binti Ani ke keluarga FPE 🌹
30/03/2026
SALAM TAKZIAH
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Puan Norlida binti Hamid @ Ahmad, isteri kepada Encik Muhammad Sharony, yang juga merupakan staf Fakulti Pengurusan dan Ekonomi.
Seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas pemergian Allahyarhamah.
Semoga segala jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di universiti ini diberkati oleh Allah SWT. Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
20/03/2026
Ikan gelama si ikan pari,
Masak lemak di dalam kuali,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah dan silap harap dimaafi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami warga Fakulti Pengurusan dan Ekonomi.
| Monday | 08:05 - 17:00 |
| Tuesday | 08:05 - 17:00 |
| Wednesday | 08:05 - 17:00 |
| Thursday | 08:05 - 17:00 |
| Friday | 08:05 - 17:00 |