𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 – 𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 Kolej Universiti Agrosains Malaysia - UCAM
Syukur alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑵𝒖𝒓 𝑺𝒚𝒂𝒛𝒘𝒂𝒏𝒊 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑵𝒐𝒓𝒅𝒊𝒏 atas pelantikan sebagai Duta Skuad Agrokomoditi mewakili Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di Majlis Peluncuran Skuad Agrokomoditi, Kementerian Perladangan dan Komoditi di MPOB, Bangi.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan rasmi daripada pihak Kerajaan terhadap peranan mahasiswa dalam menyokong pembangunan sektor agrikomoditi negara. Semoga amanah ini menjadi platform terbaik buat Puteri untuk memperkukuh profil profesional serta meluaskan jaringan strategik bersama agensi kerajaan dan pemain industri.
Selamat maju jaya dalam membawa nama UCAM ke persada kebangsaan! 🌿✨
Fakulti Agrosains FAS - UCAM
Fakulti Agrosains merupakan penyedia perkhidmatan kemahiran dan pendidikan pertanian di UCAM.
08/05/2026
06/05/2026
𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛! 🌴👨🏻🌾
Minat bekerja dalam industri sawit?
Sertai 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐫𝐯𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥𝐢𝐬𝐭 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐 – 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟔 sekarang!
Latihan teori & praktikal khas untuk belia lelaki tempatan berumur 18–45 tahun. Program ini direka untuk membina kemahiran sebenar dalam bidang penuaian sawit melalui pengalaman di ladang sebenar.
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻: 𝗚𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗘𝘀𝘁𝗮𝘁𝗲, 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
📆 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻: 2 𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘁𝗲𝗼𝗿𝗶 + 10 𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹
Program ini 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇𝐍𝐘𝐀 (𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!!!) dan menawarkan kemudahan lengkap serta peluang pekerjaan selepas tamat latihan (tertakluk kepada kelayakan & lulus penilaian akhir).
🔗 Imbas Kod QR atau daftar sekarang di sini:
https://forms.gle/HNLLBEorSAYXoN6m9
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi 𝟬𝟭𝟳-𝟯𝟮𝟲𝟮𝟮𝟲𝟯 (𝗪𝗔𝗡𝗔)
06/05/2026
Ini mungkin peluang yang awak tunggu...
Bayangkan 3 tahun dari sekarang awak ada ilmu, kemahiran dan masa hadapan yang lebih jelas. Semua bermula dengan satu tindakan sahaja. Komen “saya nak masuk” atau klik link website rasmi kami di www.ucam.edu.my.
🎓 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗨𝗖𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 & 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔.
Masih mencari tempat pengajian yang fokus praktikal & masa depan kerjaya?
Di UCAM, anda belajar bersama kurikulum industri, pensyarah berpengalaman & persekitaran pembelajaran kondusif.
✔️ Insentif one-off RM500
✔️ Elaun sara hidup sehingga RM450/bulan
✔️ Biasiswa untuk pelajar layak
*𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖 𝘼𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙖𝙠𝙡𝙪𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩.
30/04/2026
❗❗ *JOM BELAJAR & TINGKATKAN ILMU ANDA* ❗❗
UCAM menjemput anda untuk menyertai :
📌 *KURSUS PEMBUATAN PELET MAKANAN TERNAKAN*
📅 Tarikh : *18 MEI 2026 (ISNIN)*
🕗 Masa : *8.00 pagi – 4.30 petang*
📍 Tempat : *Kolej Universiti Agrosains Malaysia*
💵 Yuran : *RM 100 SAHAJA! (Sijil disediakan)*
🎯 *Fokus Kursus :*
✅ Memberi pengetahuan asas tentang formulasi dan komposisi nutrien dalam penghasilan pelet makanan ternakan
✅ Melatih peserta dalam kemahiran teknikal pembuatan pelet menggunakan peralatan dan mesin pemprosesan makanan ternakan
✅ Membangunkan keupayaan peserta untuk menghasilkan produk makanan ternakan berkualiti dan berdaya saing secara komersial
👨🏻🏫 *Tenaga Pengajar :*
🌱 Pensyarah, Fakulti Agrosains :
*Encik Muhammad Farid bin Abdul Hakim Lim*
📣 Tempat terhad! Jom rebut peluang ini untuk menimba ilmu dalam kursus kali ini!
📝 *Daftar sekarang di pautan ini:
👉 https://forms.gle/XXgdke15f9EHcH1M8
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
*012-6267025 (Hidayati)*
18/04/2026
𝟭𝟯-𝟭𝟲 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔: 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗥𝗩𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟𝗜𝗦𝗧 𝗗𝗜 𝗚𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗘𝗦𝗧𝗔𝗧𝗘, 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Satu lawatan kerja telah diadakan ke Genting Sekong Estate, Kinabatangan bagi meninjau pelaksanaan Program Harvesting Specialist. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi sektor perladangan.
Melalui program ini, fokus utama diberikan kepada pemantapan teknik tuaian serta pendedahan kepada amalan terbaik industri bagi memastikan produktiviti dan kualiti hasil berada pada tahap optimum. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Genting Sekong Estate atas kesudian menerima kunjungan delegasi Kolej Universiti Agrosains Malaysia - UCAM dan berkongsi kepakaran.
Semoga usaha ini terus memacu transformasi dalam modal insan sektor agrosains negara.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kolej Universiti Agrosains Mal, Alor Gajah Melaka
Alor Gajah
78000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |