05/06/2026
π’ HEBAHAN: DUO KARNIVAL PERTAMA DI MELAKA! π’
Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Melaka kini kembali digabungkan bersama Karnival STEM Nexus @ NECaST 2026.
Menampilkan tema "Menginspirasi Inovasi, Mencorak Masa Hadapan", karnival ini bakal menghimpunkan pelbagai pertandingan kreatif dan pameran teknologi terkini.
Butiran Program:
π
Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
π’ Lokasi: SMK Tebong, Alor Gajah, Melaka
Tarikan Menarik:
Pertandingan Pelbagai Kategori: Robotik, Saintis Muda, Tarian, Nyanyian, Amalan Terbaik & banyak lagi.
Pameran: Inovasi & Kreativiti.
Jualan: Pelbagai juadah menarik daripada Food Truck.
Ayuh warga Melaka, kita meriahkan program komuniti dan pendidikan ini! Rujuk poster image.png untuk maklumat lanjut.
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
09/05/2026
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Tebong 2026 telah berlangsung dengan jayanya! πββοΈπββοΈ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid, ibu bapa, penjaga serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tahniah kepada para peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat juang dan pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan paling berharga. πͺβ¨
Terima kasih juga kepada tetamu perasmi,
TN HJ HASSIM BIN DOLLAH
(YDP PIBG SMK Tebong) atas kesudian hadir memeriahkan majlis.
Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat dan mengeratkan perpaduan warga SMK Tebong.
π βDi sini perpaduan bermula, kecemerlangan tercipta.β ππβ€οΈ
09/05/2026
π£ Acara awal balapan dan padang telah berlangsung dengan meriah di SMK Tebong πββοΈπββοΈ
Para pelajar menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang acara berlangsung. Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik serta kepada guru-guru dan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. πͺπ₯
Semoga acara sukan ini terus memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. π
β¨
06/04/2026
[MAJLIS PENYERAHAN SEKOLAH ANGKAT MALAYSIA MADANI] ποΈβ¨
Satu detik bersejarah bakal terlakar di SMK Tebong! Majlis Penyerahan Sekolah Angkat di bawah inisiatif Malaysia MADANI ini akan disempurnakan oleh barisan kepimpinan tertinggi pendidikan dan akademik:
πΉ Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin
(Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM)
Turut dimuliakan dengan kehadiran:
πΉ Puan Mahfuzah binti Mohd Noor
(Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)
Butiran Program:
π
Tarikh: 06 April 2026 (Isnin)
π Masa: 9.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
π Tempat: Dewan Aspirasi, SMK Tebong
Gandingan kerjasama antara UTeM dan SMK Tebong ini merupakan manifestasi komitmen kita dalam melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti demi melahirkan modal insan yang unggul.
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
03/04/2026
β¨ PROGRAM HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH β¨
π Dewan Aspirasi, SMK Tebong
Alhamdulillah, program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriah dan penuh kegembiraan π
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti:
π Jamuan Hari Raya
π Persembahan pelajar
πΈ Sesi bergambar & mengeratkan silaturahim
Program ini bukan sahaja memeriahkan suasana Syawal, malah mengukuhkan lagi hubungan antara warga sekolah β guru, pelajar dan staf π
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini π
β¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin β¨
31/03/2026
πβ¨ PROGRAM MOTIVASI: TEKNIK BELAJAR BERKESAN β¨π
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong telah menganjurkan Program Motivasi: Teknik Belajar Berkesan khas untuk murid Tingkatan 1, 2 dan 3.
Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan istimewa:
π€ PPJ Bersekutu (PA) Datuk Prof. Dr. Hj. Baharudin bin Hj. Puteh
Sepanjang program, murid-murid didedahkan dengan pelbagai teknik belajar yang berkesan, strategi mengurus masa serta cara meningkatkan fokus dalam pembelajaran.
Semoga program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri. πͺπ
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
βDi Sini Perpaduan Bermula, Kecemerlangan Terciptaβ π
31/03/2026
π Tahniah kepada Murid SPM 2025 π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid SPM 2025 atas kejayaan yang telah dicapai! π
Segala usaha, pengorbanan dan kesungguhan anda akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sahaja milik anda, tetapi juga untuk guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa menyokong di belakang anda.
Semoga pencapaian ini menjadi langkah permulaan untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti mengejar impian!
Syabas dan tahniah! πβ¨
30/03/2026
ππ PELANCARAN PROGRAM EARLY BIRD SPM 2026 SMK TEBONG ππ
Telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran Program Early Bird SPM 2026 di SMK Tebong πβ¨
Program ini merupakan inisiatif awal bagi membantu murid Tingkatan 5 membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan SPM 2026 dengan lebih terancang dan berfokus πͺπ
Melalui program ini, murid didedahkan dengan teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa yang sistematik serta strategi menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin π₯π§
Semoga usaha ini dapat meningkatkan motivasi dan mendorong murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam SPM kelak π
Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini π
Mulakan awal, cipta kejayaan! π
30/03/2026
π PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE SMK TEBONG π
Telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran Program Mentor Mentee di SMK Tebong yang bertujuan untuk membimbing dan menyokong perkembangan sahsiah serta akademik murid ππ
Program ini memberi peluang kepada guru sebagai mentor untuk membimbing mentee secara lebih dekat melalui sesi perkongsian, nasihat dan pemantauan berterusan π€β¨
Inisiatif ini diharap dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat antara guru dan murid, seterusnya membantu membina keyakinan diri serta meningkatkan pencapaian dalam pelbagai aspek πͺπ
Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, sahsiah dan akademik π
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelancaran program ini π