Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka

Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka

Share

Madrasah Nurul Ilmi adalah Pusat Pengajian Islam dan Al-Quran yang berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam (JAIM MZH0026).

Azam kami adalah untuk melahirkan seorang Hafiz Al-Quran, Alim dan Daie yang berjaya.

Photos from Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka's post 23/05/2026

Mukhta Khatam Pelajar-pelajar MNI Shah Alam sebelum cuti Raya Haji.

Madrasah Nurul Ilmi mengucapkan Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan berharap dapat komited dalam memantapkan lagi hafazan Al-Qur'an juga pada guru-guru yang membuat semakan bacaan para pelajar.

Semoga para pelajar menjadi anak yang soleh dan menjadi Hafiz Al-Qur'an yang berjaya di dunia dan akhirat.🤲

Photos from Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka's post 23/05/2026

Mukhta Khatam Pelajar-pelajar MNI Melaka sebelum cuti Raya Haji.

Madrasah Nurul Ilmi mengucapkan Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan berharap dapat komited dalam memantapkan lagi hafazan Al-Qur'an juga pada guru-guru yang membuat semakan bacaan para pelajar.

Semoga para pelajar menjadi anak yang soleh dan menjadi Hafiz Al-Qur'an yang berjaya di dunia dan akhirat.🤲

16/05/2026

Selamat Hari Guru Ikhlas daripada Barisan Guru Madrasah Nurul Ilmi.
Semoga setiap ilmu yang guru sampaikan menjadi ladang pahala yang berterusan utk kita semua di akhirat.🤲

02/05/2026

13 Zulkaedah 1447H / 1 Mei 2026

Alhamdulillah pada pagi Jumaat hari ini, seorang anak MNI kita berjaya khatam 30 juzuk Al-Qur'an iaitu *Muhammad Firas Kamal Bin Abdul Rahim*

Pihak Madrasah Nurul ilmi mengucapkan syabas dan tahniah buat pelajar atas pencapaian ini. Doa kami agar Firas terus berazam untuk syahadah dan istiqomah dalam mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustaz Faris dan guru-guru MNI atas bimbingan beliau, mendidik Firas dan para pelajar kita sehingga berjaya.

_________________________

Ya Allah, ya Tuhanku, Rahmatilah kami dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ya Tuhan kami, ingatkanlah apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat al-Quran. Ajarkanlah kami daripada al-Quran apa yang belum kami ketahui. Berikanlan kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikalah al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan kami di akhirat) wahai Tuhan Sekalian Alam. 🤲

20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita telah menempuh bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Di kesempatan bulan yang mulia ini, pihak Madrasah Nurul Ilmi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga kita kembali kepada fitrah, dan segala amalan diterima oleh Allah SWT.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Mohon maaf atas segala kekhilafan zahir dan batin.

Burung merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di pohon ara,
Syawal menjelma sebulan berlalu,
Maaf dipinta zahir dan batin seadanya.

20/03/2026

Ucapan Raya Pelajar MNI.

Tak lengkap Madrasah Nurul Ilmi Raya tanpa ucapan daripada para pelajar-pelajar MNI kannn.

*Tonton sampai hujung video. Disitulah iman admin diuji dengan lebih 20 take.

20/03/2026

Bulan Ramadan hampir melabuhkan tirainya.

Mari sama-sama kita dengarkan nasihat menjelang Syawal daripada Mudir Madrasah Nurul Ilmi iaitu Ustaz Abu Hanifah Bin Mohamad Nazari.

Semoga Ramadan ini Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita sekeluarga dan dapat istiqomah dalam beribadah bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi di bulan-bulan lain.

Mana yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang dari kekhilafan diri saya. 🤲❤️

#2026

20/03/2026

Suasana Ramadan di Madrasah Nurul Ilmi.

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan tahun ini dipenuhi dengan pelbagai program dari awal hingga ke akhir di MNI Shah Alam dan Melaka.

Berkat bulan yang mulia ini, kami bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah turut melawan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menguji iman kami.

Jazakallah kami ucapkan kepada semua pihak yang membantu menguruskan madrasah, khususnya para penginfaq yang menyumbang dari segi usaha, tenaga dan wang ringgit. Alhamdulillah, sepanjang Ramadan—bermula dari sahur hingga ke moreh—sentiasa ada yang menginfaq buat anak-anak MNI.

Tidak dilupakan, setiap kejayaan pasti hadir bersama cabaran dan rintangan. Namun, kami telah mengharunginya dengan penuh cekal. Semoga Ramadan yang akan datang membawa kami menjadi versi diri yang lebih baik. 🤲

#2026

Photos from Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka's post 18/03/2026

Mukhta Khatam Pelajar MNI Melaka.

Syabas dan tahniah atas pencapaian ini. Semoga pelajar ini menjadi anak soleh dan Hafiz Al-Qur'an yang berjaya didunia dan akhirat.

Photos from Madrasah Nurul Ilmi Shah alam & Madrasah Nurul Ilmi Melaka's post 18/02/2026

Berikut merupakan barisan imam daripada Madrasah Nurul Ilmi yang akan bertugas sebagai Imam Terawih di luar sekitar Melaka.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Madrasah Nurul Ilmi, Lot 206, Batu 9½, Kg Rembia
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00