SRITI At-Taqwa Alor Gajah

SRITI At-Taqwa Alor Gajah

Share

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) merupakan Institusi Pengajian Peringkat Sekolah Rendah

Photos from SRITI At-Taqwa Alor Gajah's post 12/06/2026

📢 SEDANG BERLANGSUNG | MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA BERSAMA GURU KELAS

Alhamdulillah, sedang berlangsung Majlis Pertemuan Ibu Bapa Bersama Guru Kelas SRITI At-Taqwa Alor Gajah bagi sesi pertengahan tahun 2026.

Majlis ini menjadi medan terbaik untuk ibu bapa dan guru berbincang secara langsung mengenai perkembangan akademik, sahsiah serta prestasi pembelajaran murid demi memastikan kecemerlangan mereka dapat terus diperkasa.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang meluangkan masa hadir serta memberikan komitmen dalam usaha bersama membentuk generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan beramal.


07/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Alhamdulillah, setelah cuti penggal pertengahan, warga SRITI At-Taqwa Alor Gajah kembali meneruskan perjuangan menuntut ilmu.
Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh." (HR al-Baihaqi)

Semoga semua murid terus bersemangat, berdisiplin dan istiqamah dalam menuntut ilmu demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

📚 Semangat baharu, usaha berterusan, kecemerlangan menjadi tujuan.

26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M ✨🌙
Assalamualaikum w.b.t.
Seluruh warga SRITI At-Taqwa Alor Gajah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh ibu bapa, penjaga, murid-murid serta masyarakat Islam khususnya.

Aidiladha mengajar kita erti ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan menjadi asbab mendekatkan diri kepada-Nya serta menyemai sifat kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban..."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah qurban, doa dan pengorbanan kita semua pada tahun ini.

🤲 Selamat menjalankan ibadah qurban. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada
Warga SRITI At-Taqwa Alor Gajah 🕌✨

Photos from SRITI At-Taqwa Alor Gajah's post 25/05/2026

📚✨ USRAH SRITI AT-TAQWA ALOR GAJAH (SIRI 3) ✨📚

Alhamdulillah, Program Usrah SRITI At-Taqwa Alor Gajah Siri 3 telah berlangsung dengan lancar pada 22 Mei 2026 (Jumaat), bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

🕌 Program ini dipimpin oleh naqib bulanan, Ustaz Syahbudin Bin Senin, dengan pengisian yang memberi manfaat serta pengukuhan dari sudut ilmu, fikrah dan tarbiyah kepada seluruh warga pendidik SRITI At-Taqwa.

📖 Antara tajuk pembentangan yang telah dikongsikan ialah: • Manhaj Usrah Taarif 1 oleh Muallimah Intan
• Manhaj Taarif Tafsir oleh Muallimah Izzati
• Isu Semasa: UEC dan Kesannya kepada Pendidikan Negara oleh Muallim Ali

🤝 Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pembentang atas perkongsian yang padat, bernas dan membuka ruang perbincangan yang baik sepanjang sesi berlangsung.

🌱 Semoga usrah ini terus menjadi medium membina kefahaman Islam yang syumul, menguatkan ukhuwah serta menyuburkan semangat tarbiyah dan perjuangan dalam kalangan warga pendidik.


Photos from SRITI At-Taqwa Alor Gajah's post 25/05/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SRITI AT-TAQWA ALOR GAJAH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna Majlis Sambutan Hari Guru SRITI At-Taqwa Alor Gajah 2026 yang bertemakan:

✨ “GURU HARAKI PEMANGKIN KEKUATAN JEMAAH” ✨

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing serta membentuk sahsiah anak-anak demi melahirkan generasi rabbani yang berilmu dan berakhlak.

Sesungguhnya, seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas, bahkan menjadi murabbi yang sabar memimpin, menasihati dan mendidik dengan penuh kasih sayang serta pengorbanan yang tidak ternilai.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh guru SRITI At-Taqwa Alor Gajah atas segala penat lelah, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi saham pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


Photos from SRITI At-Taqwa Alor Gajah's post 20/05/2026

LARIAN MERENTAS DESA SRITI AT-TAQWA ALOR GAJAH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Larian Merentas Desa SRITI At-Taqwa Alor Gajah yang melibatkan seluruh pelajar dengan jarak larian kurang lebih 2 kilometer.

Program ini diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama sesama mereka. Para pelajar menunjukkan semangat yang tinggi dan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.
Aktiviti berjogging dan berjalan mempunyai banyak manfaat antaranya:

✨ Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan badan

✨ Menguatkan jantung dan sistem pernafasan

✨ Mengurangkan stres serta meningkatkan fokus pembelajaran

✨ Membentuk disiplin dan daya tahan diri

✨ Menggalakkan gaya hidup aktif sejak usia muda

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan cemerlang.


19/05/2026

Latihan Merentas Desa bagi pelajar sebelum Program Merentas Desa esok hari.



Photos from SRITI At-Taqwa Alor Gajah's post 18/05/2026

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN FIZIKAL & IMUNISASI TAHUN 1 & TAHUN 6

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pemeriksaan Kesihatan Fizikal dan Imunisasi bagi murid Tahun 1 dan Tahun 6 SRITI At-Taqwa Alor Gajah dengan kerjasama pihak kesihatan yang hadir menjalankan pemeriksaan serta pemberian imunisasi kepada murid yang mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.

Program ini bertujuan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa berada dalam keadaan baik di samping memberi perlindungan awal daripada pelbagai penyakit berbahaya melalui imunisasi yang disediakan.

Imunisasi amat penting dalam membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit serta melindungi kesihatan murid dan komuniti secara menyeluruh.

Alhamdulillah, murid-murid memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga anak-anak SRITI At-Taqwa terus membesar sebagai generasi yang sihat, cerdas dan ceria 🌟

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak petugas kesihatan, guru-guru serta ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.



Want your school to be the top-listed School/college in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


RUANG 4A, ARAS 4, WISMA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH De ALOR GAJAH
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00