MIISRA 1447H/ 2026
Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.
"Kecemerlangan Melalui Islam"
"SRIMAS Dinamik dan Berinformasi"
06/06/2026
🌟 SOROTAN SEPANJANG MIISRA 2026 🌟
Alhamdulillah, penyertaan murid-murid dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 Mei 2026 bertempat di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang, Georgetown.
Pada 20 Mei 2026 (Rabu), telah dihadiri para peserta bagi acara Tulisan Jawi, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Bercerita dan Nasyid, manakala acara Tulisan Khat telah berlangsung pada 21 Mei 2026 (Khamis).
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang proses latihan dan pertandingan.
✨ Tahniah diucapkan kepada peserta Hafazan dan Nasyid yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 peserta terbaik daripada lebih 100 penyertaan bagi acara masing-masing. Walaupun belum berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan wajar diberikan penghargaan atas usaha serta komitmen yang telah ditunjukkan.
📌 Keputusan penuh MIISRA 2026 boleh dirujuk melalui pautan yang disediakan untuk maklumat lanjut.
https://www.facebook.com/share/p/1CcZ7Hhwdp/?mibextid=wwXIfr
Penutup kalam dengan firman Allah SWT:
﴿ وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴾
Maksudnya: “Dan bahawasanya tiada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.”
(Surah An-Najm: 39)
Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi pengalaman berharga dan pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
“Kecemerlangan Melalui Islam”
📸 CORETAN PRA MIISRA 2026 📸
Sebagai persediaan akhir sebelum menghadapi MIISRA 2026, para peserta telah berpeluang membuat persembahan dalam sesi Pra MIISRA yang diadakan berhadapan warga sekolah di Dewan Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri.
Sesi ini menjadi platform untuk peserta mempamerkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta membiasakan diri dengan suasana persembahan dan pertandingan sebenar.
Sekali lagi tahniah kepada semua peserta atas usaha dan keberanian yang ditunjukkan. Terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing serta warga sekolah yang telah memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta.
06/06/2026
📸 LENSA LATIHAN PERSEDIAAN MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) 2026 📸
Di sebalik setiap persembahan dan pertandingan yang berlangsung, tersimpan usaha, disiplin dan komitmen yang dicurahkan oleh para peserta sepanjang sesi latihan yang lalu.
Sepanjang tempoh akhir April hingga 19 Mei 2026, murid-murid telah menjalani latihan dan persediaan bagi menghadapi MIISRA 2026 dalam pelbagai acara, antaranya Tulisan Khat, Tulisan Jawi, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Bercerita dan Nasyid.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak yang terlibat atas kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk keyakinan, kemahiran dan kecintaan terhadap ilmu.
✨ Kejayaan bukan hanya diukur pada keputusan, tetapi juga pada usaha yang dicurahkan sepanjang perjalanan.
26/05/2026
🌙 HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan seperti berikut:
🗓 27 Mei 2026 (Rabu)
🕣 8.30 Pagi
📍 Masjid Abdullah Fahim, SPU Kepala Batas
👳🏻♂ Imam / Khatib:
Ustaz Mohammad Zaki Bin Ibrahim
🎙 Bilal:
Ustaz Iskandar bin Ismail
Marilah bersama-sama menghidupkan syiar Islam dan mengeratkan ukhuwah sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.
“Semoga setiap pengorbanan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan buat seluruh umat Islam.”
✨ Semua dijemput hadir ✨
19/05/2026
✨ Sambutan Hari Guru SRIMAS 2026 ✨
Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Hari Guru SRIMAS bagi tahun 2026 dengan penuh meriah, ceria dan bermakna. 💐
Pelbagai aktiviti dan persembahan telah dijalankan bagi menghargai jasa serta pengorbanan para guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa. Terima kasih kepada semua guru, murid serta warga SRIMAS yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
“Guru Bitara, Nadi Negara” ❤️
Semoga segala usaha dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati serta terus menjadi inspirasi buat anak-anak didik.
15/05/2026
📢 Makluman kepada ibu bapa/penjaga,
Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri akan diadakan pada:
📅 Isnin, 18 Mei 2026
🕝 2.30 petang – 5.30 petang
Program ini melibatkan penyertaan semua murid dan guru SRIMAS serta akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada calon-calon peserta Ihtifal.
✨ “Guru Bitara Nadi Negara” ✨
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan.
10/05/2026
📸 CORETAN LENSA - BENGKEL PENULISAN KHAT
-sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) 2026
✍🏻 Pada 6 Mei 2026, Rabu di Bilik Multimedia SRIMAS, melibatkan seramai 16 pelajar.
Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Khat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik penulisan khat serta memperkukuh kemahiran tulisan Jawi dengan cara yang betul dan menarik. Selain itu, bengkel ini turut memupuk minat terhadap seni warisan Islam di samping menjadi persediaan kepada guru dan pelajar bagi menghadapi Pertandingan Khat pada masa akan datang serta dapat mengaplikasi dalam PdPC.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga usaha yang dilaksanakan menjadi asbab dalam memartabatkan tulisan Jawi dan seni khat Islam dalam kalangan generasi muda.
“SENTUHAN KHAT, KEINDAHAN AL-QURAN”
“KECEMERLANGAN MELALUI ISLAM”
Biro Ibadah & Dakwah bersama Guru Bimbingan Khat.
; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Masjid Negeri Pulau Pinang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
KOMPLEKS PENDIDIKAN MASJID NEGERI PULAU PINANG
Air Itam
11400
Opening Hours
| Monday | 14:30 - 17:30 |
| Tuesday | 14:30 - 17:30 |
| Wednesday | 14:30 - 17:30 |
| Thursday | 14:30 - 17:30 |
| Friday | 14:30 - 17:30 |