Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI)

Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI)

Share

Selamat datang ke laman rasmi Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI).

Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) adalah sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Education Malaysia Egypt (EME), ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Kuliah Ulum Islamiah, di samping mengeratkan hubungan di antara ahli. PMUI mengorak langkah membawa visi Taqwa, Thaqafah, dan Dakwah dengan menyediakan suatu lapangan kepada ahli dalam membentuk pemikiran Islam yang be

13/06/2026

[POSTER PEMBAWAAN BIAH SOLEHAH]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang musim peperiksaan, pihak Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) ingin berkongsi beberapa peringatan dalam menyempurnakan amal sebagai muslim yang berusaha menuntut ilmu agama.

Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍۢ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۭ ۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah agar kamu bersyukur.”
(Surah Ali ’Imran: 123)

Marilah kita semua mengingati bahawa setiap kejayaan adalah daripada Allah. Sebagaimana Allah mengurniakan kemenangan kepada kaum Muslimin ketika mereka berada dalam keadaan lemah, demikian juga kita memohon pertolongan Allah dalam menghadapi peperiksaan.

Sedangkan Nabi ﷺ sendiri sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah, maka janganlah kita sombong sehingga enggan merendahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

“Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”

“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Team Dakwah dan Musyrif,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

Photos from Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI)'s post 01/06/2026

[ KEMPEN IJTIHAD | LAPORAN PELAKSANAAN KELAB DARS (TUTORIAL) ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena imtihan nihaie Kuliah Ulum Islamiah, Lajnah Akademik & Thaqafah PMUI telah menganjurkan kelas tutorial khas buat mahasiswa dan mahasiswi Kuliah Ulum Islamiah. Program ini dilaksanakan secara berperingkat pada akhir bulan Mei 2026.

Berikut merupakan barisan tenaga pengajar yang terlibat:

🔵 Ikhwah
📖 Ustaz Asyraf Hamdi bin Mohd Bakri
📖 Ustaz Muhammad Badrulmunir bin Mohd Khairy
📖 Ustaz Muhammad Hakim Azhar bin Mohd Radzi
📖 Ustaz Muhammad Hasan bin A Hamid
📖 Ustaz Muhammad Amin bin Zulyasra

🟣 Akhawat
📖 Ustazah Ednyleeya binti Soehed Kusumat Madja
📖 Ustazah Nurussyifa’ Zahidah binti Mohamad Diah
📖 Ustazah Aisyah Nabilah binti Khairunnazir
📖 Ustazah Nur Khairina Alya binti Khairil Akram
📖 Ustazah Aliya Farhana binti Mohd Nasir

Inisiatif ini bertujuan membantu ahli PMUI membuat persediaan menghadapi imtihan, di samping memperkukuh prestasi akademik di kuliah.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua.

“Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”

“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Pengarah,
Kempen IJTIHAD,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

31/05/2026

[TAQWIM WAKTU SOLAT BULAN JUN 2026]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT:

فَاِذَا انْسَلَخَ الۡاَشۡهُرُ الۡحُـرُمُ فَاقۡتُلُوا الۡمُشۡرِكِيۡنَ حَيۡثُ وَجَدْتُّمُوۡهُمۡ وَخُذُوۡهُمۡ وَاحۡصُرُوۡهُمۡ وَاقۡعُدُوۡا لَهُمۡ كُلَّ مَرۡصَدٍ‌ ۚ فَاِنۡ تَابُوۡا وَاَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَ اٰتَوُا الزَّكٰوةَ فَخَلُّوۡا سَبِيۡلَهُمۡ‌ ؕ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوۡرٌ رَّحِيۡمٌ

Maksudnya: Apabila telah habis bulan-bulan haram, maka perangilah orang-orang musyrik di mana saja kamu temui, tangkaplah dan kepunglah mereka, dan awasilah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan melaksanakan solat serta menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
[At-Taubah: 5]

Lajnah Dakwah dan Tarbiah PMUI sesi 2026 telah menyediakan Taqwim Solat bagi bulan Jun 2026 sebagai satu inisiatif dalam membantu mahasiswa cakna akan waktu solat fardhu.

Marilah sama-sama kita meningkatkan dan memperelokkan amal kewajipan sebagai tuntutan ke atas hamba.

“Ukhuwah Lestari, Potensi disulami"
“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Lajnah Dakwah & Tarbiah
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

29/05/2026

[ MAKLUMAN | PERUBAHAN TERKINI BERKAITAN IMTIHAN ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makluman kepada semua mahasiswa/wi Kuliah Ulum Islamiah sesi 2025/2026 bahawa terdapat perubahan terkini berkaitan jadual peperiksaan akhir semester 2.

Berdasarkan keputusan pihak universiti sempena cuti Aidiladha, peperiksaan bertulis bagi subjek al-Quran al-Karim yang dijadualkan pada:

📅 Ahad | 31 Mei 2026

telah ditangguhkan kepada:

📅 Sabtu | 6 Jun 2026

Bittaufiq wanajah diucapkan kepada semua mahasiswa/wi Kuliah Ulum Islamiah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua.

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

🔸 Ustaz Muhammad Badrulmunir bin Mohd Khairy
(Ketua Lajnah Akademik dan Thaqafah)
https://wa.me/201500822671

🔸 Ustazah Asma’ binti Abd Munir
(Timbalan Lajnah Akademik dan Thaqafah)
https://wa.me/60195544185

“Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”

“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Lajnah Akademik & Thaqafah,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

wa.me

27/05/2026

[ WALLPAPER | UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada umat Islam di seluruh dunia.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Di kesempatan ini, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah Sesi 2026 ingin mengucapkan Minal Aidin Wal Faizin, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga Aidiladha kali ini memberi sejuta makna buat diri kita dan saudara se-Islam lain di negara kita.

"Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami"

“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Lajnah Penerbitan dan Penerangan,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

26/05/2026

[HARI PENYEMBELIHAN & GOTONG-ROTONG | ADHA’26 ]

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته

Dimaklumkan bahawa Hari Penyembelihan & Gotong-Royong bagi program ADHA’26 akan diadakan seperti berikut:

- Tarikh: 28/5/2026(Khamis)
• Masa : 7.30 am
• Tempat : KPT MESIR, Hayyu Asyir

📌 Digalakkan bawa pisau dan pelandas masing-masing

Firman Allah SWT:
"وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوى وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْإِثمِ وَالْعُدوَانَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيْدُ الْعِقَّابِ"

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaan-Nya."
(Surah Al-Maidah: Ayat 2)

Sejajar dengan firman-Nya, marilah kita bersama berganding bahu menjayakan program. Moga usaha kita diganjari pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.

"Ukhuwah Lestari,Potensi Disulami”

Disediakan oleh:
Ahli Jawatankuasa Pelaksana ADHA’26,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

24/05/2026

[ IJTIHAD | HEBAHAN BANK NOTA & SOALAN PMUI ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena dengan Kempen IJTIHAD, peringkat Lajnah Akademik & Thaqafah sesi 2026 telah mengumpul nota-nota dan soalan madah bagi setiap tahun dan syukbah sebagai rujukan semua mahasiswa/ wi.

Berikut merupakan pautan bot Telegram yang telah disediakan untuk kegunaan bersama:

t.me/BankNotaDanSoalanPMUI_bot

📥 Jika terdapat sebarang pertanyaaan, sila hubungi nombor berikut :

🔸Ustaz Muhammad Badrulmunir bin Mohd Khairy
(Pengarah Kempen IJTIHAD)
https://wa.me/201500822671

🔸Ustazah Asma’ binti Abd Munir
(Timbalan Pengarah Kempen IJTIHAD)
https://wa.me/+60195544185

Semoga dengan sebaran nota & soalan ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa/ wi PMUI. Bittaufiq wannajah diucapkan buat semua.

"Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami"

"Taqwa, Thaqafah, Dakwah"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pelaksana IJTIHAD,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

22/05/2026

[ PENGENALAN PEMBAWAAN BIAH SOLEHAH ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT:

ٱلۡیَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِینَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ نِعۡمَتِی وَرَضِیتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِینࣰاۚ

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
(Al-Maidah : 3)

Team Dakwah dan Musyrif di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah, Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) sesi 2026 akan membawakan 3 pembawaan biah solehah pada sesi kali ini:

1️⃣ Memperkasakan Amar Makruf Nahi Mungkar
2️⃣ Galakkan menuntut Ilmu
3️⃣ Memperkasakan Mutabaah Amal

Justeru, diharapkan agar kita semua dapat memahami serta terus istiqamah dalam menghidupkan biah yang baik sebagai seorang mahasiswa/wi Islam mengikut tuntutan syariat.

"Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”

"Taqwa, Thaqafah, Dakwah"

Disediakan oleh :
Team Dakwah dan Musyrif,
Lajnah Dakwah dan Tarbiah,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al- Syarif,
Sesi 2026.

22/05/2026

[ MAKLUMAN TEMPAHAN DITUTUP ]

‎بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makluman kepada semua, secara rasminya tempahan binatang korban bagi Program Sambutan Hari Raya Aidiladha 2026 (ADHA’26) telah ditutup.

Jawatankuasa Sambutan Hari Raya Aidiladha 2026 (ADHA’26) ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan yang diberikan.

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh hubungi:

Ustaz Azhari Nurhakim bin Ahmad Saad
(Pengarah ADHA’26)
https://wa.me/601169504298

Ustazah Wan Amni Fasihah binti Wan Mohd Amiruddin
(Timbalan Pengarah ADHA’26)
https://wa.me/60143470320

“Ukhuwah Lestari, Potensi Disulami”

“Taqwa,Thaqafah,Dakwah”

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Program Sambutan Hari Raya Aidiladha 2026,
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

20/05/2026

[ POSTER SUMBANGAN | ADHA’26]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Daripada Abu Bakar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua bulan yang pahala amalnya tidak akan berkurang. Kedua-duanya adalah dua bulan hari raya, iaitu bulan Ramadhan dan bulan Zulhijjah."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Bersempena Aidiladha 1447H yang bakal tiba, Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) ingin menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Aidil Adha (ADHA’26).

Justeru itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak semua bagi melancarkan program ADHA’26 kali ini.

🏷 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

▪️MAYBANK
▪️1513 4221 8688
(Muhammad Amin bin Zulyasra)
▪️Reference: Sumbangan ADHA26

🏷 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Ustaz Azhari Nurhakim bin
Ahmad Saad
Pengarah ADHA’26
https://wa.me/601169504298

Ustazah Wan Amni Fasihah binti Wan Mohd Amiruddin
Timbalan Pengarah ADHA’26
https://wa.me/60143470320

Moga setiap infaq yang dikeluarkan bakal menjadi saham pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak.

“Ukhuwah Lestari , Potensi Disulami”
“Taqwa, Thaqafah, Dakwah”

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Sambutan Hari Raya Aidiladha 2026 (ADHA’26),
Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Sesi 2026.

Want your school to be the top-listed School/college in Cairo?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Cairo