Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Warga Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat merakamkan penghargaan dan sokongan kepada Encik Ramlee Abu Bakar selaku Guru Besar SK Taman Rakyat yang baru.
Semoga Allah mempermudah segala urusan beliau, mengurniakan kesihatan yang baik, taufik dan hidayah dalam memimpin serta keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul.
Terus maju, SK Taman Rakyat.
PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar
SK TAMAN RAKYAT OFFICIAL - PIBG SETARA merupakan page rasmi yang menggantikan page Sk taman rakyat official.
PERASMIAN PROJEK INTERNSHIP 2026 GURU PELATIH IPG
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Projek Internship 2026 Guru Pelatih IPG di SK Taman Rakyat.
Projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama strategik antara Panitia Pendidikan Islam, Surau Nurul Iman SK Taman Rakyat dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi tujuan pelupusan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru pelatih IPG iaitu Amir Azlan, Amir Zharif, Husna Nabilah dan Nur Husna Azyani atas komitmen, kreativiti dan usaha murni dalam menjayakan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada guru-guru pembimbing iaitu Ustazah Syakirah, Ustazah Fitriah dan Ustazah Kamazizah atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
Penghargaan juga diucapkan kepada Ustaz Zainuddin bin Jusoh atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini.
Semoga projek yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah serta menjadi inspirasi dalam membudayakan nilai inovasi, kerjasama dan khidmat bakti dalam kalangan bakal pendidik.
26/05/2026
21/05/2026
MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026
Warga SK Taman Rakyat, Alor Setar Kedah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah.
Cuti pertengahan tahun akan bermula pada:
22 Mei 2026 (Jumaat)
hingga
6 Jun 2026 (Sabtu)
Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:
7 Jun 2026 (Ahad)
Manfaatkan masa cuti bersama keluarga tersayang ❤️
Jangan lupa ulang kaji pelajaran dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang cuti.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Semoga cuti ini memberi rehat yang bermakna dan kembali ke sekolah dengan semangat baharu! ✨
20/05/2026
Majlis Bacaan Surah Yasiin
Masa: 7.15 pagi – 7.45 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SETARA
Khalifah: Ustaz Mohd Salman
Doa: Ustaz Mohd Norhisyam
Majlis Istiqbal Aidiladha
Masa: 7.45 pagi – 8.45 pagi
Penceramah: Ustaz Mohd Fitri
Tempat: Dewan Terbuka SETARA
17/05/2026
🌈✨ SAMBUTAN HARI GURU 2026 ✨🌈
“Guru Bitara, Nadi Negara” ❤️📚
📍 Arena Setara
📅 17 Mei 2026 | Ahad
Selamat Hari Guru buat semua pendidik 🌹
“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membina masa depan negara.” 🇲🇾✨
06/05/2026
Tahniah kepada semua yang menyertai👍👏🏼👏🏼👏🏼
Milo Sram NJC -1st Runner up
Touch n Go Open - Champion
N9 Open - 1st Runner up
MSSD - Champion
CIMB NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2026
(1st Leg) - Champion
04/05/2026
MAJLIS APRESIASI PERSARAAN GURU BESAR
🤍PUAN HUSLINA BINTI MOHD HUSSAIN🤍
Tarikh : 04 MEI 2026
Hari : ISNIN
Tempat : ARENA SETARA
Selamat bersara, cikgu.🌹
Meski singkat waktu bersama, namun cukup untuk mengukir kenangan dan meninggalkan kesan yang takkan dilupa ❤️Huslina Hussain
01/05/2026
ALBUM PART 4: PENUTUP OLAHRAGA SKTR 2026🏆
Sambungan detik-detik manis Hari Penutup Kejohanan Olahraga Kali Ke-31.
Terima kasih semua! Jumpa lagi tahun depan 💪
**BERSATU, BERUSAHA, BERJAYA!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
SK Taman Rakyat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |