04/06/2026
KURSUS WAJIB PLUS: KEPIMPINAN STRATEGIK
4 Jun 2026 (Khamis)
Anjuran: Institut Koperasi Malaysia Zon Utara
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti Kursus Wajib Plus: Kepimpinan Strategik secara dalam talian.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kemahiran kepimpinan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memacu kecemerlangan koperasi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mior Shahrin bin Haji Mohd Yusop selaku tenaga pengajar dan Puan Nur Syamimi binti Othman selaku penyelaras program atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.
Semoga program seperti ini terus melahirkan pemimpin koperasi yang berwawasan, strategik dan berdaya saing.
01/06/2026
πππππππππ ππππππ
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku dan seluruh Institusi Diraja.
Ikhlas daripada Institut Koperasi Malaysia
31/05/2026
πΊππππππ π΄ππππππππ π―πππ πΎππππ πͺ·
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua dalam semangat saling menghormati dan perpaduan.
Ikhlas daripada Institut Koperasi Malaysia
26/05/2026
π’πͺπ΅πͺπΆ ππ²ππ²π΅πͺππ±πͺ 1447ππ
Dalam takbir yang bergema, tersimpan seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan dan kasih sesama insan. Aidiladha bukan sekadar perayaan tetapi simbol keteguhan hati dalam memberi demi kebaikan yang lebih besar.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab hadirnya keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Institut Koperasi Malaysia
26/05/2026
KUASAI PERAKAUNAN ASAS DENGAN MUDAH MENGGUNAKAN MS EXCEL! π»
β¨ Sertai kursus βPerakaunan Asas Menggunakan MS Excelβ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara dan tingkatkan kemahiran anda dalam pengurusan kewangan koperasi menggunakan aplikasi MS Excel!
π
29 Jun β 1 Julai 2026
π£ 8:30 pagi β 4:30 petang
π Makmal Komputer Kenanga, IKMa Zon Utara
π― Apa yang anda akan pelajari?
β
Cara membina sistem perakaunan asas
β
Teknik merekod & menyimpan data transaksi
β
Pengurusan akaun koperasi menggunakan MS Excel
β
Penggunaan formula dan aplikasi Excel secara praktikal
π° Yuran Penyertaan:
πΉ Anggota Koperasi: RM50 (+RM20 yuran komputer)
πΉ Bukan Anggota/Individu: RM100 (+RM50 yuran komputer)
π Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera sebelum tarikh tutup penyertaan : 16 Jun 2026 (Selasa)
π Daftar sekarang melalui pautan berikut:
π https://shorturl.at/Mdv7z
π Pertanyaan & Pendaftaran:
βοΈ 04-733 7527
π± WhatsApp: 011-1861 7527
π§ [email protected]
26/05/2026
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara akan mengadakan Kursus Wajib 2: Pengurusan Kewangan Koperasi seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 09 - 10 Jun 2026( Selasa - Rabu)
Masa : 8.30 pagi β 4.30 petang
Tempat : Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara
Yuran : RM50 (Anggota Koperasi)
Penginapan disediakan
β³ Tarikh tutup penyertaan: 02 Jun 2026 (Selasa)
Objektif Kursus:
β
Memberi kefahaman terhadap aspek asas pengurusan kewangan koperasi
β
Memberi kefahaman berkaitan tafsiran penyata kewangan
β
Mengenal pasti kaedah pengurusan modal kerja
Penyertaan terbuka kepada anggota koperasi yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan koperasi secara lebih sistematik dan berkesan.
Daftar sekarang melalui pautan ini:
https://shorturl.at/Mdv7z
π Maklumat lanjut: βοΈ 04-733 7527
π±WhatsApp: 011-1861 7527
π§ [email protected]
25/05/2026
25 MEI 2026 | ISNIN
MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN 2026
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berbesar hati menjadi sebahagian daripada program Majlis Penyerahan Lembu Korban anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang berlangsung di Bandar Perda, Pulau Pinang.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi di bawah KUSKOP termasuk UDA Holdings Berhad (UDA), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada penerima dan mengeratkan ukhuwah komuniti setempat.
20/05/2026
KURSUS PEMASARAN TIKTOK: DARI ASAS KE IMPAK MAKSIMA
19 β 20 Mei 2026 (Selasa β Rabu)
Anjuran: Institut Koperasi Malaysia Zon Utara
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Kursus Pemasaran TikTok: Dari Asas Ke Impak Maksima dengan jayanya.
Semoga segala ilmu, teknik dan strategi pemasaran digital yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh promosi, penjenamaan serta meningkatkan capaian pemasaran koperasi dan perniagaan masing-masing secara lebih kreatif, efektif dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada barisan tenaga pengajar dan urus setia atas komitmen, kerjasama serta perkongsian ilmu yang cemerlang sepanjang program berlangsung.
Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada transformasi digital dan pembangunan gerakan koperasi yang lebih progresif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
18/05/2026
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara akan mengadakan Kursus Wajib 2: Pengurusan Kewangan Koperasi seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 09 - 10 Jun 2026 (Selasa - Rabu)
Masa : 8.30 pagi β 4.30 petang
Tempat : Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara
Yuran : RM50 (Anggota Koperasi)
Penginapan disediakan
Objektif Kursus:
Memberi kefahaman terhadap aspek asas pengurusan kewangan koperasi
Memberi kefahaman berkaitan tafsiran penyata kewangan
Mengenal pasti kaedah pengurusan modal kerja
Penyertaan terbuka kepada anggota koperasi yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan koperasi secara lebih sistematik dan berkesan.
Daftar sekarang melalui pautan ini:
https://shorturl.at/Mdv7z
π Maklumat lanjut: βοΈ 04-733 7527
π± WhatsApp: 011-1861 7527
π§ [email protected]
β³ Tarikh tutup penyertaan: 02 Jun 2026 (Selasa)
18/05/2026
17 Mei 2026 (Ahad)
Dewan Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd
Kursus Wajib Anggota Siri 1/2026, anjuran Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd.
Seramai lebih 30 orang anggota baru termasuk ALK koperasi turut menghadiri kursus ini.
Melalui kursus ini, En Mohd Hamzah bin Kasim (Timbalan Pengarah IKMa Zon Utara ) selaku penceramah sedang menyampaikan pembentangan berkaitan pengenalan koperasi kepada semua anggota baru.
Diharap semua anggota baru ini dapat sedikit ilmu berkaitan konsep berkoperasi yang boleh membantu dalam mencapai matlamat bersama.